catricia melangkah keluar dari dalam bas yang di tumpanginya. dari jauh lagi dia nampak jayren joel, pemuda idaman hatinya sedang duduk di tangga bersama dengan kawan kawannya tidak jauh dari situ. dia kelihatan sangat tampan pagi itu. perlahan lahan catricia melangkah melewati gerbang universiti yang sangat tinggi itu. di saat dia hampir dekat dengan kumpulan itu dia lihat jayren memandang ke arahnya sambil tersenyum lebar. catricia jadi tidak menentu. "OMG... dia senyum pada akulah?... biar betul...", catricia macam tidak percaya dengan apa yang di lihatnya saat itu. "adakah aku bermimpi ataupun ini hanya ilusi semata mata?", pelbagai persoalan muncul di dalam mindanya. di saat dia tertanya tanya itu dia lihat jayren melambaikan tangannya ke arahnya. "oh... God, dia angkat tangan padaku lah....", catricia merasa excited secara tiba tiba. dia tersenyum lantas mengangkat tangannya lalu melambaikan tangannya pada jayren. lebih mengejutkan lagi bila dia lihat jayren mula melangkah menuju ke arahnya. siap tersenyum lebar pula tu. "oh...dia ke sinilah!... oh....", catricia merasa semakin excited. senyumannya lebar hingga ke telinga. catricia meneruskan langkah kakinya menuju ke arah jayren. jayren mendepakan tangannya bagaikan orang yang ingin memeluknya pula. catricia fikir tentu pemuda itu akan memeluknya. "oh so sweet... so romantic...", bisik catricia merasa cukup excited. tiba tiba seorang gadis meluru ke arah jayren lalu memeluknya. kalau tidak salah itu ialah steffy yanus gadis tercantik di universiti itu. "what the hell?", langkah kaki catricia terhenti di situ juga. dia tidak menyangka yang perkara itu akan terjadi di depan matanya. mati mati dia fikirkan yang jayren datang ke arahnya lalu memeluknya tapi bukan dia yang di peluk oleh jayren. malah pemuda tersebut memeluk steffy pula. catricia jadi malu sendiri. dia tidak tahu di mana dia hendak meletakkan wajahnya sekarang sebab semua rakan rakan jayren sedang mentertawakannya saat itu kerana dia terlalu perasan. cepat cepat catricia berlari meninggalkan tempat itu. masa dia berlari itulah dia terlanggar seseorang. "ouwh!!!....", kedengaran suara pemuda yang di langgarnya. dia lihat pemuda itu tertunduk memegang bahunya yang terasa sakit akibat di rempuh olehnya sebentar tadi. "er.... sorry... sorry....", cepat cepat dia berlari dari situ.
sampai di dewan kuliah dia duduk di tempat duduknya. perasaan malunya masih belum hilang lagi dari sanubarinya. suasana di dalam dewan kuliah kini bising apabila semua pelajar sudah masuk ke dalam dewan tersebut. masing masing sibuk dengan hal sendiri. hanya catricia seorang saja yang sibuk sibuk menulis sesuatu dalam buku notanya. dia tidak peduli pada semua pelajar yang lain tapi apabila dia terdengar suara jayren dia pun terus mengangkat wajahnya. jayren melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dengan memegang tangan steffy. sakit betul hatinya apabila dia melihat jayren bercinta dengan gadis tak guna itu. dalam diam dia benci betul pada steffy yang berpakaian seksi dan berambut lurus separas bahu itu. "macamlah dia tu cantik sangat...", kata hati kecilnya cukup iri dengan gadis tersebut. tiba tiba, "apa tengok tengok?...... aku cungkil biji mata kau tu, baru kau tahu...", jerkah steffy seperti ahli gangster yang garang pula. pelajar yang lain hanya mentertawakannya apabila steffy berkata begitu padanya. cepat cepat catricia menundukkan kepalanya. dia tidak berani lagi bertentangan mata dengan gadis kadazan yang tak ubah macam gangster itu. dia kembali menulis sesuatu di dalam buku notanya.
ketika catricia sedang tunduk menulis sesuatu di dalam buku notanya muncul pula seorang pemuda di dalam bilik kuliah tersebut. pemuda itu melangkah masuk ke dalam bilik kuliah dengan hanya berpakaian tshirt hitam, berjacket hitam lusuh dan berseluar jeans hitam lusuh yang koyak rabak di lutut. rambut depannya hampir menutupi separuh dari wajahnya. stylenya tak ubah macam style pemuda emo saja. dia duduk di belakang dewan kuliah tanpa mempedulikan mata pelajar lain yang sedang memerhatikannya saat itu. kalau tidak salah itulah pemuda yang di langgarnya sebentar tadi tapi dia pura pura tidak tahu pula. tidak lama kemudian pensyarah mereka mdm kho geok chin pun datang lalu dia menyuruh pemuda tersebut berdiri di hadapan semua orang untuk memperkenalkan diri. "nama saya chrishell celong. panggil saya chris saja. bangsa murut. berasal dari keningau, sabah. umur 24. itu saja....", begitu ringkas sekali perkataan yang di ucapkannya.
sesekali dia menyelak rambut depannya yang menutupi separuh wajahnya dengan tangannya sendiri. "okay, ada pertanyaan?", soal mdm kho geok chin. steffy tiba tiba saja mengangkat tangannya. "ya, ada apa steffy? sila ajukan soalan kamu pada chrishell...", mdm kho geok chin membiarkan pelajarnya bersoal jawab dengan pelajar baru itu. "nak tanya ni.... kenapa seluar jeans awak tu koyak rabak?...", soal steffy sambil ketawa kecil. dia kembali duduk di atas kerusinya. chrishell tersenyum saja apabila dia mendengar soalan itu. "okay, let me ask you one question first.... kenapa baju yang awak pakai tu terlalu seksi? terdedah sana sini? macam tak cukup kain aje....", balas chrishell separuh menyindir. malu betul steffy apabila dia mendengar perkataan pemuda tersebut. dia terus bangun dari atas kerusinya. "hey... ini aku punya stylelah.... kau tak ada hak nak bertanya soalan macam tu padaku...", bentak steffy pula. "yakah?... so, jawapan aku pun sama macam kau juga... hey!... ini aku punya stylelah... kau tak ada hak nak bertanya soalan macam tu padaku...", chrishell mengulangi perkataan yang di sebut oleh gadis itu. "eeiiii.... geramnya aku!...", steffy bersuara dengan nada suara yang kegeraman. "eiii.... geramnya aku...", chrishell kembali mengulangi perkataan gadis tersebut sambil membuat mimik wajah yang menjengkelkan. "kau ni kan....", belum pun sempat steffy menghabiskan perkataannya mdm kho geok chin pantas memotong perkataannya, "that is enough... chrishell, awak boleh pergi ke tempat duduk awak....", perintah mdm kho geok chin. dengan wajah selamba pemuda itu melangkah pergi dari situ. perlahan lahan catricia menoleh ke belakang. dia memerhatikan pemuda tersebut. dia tidak menyangka pemuda itu mempunyai keberanian untuk bersuara. dalam dia mengagumi pemuda tersebut. tiba tiba pandangan matanya bertaut dengan pandangan mata pemuda itu. cepat cepat dia mengalihkan pandangannya. dia tidak berani menoleh ke belakang lagi.
di sepanjang sesi kuliah catricia tidak dapat menumpukan perhatiannya pada isu yang di bincangkan. dia asyik teringatkan wajah jayren yang cute macam shawn mendes itu. kalaulah jayren jadi kekasihnya tentu dia akan jadi orang yang paling bahagia dalam dunia ni tapi itu tidak akan terjadi sebab dia sedar siapa dirinya. dia hanya seorang gadis hodoh yang wajahnya penuh dengan jerawat, bermata cermin tebal dan berpenampilan old fashioned. dia tahu yang dia tidak layak menjadi kekasih jayren yang handsome macam penyanyi muda shawn mendes tu. namun dia masih ingin menulis perasaan cintanya di dalam sebuah puisi yang di tujukannya khas buat jayren joel pemuda berbangsa kayan itu.
AUTHOR NOTE: Mizz akan buat cerita ni pula. mizz nak buat 3 cerita yang berlainan. korang bacalah setiap kali mizz update ye...

ANDA SEDANG MEMBACA
CINCIN (U)
Fiksi RemajaSinopsis: Mengisahkan seorang gadis yang di labelkan orang paling hodoh di universiti tempat dia belajar. dia ada crush tapi malangnya crushnya itu tidak mencintainya. malah crushnya mencintai orang lain pula. yang lebih malang lagi dia di ejek, di...