Chp 24

13 5 6
                                    

Mi Rae P.O.V

Aku masih tak sangka yang dia, Byun Baek Hyun duduk dengan aku sekarang ni. Iya dia macam.. tak marah kan aku? Iya mungkin dia cuba berbaik dengan aku.

"Kau instafamous kan?"

"Eh tak lah biasa jer." Aku hanya menjawab biasa-biasa sahaja. Kekok itu sudah pasti hampir setahun kami tidak sedekat ini.

"So how? Prom?"

Ah tidak soalan KBAT.

"Erm macam tu lah." Tak kan aku nak bagi tahu yang aku tiada peneman auwh tidak, jatuh standard ok?

Selagi dia tak tanya, aku tak akan cak-

"Kau pergi dengan siapa?"

Sudah, Kenapa masin mulut aku ni?

"Ah ermm dengan.." aku berfikir dulu, yelah tak akan senang-senang standard nak jatuh.

"Kau pergi dengan Tae Hyung? Tapi bukan ke dia dengan Sana sekarang."

Nama itu lagi, haih! Jujur sahaja lah. Paling teruk pun dia hanya akan mengejek aku bukan?

"Aku tak ada partner lah, Lonely kan? Hahaha." Tawa yang tidak ikhlas itu aku lemparkan. Harus bagaimana lagi? Itu kenyataan dia.

"Betul-betul tak ada partner? Aku fikir kau bergurau sahaja untuk comment instagram kau tu." Muka Baekhyun keihatan agak serius.

Tunggu? Komen?

"Kau stalk aku ya?" Aku sengaja menjungkitkan kening untuk menambahkan keyakinan pada muka aku, biar cuak lah katakan.

"An-ani, mana ada.. ter baca je." Baekhyun agak gelabah di situ.

Ding Dong!

Dia tertangkap.

Patut lah IG ANALIZER aku asyik bagi notification je, banyak yang stalk rupanya.

"Hey, bertenang lah. Aku tak akan makan kau untuk perkara tu." Aku ketawa sinis kepadanya.

"Ah- nae, mian."

"It's ok lah, tiada apa yang salah pun." Aku mengalihkan pandangan aku kepada tapak perhimpunan yang terbentang luas dihadapan aku ini.

"Mi Rae, kalau kau tak keberatan. Aku nak ajak kau jadi pasangan aku."

Aku menatap muka nya yang sedang serius. Ya, ada keikhlasan di matanya.

"Kau mahu?"

Aku masih belum memberi jawapan dan masih terdiam memandang wajahnya.

"Kau boleh fikirkan dulu." Dia mengukirkan senyuman kecil kepada aku.

"Kalau aku cakap, setuju?" Tanpa aku sedar mulut aku menguntumkan sebuah senyuman.

"Aku jemput kau." Dia membalas senyuman aku.

Tampanya. Bila aku lihat betul-betul muka dia seiras dengan Tae Hyung. Ahh namja tu lagi. Stop Mi Rae stop!

Forget MeWhere stories live. Discover now