3rd POV
Ketiga rakan detektif John telah memberkas Cassandra. Kini wanita itu dipengsankan dan dibawa ke pusat kajian dimana terletaknya teknologi DREAMIES bersama-sama dengan Peter serta Sylvea.
John lengkap memakai kot makmalnya menyambut mereka di hadapan pintu. Salah seorang daripada tiga rakan detektifnya menolak Cassandra yang tidak sedarkan diri di atas kerusi roda. Satu per satu daripada lima orang ahli pasukan penyelidik DREAMIES hadir.
"Kami akan mulakan dengan puan Cassandra." Ucap salah seorang ahli penyelidik tersebut lalu mengambil ahli untuk menolak kerusi roda Cassandra menuju ke sebuah katil khas yang bersambung dengan mesin DREAMIES.
Beberapa penyelidik membantunya untuk mengalihkan Cassandra ke atas katil tersebut. John mendekati Cassandra lalu menggenggam tangan Cassandra. "Saya tak sanggup nak biarkan awak meringkuk dalam penjara. Saya sayangkan awak sebab tu saya buat semua ni. Awak takkan apa-apa. Awak hanya akan lupa semua perkara ni dan bangun dengan memori baharu. Memori indah sahaja."
Dia beralih menjauhi katil dan mengambil tab yang dihulurkan kepadanya oleh salah seorang ahli pasukannya. Dia telah mengatur semuanya semalaman. Memori baharu untuk kedua-dua orang tersayangnya telah dia bina khas untuk mereka. Dia menekan butang 'PROCEED' dan mesin DREAMIES mula menjalankan tugasnya,
Sylvea hanya diam menyaksikan kehebatan mesin ciptaan abangnya itu. Dia kagum dalam diam. Tangan kecil Peter digenggam lembut. Sekejap lagi anak saudara kesayangannya itu juga tidak akan mengingatinya.
"Ibu tak apa-apa ke?" Soal Peter sambil memandang ibu saudaranya.
"Ibu tak apa-apa tu. Ayah sedang rawat ibu tu, Peter nampakkan?" Jawab Sylvea.
Pandangan Peter kembali terarah kepada mesin DREAMIES itu.
Setelah sejam, proses DREAMING untuk Cassandra telah selesai. Wanita itu kekal tidak sedarkan diri diusung ke bilik rehat khas di dalam pusat kajian itu. Sylvea memimpin Peter masuk ke arah katil khas tersebut. John membantu mengangkat Peter duduk di atas katil tersebut.
"Peter, dengar ni ya. Walaupun Peter takkan ingat apa yang ayah cakap selepas ni, ayah nak Peter tahu ayah, ibu, Auntie Sylvea dan Chelsie sangat sayangkan Peter. Kami buat semua ni untuk Peter. Apa pun yang berlaku di masa hadapan, ingat untuk terus buat hal yang betul. Kalau memang Peter yang ditakdirkan untuk menghentikan semua ni, Peter mesti lakukannya. Kami akan terus sokong apa pun Peter buat di mana pun kami berada, asalkan Peter lakukan benda yang betul." John mengucup dahi anaknya itu lama kemudian membaringkannya di atas katil tersebut.
"Tutup mata. Sekejap lagi semua ni akan pulih. Semua yang telah berlaku tu akan jadi mimpi buruk Peter yang ayah dah hilangkan daripada ingatan Peter." Ucap John lembut. Sylvea yang semakin sebak tidak dapat menahan daripada mengeluarkan tangisannya.
Peter menutup matanya saat proses Dreaming bermula. Semua ni hanya mimpi.
-Time skip-
John berbincang dengan tiga rakan detektifnya di luar pusat kajian. Sylvea datang menyertai mereka.
"Saya dah dapat dan baca semua rekod lengkap hasil kajian Cassandra dan juga Chelsie, tapi rekod catatan Chelsie tak lengkap. Masih ada perkara yang tidak dijelaskannya dalam data rekodnya." Kata Sylvea.
"Saya rasa perkara ni belum berakhir. Kita belum jumpa hasil ciptaan Chelsie. Mesti dia dah sembunyi di satu tempat." Kata salah seorang detektif tersebut.
"Saya akan tubuhkan satu organisasi khas untuk kaji pasal benda ni." Ucap Sylvea tekad.
John mengerutkan dahi, "kenapa organisasi? Satu pasukan khas dah cukup."
YOU ARE READING
»Abolition« [ERROR#2]
Sci-fiSequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak misteri terus merebak. Namun benarkah ia boleh dihalang? Wabak misteri akhirnya diberi nama, Ex16. Semua...