Chp 20

9 5 4
                                    


"No! No! No! No! No!" Pantas Wendy menggeleng-geleng kan kepalanya sambil mengoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan.

"Eh? Asal? Bukan ni good news?" Irene yang pelik menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak ni bad news!Tak bagus langsung!" Wendy sekali lagi menggeleng-geleng kan kepalanya.

Tak pening ka budak ni buat macam tu? Biar kan kawan Mi Rae memang tak betul..

Mi Rae: Ewah-ewah kau..

"So? Dia nak jawapan? The answer is? No?" Irene kelihatan janggal.

"Asal tak accept jer.. bukan kau memang tunggu peluang ni ker?" Joy mula menongkat dagunya sambil melihat Mi Rae.

"Semalam cakap lain.. hari ni lain.." Mi Rae membaringkan kepalanya di atas meja.

"Apa yang lain?" Yeri masih tak faham.

"Ye lah semalam kata tak suka hari ni mintak ada relay pulak?" Wendy lebih semangat menerang dari Mi Rae.

"Dah tu? Reject dia?" Irene menjungkitkan sebelah keningnya.

"Tak.. kau diam jer tak yah bagi apa-apa jawapan.." Mi Rae akhirnya bersuara.

"So? Tak nak couple?" Joy mengerutkan dahinya.

Mi Rae dan Wendy mengangguk serentak.

"Ouh k.. pelik tapi.. ya ikut kau lah.." Irene mengangkat tangannya tanda surrender.

"Aku tak rasa dia ikhlas.." Wendy mengecilkan matanya acah-acah spy.

"Maksud kau tak ikhlas?" Yeri pula membuat muka tak faham.

"Ye lah.. hari ni ckp suka smlm tak? Tak kan secepat tu dia tukar fikiran."

"Kalau semalam dia saja je cakap tak sebab cover feelings dia? Or pura-pura tak suka Mi Rae?" Joy membuat pemerhatian nya sendiri.

"Kalau macam tu dia pun boleh pura pura lah suka Mi Rae?"

"Tapi kalau betul-betul dia dah tukar fikirkan yang dia suka Mi Rae walaupun dalam masa yang sekejap?" Yeri pula mengajukan soalan.

Dah macam segmen tanyalah ustazah.

"Kalau dia boleh tukar fikiran and suka Mi Rae dlm masa yang singkat.."

"Uh huh.."

"Maknanya dia jugak boleh tukar fikiran untuk berhenti suka Mi Rae dalam masa yang singkat.." Wendy memberi penjelasan yang kukuh.

"Ok no comment.." Joy mengangkat tangan gaya surrender diikuti dengan Joy.

"Fine.. aku tak cakap ape-ape.. Tapi kalau dia tanya kau nak cakap ape?" Anak mata Irene meliar melihat ada kawan Tae Hyung atau pun tidak dekat dengan dorang sekarang.

"Mi Rae soalan ni aku nak kau jawab.." Wendy menyerah kan soalan kepada Mi Rae.

"Ah? Ermm cakap jer lah aku tak ada jawapan lagi.. or tengah pikir dulu.. nanti lama-lama dia diamlah.." Mi Rae kelihatan seperti sudah pasrah kerana dia juga berfikiran macam si Wendy.

Forget MeWhere stories live. Discover now