selepas habis waktu kuliah catricia menunggu semua orang melangkah keluar dari dalam dewan kuliah tersebut. dia lihat jayren sedang sibuk menyimpan semua bukunya ke dalam beg sandang miliknya. catricia teragak agak hendak menghampiri pemuda tersebut. sebenarnya dia ingin menyerahkan puisi yang di tulisnya pada pemuda itu tapi dia macam tidak berani pula untuk berbuat demikian. sekejap dia berdiri sekejap dia duduk. sekejap dia berdiri sekejap dia duduk. "macamana ni? nak bagi ke tak puisi ni?", soalnya dalam hatinya. sesekali dia menggaru garu kepalanya yang tidak gatal. "oh... bagi saja puisi ni padanya....", kata hati kecilnya.
perlahan lahan dia mengorak langkah menuju ke arah pemuda tersebut tapi semakin dia dekat pada pemuda itu semakin berat pula kakinya melangkah. macam ada yang tak kena dengan kakinya pula. "hish... apa dah jadi dengan kaki aku ni? jalanlah!....", getus hati kecilnya tak keruan. dadanya terasa semakin berdebar bila dia semakin dekat dengan pemuda tersebut. mungkin kerana terlalu nervous sangat dia berpatah balik ke tempat duduknya. "oh God... aku tak dapat lakukan ini.... aku tak dapat lakukan ini...", keluhnya dalam kegelisahan. dia mundar mandir di dekat meja studynya. "tak boleh jadi ni... aku harus menyerahkan puisi ni padanya... catricia... kau harus teruskan niat kau ini... kau mesti serahkan puisi ni pada jayren... mesti... mesti... mesti.....", getus hati kecilnya. sekali lagi dia menapak ke arah pemuda itu. baru saja dia sampai dekat dengan pemuda tersebut dia berpeluh sakan pula. di saat dia hendak meneruskan langkah kakinya menuju ke arah pemuda tersebut tiba tiba saja kertas puisi di tangannya terbang di bawa arus angin yang datang entah dari mana. kertas puisi itu melayang di udara. "oh tidak!....", cepat cepat catricia berlari mengejar kertas tersebut tapi malang baginya kertas puisi itu jatuh betul betul di kaki steffy!....
"oh no!...." catricia menutup mulutnya. dia cuba mengambil kertas itu tapi steffy telah merampas kertas itu dari tangannya. catricia rasa macam hendak pitam saja bila dia lihat steffy dan 3 orang kawannya mengambil kertas puisi tersebut. "gulp...", catricia menelan air liurnya yang terasa pahit. sepahit hempedu. "attention all!!!!....", steffy tiba tiba bersuara lantang. semua pelajar yang ingin meninggalkan dewan kuliah itu tidak jadi melangkah keluar dari situ. mereka memandang ke arah steffy. "korang nak dengar puisi cinta tak?... puisi ni di tulis oleh catricia edmond pada lelaki idaman hatinya iaitu jayren joel...", kata steffy dengan nada suara yang lantang sekali. semua pelajar mula pandang semacam ke arah catricia. "oh steffy, please dont read it... please...", rayu catricia tapi steffy tidak mengendahkannya.
jayren joel,
satu nama yang sering ku puja dalam diam
satu nama yang memberi makna dalam hidup ini
satu nama yang menjadi igauan dalam mimpiku
satu nama yang tak akan ku lupakan buat selamanya"jayren joel,
orang yang ku puja dalam diam
hadirlah kau dalam hidupku
hadirlah kau dalam setiap mimpi indahku
betapa aku merinduimu pada setiap masajayren joel
kau tidak tahu aku memujamu dalam diam
kau tidak tahu betapa aku mencintaimu
seseungguhnya tiada lagi orang lain di hati ini
hanya engkau saja yang bertakhta dalam hati inijayren joel
mungkin kau anggap aku sudah gila
mungkin juga kau anggap aku sudah lupa diri
namun aku tidak peduli sayang
biarlah kau tahu betapa aku mencintaimujayren joel
jikalaulah kau jadi kekasihku
aku akan menjagamu dengan baik
aku akan sentiasa bersamamu
inilah janjiku padamu sayang# p/s: jayren joel, harap kau akan dapat menerima cintaku..."
steffy mengakhiri bacaan puisi itu dengan wajah yang tegang sekali. catricia merasa tidak menentu apabila dia melihat semua orang pandang semacam ke arahnya. apatah lagi jayren dan kawan kawannya. "oh sungguh memalukan....", bisik hati kecil catricia sebaik saja dia melihat berpasang pasang mata memandang ke arahnya. "tak sangka perempuan hodoh macam kau ni ada hati nak tackle kekasih aku tu....", steffy bersuara sambil melangkah menghampiri gadis yang di anggapnya hodoh itu. "wei... kau tak sedar ke kau tu tak cantik... ada hati pula nak goda kekasih orang lain... bangang... tolol... bahlul....", steffy menunjal nunjal dahi catricia dengan jari telunjuknya. catricia hanya tunduk diam. dia tidak berani bergaduh dengan gadis itu. "eh... kau fikir kau dapat goda boyfriend aku tu dengan muka kau yang berjerawat ni? jangan mimpilah jayren akan membalas cinta kau tu... wei... sebelum kau nak tackle boyfriend orang lain kau pergilah cermin muka kau tu dalam cermin. sudahlah muka kau tu hodoh berjerawat sana sini, pakai mata cermin tebal macam nenek tua, dah tu pula pakai baju yang dah old fashioned macam nenek kebayan, ada hati nak rebut kekasih aku, pegi daaaa!...", steffy mendorong tubuh catricia dengan sekuat hatinya.
Catricia terjatuh di atas lantai. semua orang mentertawakannya. catricia mula menangis. dia merasa sedih sekali apabila dia mendengar perkataan dari mulut steffy. terasa maruah dirinya di pijak orang. "perempuan bodoh!....", dengus steffy lalu di koyak koyaknya puisi tersebut di depan mata catricia. kemudian dia melemparkan cebisan kertas yang di koyaknya itu ke arah gadis yang di bencinya itu. selepas itu dia beredar dari situ. begitu juga dengan pelajar yang lain. tinggallah catricia menangis seorang diri di situ. perlahan lahan dia mengambil cebisan kertas yang terkoyak tadi lalu di masukkannya ke dalam beg sandangnya. tangisannya belum reda lagi. di saat dia bersedih seorang diri di situ ada tangan yang menghulurkan sehelai kertas tisu padanya. perlahan lahan catricia mengangkatkan kepalanya. kelihatan pemuda bernama chrishell tadi berdiri di depan matanya. dia menyerahkan sehelai kertas tisu padanya. "kesat airmata awak tu...", chrishell bersuara perlahan lahan. catricia pun mengambil kertas tisu itu kemudian dia terus bangun lalu melangkah pergi dari situ. "hey... tunggu!... tunggu!...", jerit chrishell apabila dia melihat ada buku catricia yang tertinggal di atas lantai tersebut. dia cuba memanggil gadis itu tapi panggilannya tidak di endahkan malah gadis tersebut terus berlari laju meninggalkannya di situ. catricia balik ke rumah dengan mata yang merah akibat baru saja lepas menangis. sampai di rumah dia di sambut oleh mamanya puan julita. "eh... kenapa dengan mata awak tu sayang? awak baru lepas nangis ke?", soal puan julita di muka pintu tapi catricia tidak menjawap soalan mamanya malah dia terus berlari naik ke tingkat atas. dia berlari masuk ke dalam bilik tidurnya. pintu bilik tidur di kunci dengan rapat. dia kembali menangis seorang diri di dalam bilik tidurnya
YOU ARE READING
CINCIN (U)
Teen FictionSinopsis: Mengisahkan seorang gadis yang di labelkan orang paling hodoh di universiti tempat dia belajar. dia ada crush tapi malangnya crushnya itu tidak mencintainya. malah crushnya mencintai orang lain pula. yang lebih malang lagi dia di ejek, di...