Chp 26

12 5 8
                                    

Joy P.O.V

"Saya tahu awak suka saya.."

Aku rasa macam nak terjun bangunan saja sekarang ni. Sungguh aku malu yang teramat. Tunggu sahaja pulang nanti aku tampar-tampar muka Wendy, Mi Rae, Yeri dan Irene.

Aku masih diam dan kaku, tiada balasan yang keluar dari mulut aku. Aku hanya diam seribu bahasa.

"Joy, awak ok?" Soalnya lagi.

Ingin sahaja aku bergerak pergi meninggalkannya di sini berseorangan tapi aku sedar tindakan itu agak kurang ajar jadi aku masih mengeras di sini.

"Joy.."

Sekali lagi suaranya menerjah lamunan aku. Aku memandang muka nya dengan tidak percaya kerana rahsia aku telah diketahuinya.

Malu itu sahaja yang aku tahu sekarang ini. Dan apa yang aku pasti ada cecair hangat yang memenuhi muka aku dan pipi aku terasa amat panas. Pasti muka aku sedang merona merah.

"Joy, awak tak apa-apa?" Jin menyentuh bahu aku lembut.

Aku mengundur ke belakang setapak.

"Iya, s-saya ok." Hanya itu yang mampu aku ucap.

"Awak malu dengan saya ya?" Dia tersenyum sedikit sambil melihat aku yang sedang mencuba mengalihkan perhatian aku dari terus melihat mukanya.

"Itu sahaja ke?"

Aku tidak tahu dari mana datangnya keberanian ini sehingga aku boleh berkata-kata tanpa ada gagap diantara perkataan yang aku utarakan itu.

"Ha?" Muka Jin pula agak terkejut. Iya, mungkin kerana perubahan mendadak pada diri aku sendiri.

"Itu sahaja ke yang awak nak cakap?" Aku memanjangkan ayat aku sedikit supaya lebih mudah difahaminya.

"Ouh, tak ada lagi.." mulutnya membuat sebuah bulatan O sebelum dia meneruskan ayatnya.

"Teruskan, saya tak ada banyak masa." Aku seperti jual mahal bukan? Biarlah, biar dia tahu juga aku bukan seperti perempuan diluar sana. Aku unik.

"Selain dari yang saya tahu awak suka saya, saya nak beritahu awak seperkara yang lain. Agak penting juga sebenarnya." Mukanya kelihatan lebih serius berbanding tadi.

"Ouh ya, apa dia? Bunyi macam terlalu serius." Aku mengekalkan riak muka aku. Entah mengapa aku langsung tidak malu lagi berhadapan dengannya. Mungkin juga kerana aku sedar bahawa riwayat aku telah tamat.

"Terlalu serius." Jawabnya ringkas.

"Dan ya? Cakap lah.." Suara aku agak mendatar. Ya lah, tiada apa untuk dijeritkan.

"Sebentar ya, biar aku susun ayat aku." Dia tersenyum sebentar sebelum membelakangi aku.

"Ok, take your time." Aku bergerak menghampiri tempat yang disyorkan oleh Jin untuk aku tadi. Dan aku duduk di situ sambil melihat dia yang membelankangi aku.

"Awak? Lama lagi?" Aku risau sekiranya yang lain mencari aku. Iya lah mana tahu mereka tak sabar mahu ditampar.

"Iya, saya sudah sedia." Dia menghadap kearah aku semula dan serta merta aku bangun dari duduk ku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 17, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Forget MeWhere stories live. Discover now