Aku membuang pandangan ke luar tingkap helikopter. Bangunan KKIA 2 tidak lagi kelihatan. Kami semua senyap, tidak bersuara. Miqaila yang duduk di pangkuan Esme, bergerak ke pangkuanku. Dia mendekatkan wajahnya ke tingkap helikopter dan mempamerkan keterujaannya. Aku tersenyum sambil mengusap lembut kepalanya. Adakah ibu bapa Miqaila terkorban semasa rempuhan kapal terbang di KKIA 2?
Aku tidak pula ingin bertanya padanya. Bimbang kanak-kanak itu bersedih lagi.
"Kita akan mendarat sebentar lagi." Umum juruterbang.
Beberapa minit kemudian, terasa hentakan kecil pada bawah helikopter dan enjin dimatikan. Aiman membuka pintu helikopter dan menyuruh kami keluar. Izzara memulakan dramanya lagi apabila bertengkar dengan Danish tentang siapa yang akan terakhir keluar daripada helikopter.
"Kau pergilah keluar dulu!"
"Kau dululah! Kau tu lelaki! Mengalah jelah!"
"Oh, kalau lelaki mesti sentiasa mengalah?! Kau keluarlah dulu, ke nak aku tolong? Meh aku tolong sepak kau keluar!" Wau!
"I dare you."
"Oho. You would regret."
Werdi dan Reyna tepuk dahi serentak. Aku hanya mampu menggeleng-geleng. Budak-budak ni memang berani betul.
Melihat Danish maju ke arah Izzara, aku segera memegang budak lelaki itu kerana memandangkan aku yang paling hampir dengannya. "Chill guys."
Danish mendengus seraya memeluk tubuh. Kelihatan Izzara tersenyum sinis. Ni seorang pun sama juga.
"Ah, you're here."
Satu suara membuatkan kami menoleh ke belakang. Seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an berdiri bersama di sampingnya seorang wanita memakai kot doktor. Aiman dan kembarnya mendekati wanita itu.
"I'm sorry my Malay is not quite good, tapi saya masih boleh bertutur Malay. Nama saya Dr Sylvea Stanford. Ini pembantu saya Dr Christine. Kami akan bawa kamu semua jalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum membenarkan kamu pergi."
Kami menaiki sebuah van hitam yang membawa kami ke hadapan sebuah bangunan umpama menara Yayasan Sabah, bezanya menara ini berbentuk segi empat 2 kali ganda lebih tinggi daripada Yayasan Sabah.
Wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr Sylvea memberikan anggukan pada dua orang pengawal yang berkawal di pintu utama menara itu. Pengawal itu membalas anggukan Dr Sylvea seraya membuka pintu utama itu dengan sebuah kad kunci. Aku berasa sedikit hairan dengan pengawalan ketat menara ini. Apa sebenarnya menara ini?
Kami dibawa ke sebuah makmal pemeriksaan. Makmal itu dilengkapi dengan peralatan pemeriksaan dan 9 buah katil berserta langsir pemisah pada setiap katil.
"I have some works to do so saya akan tinggalkan kamu semua bersama Dr Christine. Dr Aiman dan Dr Annie akan membantu Dr Christine." Ucapnya seraya meninggalkan makmal itu.
"Okay, awak semua boleh duduk di setiap katil ini. Kami akan jalankan pemeriksaan sebentar lagi."
Dr Christine mula dengan Aizril, Aiman dengan Reyna dan Annie dengan Esme. Mereka memeriksa mata, mulut dan kadar nadi. Aiman mencapai sebatang pen pemancar hologram. Aku mengagak pen tersebut merupakan detektor wabak yang lebih dikenali sebagai P-Detector.
"Err, sebelum tu saya nak maklumkan, kami nak ambil sedikit darah untuk ujian ya. Harap kamu semua setuju." Kami hanya mengangguk.
Setelah kami selesai menjalani pemeriksaan dan pengambilan darah, Dr Christine meminta diri bersama kotak yang menyimpan balang yang mengandungi darah kami.
YOU ARE READING
»Abolition« [ERROR#2]
Ficção CientíficaSequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak misteri terus merebak. Namun benarkah ia boleh dihalang? Wabak misteri akhirnya diberi nama, Ex16. Semua...