Chp 25

10 5 4
                                    

"Jumpa je lah."

"Peluang baik kot.."

"Kau kan minat sangat kat dia.."

Joy masih terkulat-kulat dengan dirinya sendiri.

"Apa kau fikir lagi, kau dah pun setuju kan?"

"Aku terlalu teruja, aku tak dapat kawal diri aku dari tulis perkataan 'ok' tu.." Joy bermain dengan jari dia bila dia sedar dia tiada keberanian yang cukup.

"Wow, Joy kita ayu macam ni ke?" Wendy memecahkan kesunyian.

"Janganlah, kau ni.." Yeri menepuk bahu Wendy perlahan.

"Eh, betul lah? Kau tengok dia dah tak berani. Maksudnya dia dah mula jadi perempuan sejati, opss.. wanita sejati.." Wendy sengaja mengusik Joy, mungkin boleh menaikkan semula semangat rakanya yang hilang itu.

"Habis selama ni dia apa?" Irene melihat Wendy dengan muka yang pelik.

"Sajat mungkin.. hahahahahaha" Mi Rae ketawa berdekah-dekah tapi lawaknya tiada sambutan oleh kawan-kawannya.

"Tak lawak eh?" Mi Rae berhenti ketawa apabila dia rasa tidak mampu ketawa lagi.

"Jangan libatkan sajat kat sini.." Wendy menjeling Mi Rae.

"Sajat perempuan, jangan macam-macam.." Irene menenung Mi Rae dengan muka serius.

"Omma aku beli bengkung dia.." Yeri juga turut melihat Mi Rae dengan pandangan kemarahan.

"Ok, Ok, Sajat baik, Sajat perempuan, bengkung dia tip top." Mi Rae mengalihkan perhatiannya ke arah Joy semula.

"Aku takut ah, malu nanti." Joy masih dengan pemikirannya bahawa rahsia nya akan terbongkar.

"Tak percaya lah, dia tak tahu." Irene juga cuba memujuk Joy.

"Kalau dia tahu?" Joy masih bimbang.

"Kau boleh lempang aku, aku serius.." Wendy memandang Joy dan ahli lain dengan mata yang membara.

"Biar betul kau ni?" Yeri menepuk-nepuk lembut pipi Wendy.

"Eh betul lah, kenapa? Pelik ke?" Wendy masih bersemangat.

"Aku join! Kau boleh tampar aku jugak, aku benarkan. Tapi kalau kantoi lah.." Mi Rae merangkul bahu Joy sambil mengangkat ibu jari nya menunjukkan tanda thumbs dengan bersemangat.

"Betul ni?" Joy kelihatan agak teruja.

"Eh bab tampar orang ni, suka pula kau." Irene memendang aneh wajah Joy.

"Hehehe apa salahnya, Ok! Aku pergi! Tapi kalau kantoi betul ya aku lempang korang berdua." Joy mengelap telapak tangannya.

"Err.. aku tak masuk campur ya?" Yeri mengundurkan langkahnya ke belakang.

"Kau memang noob." Wendy menjeling Yeri sekilas.

"Ok fine aku join! Tapi.." Yeri tiba-tibe bersemangat.

Forget MeWhere stories live. Discover now