EPILOG 2

2.4K 312 61
                                    

20 tahun kemudian

Aku membuka mataku. Tanganku menggapai jam loceng yang tidak henti berbunyi daripada tadi. Aku berpaling, tidak melihat kelibat suamiku di sebelahku. Pasti dia telah pergi mengambil pakaian kami yang telah aku hantar ke dobi semalam.

Setelah membersihkan diri dan bersiap, aku turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Ketiga-tiga cahaya hidupku telah bangun dan lengkap berpakaian uniform mereka. Mereka mengambil tempat duduk di meja makan.

"Good morning Mom!" Ucap mereka serentar, dalam nada ceria yang biasaku dengar.

Sang kakak datang membantu untuk mengangkat makanan yang telah siap untuk dihidangkan di atas meja.

"Mom! Tengok Peter ni, kacau orang!"

"Eleh! Aku tak pukul kau pun! Ana ni penakut lah Mom!"

Aku hanya mengeluh melihat gelagat si kembar itu. Tak sah hidup kalau tidak usik-mengusik antara satu sama lain.

"Selamat pagi semua!" Suamiku muncul di pintu bersama uniform yang berbungkus dalam plastik dobi.

"Dad! Mereka ni tak henti-henti gaduh pagi-pagi. Annoying lah."

"Alah, Chelsie kan kakak, sabar jelah." Aku mengusap kepala anak sulungku itu. Dia memuncungkan bibirnya.

Kami semua duduk di meja bersama, mengambil sarapan dengan suasana riuh seperti hari-hari biasa.

Setelah selesai, masing-masing bersiap untuk memulakan rutin harian mereka.

Suamiku, Danish bekerja di Exivian Order sebagai seorang doktor. Exivian Order Corp yang dahulunya sebuah organisasi penyelidikan tentang wabak Ex16, kini telah ditukar menjadi pusat penyelidikan kesihatan yang diketuai oleh anak angkat mendiang Dr. Sylvea Stanford pengasas Exivian Order, Sarjan Khairyl. Dia mentadbir Exivian Order Corp dibantu oleh Dr. Aiman dan Dr. Annie.

Anak sulungku, Chelsie Raihana, kini merupakan seorang pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini. Impiannya adalah untuk menyambung pengajian di Universiti Cambridge dalam bidang kedoktoran, ingin mengikut jejak langkah ayahnya. Aku tidak pernah bimbang akannya kerana dia merupakan seorang kanak-kanak yang pintar sama seperti si genius Chelsie Hale.

Anak keduaku, Peter Danial, kini di tahun akhirnya di sekolah rendah dan juga bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini. Dia bercita-cita menjadi seorang peguam, sesuailah dengan mulut yang tidak henti mengeluarkan hujah itu. Ada sahaja idea yang muncul digunakan untuk mengusik adik kembarnya. Di sebalik karakteristiknya yang nakal, dia juga seorang abang yang protective dan sangat peka dengan keadaan sekelilingnya. Itu membuatkan dia memiliki sifat keadilan yang kuat dan sanggup berkorban demi melakukan apa sahaja yang baik di matanya. Tidak ubah seperti si hero Peter Hale.

Ana Rishana, si kembar bongsu yang innocent dan naif. Hanya muda 10 minit daripada abangnya. Berimpian untuk menjadi guru, sesuai dengan sifat penyayangnya itu. Si bongsu ini tidak sah jika tidak melancarkan perang terhadap kembarnya. Jika diusik sekali, akan dibalasnya 2 kali. Anak bongsuku ini sangat sukakan buku membuatkan imaginasi begitu luas. Sifat penyayang selalu membuatkan dia tidak takut untuk membantu sesiapa sahaja. Persis si berani Ana Ermel Rizal.

Aku pula, tidak bercadang untuk terlibat dalam mana-mana pekerjaan yang berkaitan dengan apa yang berlaku di masa lalu. Aku telah membuka sebuah kedai buku serta kafe di dalam sebuah bangunan yang sama. Kehidupanku lebih tenang menguruskan kedai buku dan kafe milikku. Sekali sekala rakan-rakan suamiku, Izzara, Reyna, Werdi dan Aizril datang melepak di kafeku.

"Esme!" Panggilan daripada Izzara menyentakku daripada lamunan jauhku.

"Hah, ya?"

"Uish jauh termenung. Sampai ke bulan dah ke?" Usik Aizril, melirik ke arah isterinya Reyna yang kini sarat mengandung anak kedua mereka.

"Haah, bukan setakat bulan, tu dah sampai Marikh." Sambung Izzara kemudian menepuk bahu suaminya Werdi. Mereka semua tertawa, begitu juga denganku.

"Eh, kau orang ada ambil anak aku juga ke? Nanti menangis lah si kembar tu sebab ayah dia orang sibuk betul sampai tak dapat ambil daripada sekolah." Kataku.

"Dah. Awal dia orang habis hari ni. Si Farah tu sekelas dengan si kembar tu kata dia orang habis jam 10 tadi. Majlis Hari Guru dia orang hari ni katanya, sebab tu balik awal." Balas Reyna, menyebut nama anak sulungnya Farah yang sekelas dengan anak kembarku.

"Mana dia orang?"

"Kat ruang membaca kat bookshop tu. Buat kerja rumah."

"Eh, aku pergi tengok dia orang dulu. Kau orang minumlah."

Aku berlalu meninggalkan mereka, menuju ke kedai buku milikku yang hanya dipisahkan oleh sebuah dinding tebal dengan kafeku. Aku melangkah ke ruang membaca melihat Ana dan Farah tekun menyiapkan kerja rumah subjek Matematik mereka.

"Urgh! I hate Math!" Rungutan Ana dapatku dengar.

"Saya pula tak suka English. Susahlah." Balas Farah.

"Alah senang je tu. Study harder."

"Awak senanglah, dah ada darah Inggeris dalam badan awak tu. Kat rumah cakap English pula tu."

Aku berdehem lalu menghampiri mereka.

"Hi Mom!"

"Hai Aunty Esme!"

Ucap mereka serentak.

"Abang mana?" Soalku, tidak melihat kelibat anak tengahku itu.

"Pusing-pusing tengah cari buku nak baca." Jawab Ana.

Aku mengangguk lalu keluar mencari Peter. Suasana kedai buku milikku yang besar dan pengunjung yang agak ramai hari ini menyukarkan aku menemui budak lelaki itu.

"Betul, ni ibu saya yang tulis." Suaranya jelas kedengaran menunjukkan dia berada di antara rak-rak buku berhampiran. Setelah melalui beberapa rak, aku menemui sedang berbual dengan seorang kanak-kanak perempuan yang mungkin seusianya, menutup separuh wajah dengan mask mulut.

"Peter, I was looking for you." Aku melutut separa dengan Peter.

"Oh, sorry. I was helping my friend to find a book." Ujar Peter.

Aku tersenyum. "Hai, awak dah jumpa buku yang awak nak?" Soalku lembut kepada kanak-kanak perempuan itu.

Dia mengangguk lalu menunjukkan buku yang bertajuk 'Calist', buku yang aku tulis 10 tahun yang lalu. Kemudian seorang wanita kelihatan seusia denganku muncul. Dia memegang bahu kanak-kanak itu.

"Penat ibu cari. Maaf ya, anak saya ni memang pandai jalan seorang diri. Oh ya, saya Esha." Kami bersalaman.

"Senyap je dia ni. Sakit ke?" Soalku.

"Haah, demam panas tapi nak juga cari buku nak baca. Baru nak bawa dia ke hospital."

"Oh, boleh bawa ke Hospital Exivian Order. Suami saya kerja kat situ." Wanita bernama Esha itu mengangguk. "Kami minta diri dulu." Aku membalasnya dengan senyuman.

"Bye Ermel!" Ucap Peter membuatkan aku terpana seketika. Ermel?

"Jumpa lagi Peter!" Sahut kanak-kanak perempuan itu selepas membuka mask mulutnya.

Mirip, sangat mirip Ana Ermel.

Aku membuang pandangan ke luar tingkap, melihat langit biru yang indah.

Takdir mempertemukan mereka di kehidupan seterusnya.

*Tamat*

»Abolition« [ERROR#2]Where stories live. Discover now