10|Lari atau Mati

2.1K 285 2
                                    

"By experimenting her."

Ayat itu bergema untuk ke seratus kali di dalam mindaku.

Ana telah dijangkiti. She was an Infected. So sepanjang perjalanan dan dugaan yang kami tempuhi bersama rakan-rakannya dia memang telah dijangkiti?!

"How is that possible?" Pertanyaan itu terpancul keluar daripada mulutku tanpa aku sedar. Kesemua mereka memandangku.

"I mean, macam mana Ana boleh dijangkiti? She's with us all the time and saya tahu dia tak dijangkiti." Aku cuba menyangkal kenyataan itu. Mindaku berulang kali memutar kejadian yang berlaku di daerah Kudat.

"You sure she's with you all the time?"  Soalan daripada Kris tidak dapat dijawab oleh kami berdua.

"But, kalau ya pun Kak Ana memang dah dijangkiti sebelum kami bertemu, pasti dia takkan survive sampai sekarang. In fact, she should already infected us, me mostly sebab saya yang sentiasa dekat dengannya." Balas Esme setelah berdiam diri seketika.

"Well that's the point Emilia. Dia dah dijangkiti and she's survived everything with the virus inside her. Itulah yang Exivian Orders Corp nak kaji. How can she managed to survived and didn't infected you." Aiman berpeluk tubuh, dia kelihatan penat. Sangat penat.

Aku hendak menghentikan sesi tegang ini namun satu gegaran mengejutkan kami. Bunyi gegaran bersama impaknya itu cukup membuatkan kami semua panik.

"What the heck is going on?!"

Kami bergegas ke beranda luar pejabat. Suasana kota diselubungi asap hitam tebal terbentang di hadapan mata. Bunyi siren amaran masih bergema ditambah lagi dengan bunyi siren kereta polis, bomba dan ambulans malah hon-hon kereta turut bergabung menjadi satu bunyi yang menggerunkan.

"Kita perlu keluar daripada sini." Ujar Sarjan Khairyl. Dia kembali ke dalam ruang pejabat bersama Annie dan Aiman.

Aizril tiba-tiba maju dan menarik kolar baju Kris. Walaupun jelas Kris lebih tinggi berbanding dirinya, keadaan itu tidak kelihatan kekok. Aku segera cuba meleraikan mereka. Bergaduh pada saat ini akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

"Kau masih tak percaya ke? Kau lihat semua ni! Buka mata kau luas-luas and look at this goddamn city. It's ruined! Walaupun saya baru dengar cerita pasal Exivian Orders Corp tapi saya percaya semua ni angkara mereka!"

Dengan satu sentapan yang kuat, aku berjaya meleraikan mereka. Danish dan Werdi ke sisi Aizril bimbang dia menyerang kembali.

"Stop it guys! Ni bukan masa untuk kita bergaduh. Nothing changes if we fight each other. Lebih baik kita fikir macam mana nak lari daripada tempat ni." Ucapku.

"Peter! Kau orang! Masuk sini cepat!"

Sekembalinya kami ke ruang pejabat, Annie memberikan kami beg sandang dengan logo universiti bersulam di penjuru beg.

"Kemas apa barang kau orang perlukan. Makanan, bekalan air minuman, only the things you need. And if you guys nak buat call untuk family kau orang make it quick. Beritahu, pusat pemindahan iaitu tempat paling selamat sekarang no adalah kat Sepanggar. Minta mereka segera berpindah." Selesai Sarjan Khairyl berkata demikian, semua pelajar-pelajar SM Franxx itu mengeluarkan telefon mereka begitu juga dengan Esme.

Tanpa sedar aku juga mengeluarkan telefon milikku dan mendail nombor ibuku.

Panggilan pertama disambut dengan suara operator begitu juga dengan panggilan kedua. Aku bimbang. Esme mendekatiku. Wajahnya juga mempamerkan kebimbangan.

"Did you calls get through?" Soalnya. Aku menjawab dengan gelengan kepala.

"Let me call the embassy office. They should know where they are." Esme mendail nombor pejabat Kedutaan United Kingdom. Panggilan itu berjawab dan disambungkan kepada ibu Esme yang ternyata kini berada di pejabat kedutaan. Aku mengisyaratkan Esme untuk memberikan aku bercakap dengan beliau.

»Abolition« [ERROR#2]Where stories live. Discover now