Aku membalas pandangan saintis yang sebaya ibuku itu.
Dia meletakkan tabletnya pada meja di tepinya lalu mengatur langkah mendekatiku. Ekspresi tegasnya memudar menjadi ekspresi tenang, sedikit menunjukkan, kerisauan?
"Maafkan saya sebab kamu terpaksa harungi semua ini." Ucapnya dengan sangat berperlahan.
Aku mengerutkan dahi. Hairan dengan pernyataannya itu. Mindaku tidak mampu memproses dengan apa yang maksud di sebalik apa yang dikatakannya itu. Adakah dia mengenaliku? Lebih spesifik lagi, sejauh manakah dia mengenaliku?
"Who are you?" Soalku.
Aku mengesan sedikit perubahan pada ekspresinya. Seperti dia sedikit terkesan dengan soalanku itu. Dia menjauhiku dan mencapai tabletnya, kembali ke tugasnya seperti sebelum ini. Aku semakin hairan dengan tingkah laku wanita itu.
"What exactly happen he--" Duniaku tiba-tiba terasa berputar. Telingaku berdesing dengan kuat. Aku terasa seperti ada sesuatu yang berat menghentakku. Aku rebah, tidak mampu mengawal imbangan badanku.
Aku terdengar beberapa orang menjerit namaku. Sepasang tangan memangku kepalaku, cahaya putih dipancarkan pada wajahku. Kelopak mataku dibuka dengan paksaan. Cahaya itu dipancarkan pada kedua mataku, seperti memeriksa sesuatu.
Aku terdengar suara Dr. Sylvea meminta Aiman membantunya untuk memindahkanku. Memindahkanku ke mana? Aku meronta ingin melepaskan diri. Siapa tahu apa yang akan mereka lakukan kepadaku. Sekarang, semakin sukar untuk mempercayai sesiapapun.
"Peter, don't fight back. Let it flow through you. See it." Aku tidak faham dengan apa yang dibisikkan oleh Dr. Sylvea ke telingaku. See what?
"Chelsie! Don't wander too far into the woods!" Siapa? Suaranya seperti aku kenali. Satu suara yang selalu aku dengar dulu.
"I won't!" Siapa Chelsie?
Satu desingan kuat seperti mampu merosakkan deria pendengaranku. Kepalaku terasa sakit. Seperti seseorang menarik rambutku dengan sangat kuat dan mencucuk ratusan jarum ke otakku. Aku menjerit. Pap!
Duniaku gelap. Tapi aku masih sedar. Adakah aku telah menjadi buta? Kenapa semuanya hitam dan gelap? Mana semua orang?
"Peter, what do you think about the world?" Ana?
Ana! Awak kat mana? Aku cuba memanggilnya namun tiada suara keluar daripada mulutku.
"Peter come here. Let me show you something." Siapa? Suara yang sama dengan Ana namun kedengaran lebih lembut.
Suasana yang hitam pekat beransur-ansur beralih ke satu pemandangan yang kabur. Pemandangan itu beralih perlahan-lahan menjadi satu imej yang jelas. Aku berada di satu rumah hijau yang dipenuhi pelbagai tumbuhan serta sebuah kolam di tengah-tengah rumah hijau tersebut. Seorang budak lelaki mungkin berumur dalam kalangan 7 atau 8 tahun duduk bersebelahan dengan seorang budak perempuan yang mungkin berumur awal belasan tahun. Aku menghampiri kedua kanak-kanak itu namun mereka seperti tidak menyedari kehadiranku. Setelah aku dapat melihat wajah kedua mereka, aku terkejut. Wajah budak lelaki itu sangat mirip dengan wajahku cuma versi yang lebih muda. Wajah budak perempuan itu pula mirip dengan Ana tetapi tidaklah terlalu mirip seperti aku dengan budak lelaki itu. Masih terdapat beberapa perbezaan yang ketara.
"Are you hurt?" Soal budak perempuan itu.
"No."
"I saw you fall. Don't lie to me."
"Just a little but I can handle it. I'm 7 years old already."
"I'm sorry. I'm older so supposed to protect you."
Mereka diam sejenak. Aku ingin bersuara tapi tidak dapat. Terasa seperti aku kehilangan suaraku. Lebih parah, mereka seperti tidak dapat melihatku. Adakah aku sudah mati? Adakah ini alam kematian? Budak perempuan itu bangkit lalu menuju ke pintu belakang rumah hijau itu. Sebelum mencapai tombol pintu, dia menoleh ke belakang.
"Peter come here. Let me show you something." Aku tersentak. Suasana berubah. Aku berada di sebuah laman belakang. Budak perempuan itu berjalan menuju ke dalam hutan, diikuti dengan budak lelaki yang namanya mirip namaku, 'Peter'.
Aku menoleh sekeliling, di belakangku, sebuah rumah agam tersergam indah. Rumah agam itu dikelilingi oleh hutan, seperti yang biasa muncul di dalam film-film thriller. Rumah agam milik keluarga elit yang penuh misteri. Hairannya, aku berasa seperti mengenali rumah itu. Umpama aku pernah mengunjungi rumah tersebut, mungkin pernah tinggal di dalamnya.
"Hurry. We don't want Laurent to catch us here. We'll be scold by grandma." Gesa budak perempuan itu. Aku mengikuti jejak langkah mereka yang semakin jauh ke dalam hutan. Budak perempuan itu seperti tahu selok belok hutan ini.
"Are we there yet? It's been half an hour already. We need to return before noon." Kata budak lelaki itu. Dia menyarungkan jaketnya yang diikat di pinggangnya. Aku baru sedar suhu sekeliling semakin sejuk. Setelah berjalan beberapa minit, budak perempuan itu berhenti di hadapan bukit berbatu-batu yang hampir membentuk sebuah gua. Dia memerhatikan sekitarnya seterusnya memandang budak lelaki itu.
"This is our secret, okay." Dia menyelak beberapa tumbuhan yang menjalar pada beberapa batu besar. Terdapat satu lubang di sebalik tumbuhan itu. Mereka masuk ke dalam diturutiku di belakang mereka.
Kami tiba di sebuah gua yang tidak berbumbung. Terdapat air terjun sederhana besar di sudut gua itu. Ditengah-tengah gua itu membentuk kolam yang bersambung dengan air terjun. Di keliling lantai gua dipenuhi dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan terutamanya satu spesies bunga yang tidak pernah aku lihat di mana-mana sebelum ini. Bunga itu mempunyai 6 kelompak yang berwarna merah campur sedikit warna kuning. Ditengah bunga itu stigma-stigmanya terkumpul membentuk mahkota.
Aku terpaku melihat bunga itu, sama seperti kedua kanak-kanak tersebut. Budak lelaki itu ingin mencapai bunga itu namun budak perempuan itu segera menarik tangannya.
"Don't touch. We don't know what kind of flower it is. Perhaps it dangerous to touch it just like that." Budak perempuan itu mengeluar sebuah balang kaca, gunting bedah, hand sanitizer dan penyepit daripada begnya. Aku tidak sangka seorang budak perempuan seusianya begitu lengkap membawa peralatan seperti itu di begnya.
Dia mencangkung, menggunting bunga itu daripada batangnya, kemudian menggunakan penyepit untuk memasukkan bunga tersebut ke dalam balang kaca.
"What will you do with the flower?" Soal budak lelaki itu.
"I'm will bring this to the lab and do experiment on it. Maybe this flower has special power to cure canser." Budak perempuan itu memasukkan balang tersebut ke dalam begnya. Mereka meneroka sekitar gua.
"Oh my! It's way past noon already. Mother will be mad." Keduanya bergesa mengambil beg mereka dan berlari menuju ke lubang di mana tempat mereka masuk sebelum ini. Budak lelaki itu mendahului dan mudah meloloskan diri di sebalik lubang tersebut. Sementara budak perempuan itu cuba mengejar, tiba-tiba dia tersadung pada akar pokok yang menjalar. Aku terkejut dan cuba membantu tapi setelah mengingati dia tidak boleh melihatku, aku membatalkan hasratku.
Budak perempuan tersebut merenung tangan kanannya yang terluka. Luka yang seperti digarit oleh benda tajam contohnya pisau. Darah merah mengalir daripada luka tersebut. Aku menunggu budak perempuan tersebut menangis namun sebaliknya dia hanya merenung luka tersebut.
"The flower cut me." Bisiknya.
"Chelsie come on! We're super late already!"
"Coming!" Dia bangun dan berlari ke arah lubang seterusnya lenyap di sebalik lubang tersebut.
The flower cut me. Aku menoleh ke tempat budak perempuan itu jatuh, beberapa bunga yang sama turut tumbuh di sana, salah satunya terdapat sedikit darah pada kelopaknya. Bunga itu yang melukakan tangannya. Chelsie, the flower cut Chelsie's hand.
Desingan kuat kembali muncul secara tiba-tiba. Aku rebah, duniaku gelap sekali lagi.
"Peter? Are you okay?" Suara Esme menerjah pendengaranku. Aku membuka mataku perlahan-lahan, melihat Esme yang duduk di tepi katil tempat aku baring. Wajahnya penuh kerisauan. Aiman, Sarjan Khairyl dan pelajar-pelajar SMK Franxx berdiri di samping Esme.
What just happened?
YOU ARE READING
»Abolition« [ERROR#2]
Science FictionSequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak misteri terus merebak. Namun benarkah ia boleh dihalang? Wabak misteri akhirnya diberi nama, Ex16. Semua...