Ana POV
Jutaan bintang bersinar menghiasi lautan langit yang gelap dan tak berpenghujung. Menemani sang kegelapan yang sunyi dek digeruni oleh sekalian alam kecuali sang bintang yang terkenal dengan indah suri cahayanya. Dunia menyaksikan takdir menemukan dua insan yang terjerumus dalam kegelapan, kini memohon pertolongan sang cahaya untuk melindungi mereka.
"Buka! Tolong buka pintu ni! Aku tak dijangkiti. Sumpah, aku tak dijangkiti!"
"Macam mana kau tahu kau tak dijangkiti?"
Pertemuan pertama.
*
"Apapun, kita mesti keluar dari daerah ni. Oh, saya Peter."
"Ana Ermel, panggil Ana je."
Peter, namanya Peter. Peter...
*
"Awak sakit ke Ana?"
"I'm perfectly fine."
"You don't look like fine."
"You know nothing Peter."
Aku memang sakit. Sejak mula aku dilahirkan, aku telah dijangkiti. Penyebar wabak.
*
"Kau masih marah aku ke?"
"Saya tiada hak nak marah awak. You remind me, we're just strangers."
Ya, orang asing yang kelak akan menjadi penyelamatku juga yang akan perlu menamatkan tugasku sebagai penyakit.
*
"Trust me and I promise to you."
*
"Ana cepat! Capai tangan saya!"
*
"Once, I hope we could meet earlier before all of this happened and wish we have more time... together."
"I was once wish the same."
***
"Ana buka mata awak tu. Nanti awak terlepas peluang ni." Bisik satu suara yang sangat aku kenali.
Perlahan-lahan kedua mata aku buka, melihat suasana sekeliling dengan langit berubah menjadi merah akibat daripada cahaya yang dipancarkan daripada bangunan Exivian Order. Aku melihat sekelilingku, aku berada di atas bumbung sebuah bangunan yang hampir sama tinggi dengan bangunan Exivian Order.
Peter berdiri di sampingku. Matanya terpaku pada langit merah. Seketika kemudian, pandangannya beralih kepadaku.
"Once, I hope we could meet earlier before all of this happened and wish we have more time... together." Bisiknya.
"Macam kenal je ayat tu. Copy daripada saya ke?" Balasku dengan gurauan. Dia tertawa kecil.
"Awak ingat lagi apa yang saya cakap walaupun dah 5 tahun berlalu." Dia mengangguk. "Mestilah. Saya ingat semuanya tentang awak."
"Awak pasti tu saya, bukan Chelsie."
"Saya tahu beza. Chelsie tu kakak saya, awak pula penyelamat saya." Penyelamat?
"Awak tahu, 5 tahun lalu tu, sepatutnya saya dah nak give up sebab saya rasa saya dah tak sanggup hadapi semua Infected tu. Tapi sejak saya nampak awak lari keluar daripada sekolah awak tu sama-sama dengan kawan-kawan awak, saya sedar yang awak serupa sangat dengan seseorang yang sangat saya kenali tapi saya tak ingat. Sebab tu saya tekad nak survive dan lebih kenali awak. Tak sangka pula sampai terjatuh suka kat awak."
"Part terjatuh tu, sakit tak?" Soalku membuatnya tertawa. Aku tersenyum.
"Sakit jugalah. Terutama masa part yang jumpa awak lagi setelah 5 tahun tapi awak tak ingat saya. Hancur hati saya tahu." Dia memegang dadanya kemudian pura-pura kesakitan.
Aku memukul bahunya lembut. "Jangan nak mengada. Sebenarnya saya ingat je. In fact, saya ingat semuanya termasuk memori Chelsie. Cuma saya tak dapat bezakan memori asal saya dan Chelsie. Minda saya bercelaru tahu tak."
"Tak apa, sekarang kita ada kat minda masing-masing."
"Kita tengah proses DREAMING ke ni?"
"Ya, kalau 2 atau lebih orang yang melalui proses DREAMING serentak, their minda connected."
Aku menatap wajah lelaki di hadapanku itu. "So sekarang ni kita ada dalam minda kita berdua."
"Yes. No cruel reality can't hurt us. No virus, no pain, no tears. Just us. Tu pun kalau kita terus tidur dan mimpi. Kalau kita bangun, kita kembali ke minda kita sendiri. Bangun daripada mimpi."
"Tapi kita mesti bangun. Sebab kalau kita terus tidur, kita akan terjebak dalam mimpi. Kita takkan dapat jumpa diri kita sebenarnya."
Dia mengangguk. Tangannya diangkat ke wajahku, mengelus lembut pipiku. "Nak cakap goodbye sekarang ke? Sebab DREAMING dah nak selesai tu."
Aku menggeleng-geleng, "jangan cakap goodbye. Kita akan jumpa lagi. Sama ada di atas sana atau di kehidupan kita seterusnya."
"Okey, Ana Ermel." Dia menarikku ke dalam pelukannya. Tangannya lembut mengusap belakang kepalaku.
"I love you."
***
Aku membuka mataku perlahan. Mesin DREAMIES masih berputar, melaksanakan proses DREAMING. Semua orang tidak sedar, kerana mereka sibuk menyaksikan fenomena yang berlaku di luar bangunan tersebut. Langit kelihatan masih merah, mencuri perhatian mereka sepenuhnya.
Mataku semakin berat. Seluruh tubuhku terasa sakit. Sakit yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Beginikah rasanya saat kematian hampir menjengah?
Aku melihat wajah tenang Peter di sampingku. Dia telah pergi lebih awal. Aku akan menyusul sebentar lagi.
Mataku hampir tertutup. Terasa nyawaku perlahan-lahan meninggalkan tubuh yang penuh derita ini. Namun aku lega kerana ceritaku berakhir dengan penamat yang indah. Happy ending yang sudah cukup indah buatku.
Aku tidak melihat apa-apa lagi setelah kegelapan abadi menelan nyawaku.
Aku pergi sebagai seorang gadis yang terselamat daripada dunia yang kejam tapi indah ini.
Aku pergi dan sampai ke penghujung garis penamat ceritaku.
Aku pergi sebagai seorang gadis yang bernama Ana.
Ana Ermel
YOU ARE READING
»Abolition« [ERROR#2]
FantascienzaSequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak misteri terus merebak. Namun benarkah ia boleh dihalang? Wabak misteri akhirnya diberi nama, Ex16. Semua...