"apa maksud awak yang kita harus membalas kejahatan tu dengan kebaikan?... biasanya setiap perbuatan jahat tu harus di balas dengan kejahatan, itu barulah di katakan adil...", chrishell bersuara sambil melangkah dengan pantas di sebelah gadis itu. "awak kata itu satu keadilan?.... bagi saya itu bukan satu keadilan... itu satu jenis penghukuman....", balas catricia dengan wajah yang serius. "penghukuman?... maksud awak?", soal chrishell bertambah bingung. "yelah, jikalau awak membalas kejahatan orang tu dengan kejahatan itu maknanya awak telah menjatuhkan hukuman ke atas orang yang telah melakukan kejahatan ke atas awak. itu maknanya awak tidak jauh bezanya dengan orang yang berbuat jahat tu... dalam erti kata yang lain awak sudah jadi jahat macam dia juga... okay, cuba awak bayangkan jikalau awak dan orang tu saling berbuat jahat di antara satu dengan yang lain, sampai bila korang nak berdamai ar?... sudah tentu korang akan sentiasa bermusuhan sehingga korang merasakan tidak ada damai di dalam hidup korang. so kesimpulannya jikalau awak nak orang tu berbaik semula dengan awak lebih baik awak membalas kejahatannya tu dengan kebaikan. apabila dia melihat awak selalu membalas perbuatannya yang jahat tu dengan perbuatan yang baik sudah tentu dia akan berhenti memusuhi awak di suatu hari kelak...", jelas catricia panjang lebar.
"so, awak harus berbuat baik biar pun awak kena buli oleh orang yang tak guna macam tu?", soal chrishell dengan dahi yang berkerut. "ya....", balas catricia sepatah. "you know what?", soal chrishell sambil melangkah di sebelah gadis itu. "what?", soal catricia sepatah. "awak ni terlalu baik hati lorh... tapi jikalau terlalu baik hati pun orang pasti akan memijak kepala awak di suatu hari nanti...", komen chrishell. "tak apa... biarlah orang buat jahat pada kita tapi jangan kita buat jahat pada orang sebab Tuhan pernah berfirman dalam bible tidak baik kita membalas perbuatan jahat orang terhadap kita dan kita juga tidak boleh menghakimi dan menghukum orang dengan sesuka hati kita biar saja Tuhan yang menghakimi dan menghukum orang jahat itu di akhirat kelak....", jelas catricia panjang lebar. "i still dont get it...", chrishell bersuara perlahan lahan. "awak tak faham sebab awak tu bukannya penganut kristian.... jikalau awak penganut kristian sudah tentu awak akan faham apa yang saya maksudkan ni... end of discussion....", catricia melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. chrishell terdiam memikirkan apa yang di katakan oleh gadis tu padanya sebentar tadi.
*** *** ***
selepas habis waktu kuliah catricia melangkah keluar dari dalam dewan kuliah. pada masa yang sama steffy pun turut melangkah keluar dari dewan kuliah itu. tiba tiba steffy melanggar gadis tersebut dari belakang sehingga menyebabkan catricia terjatuh di atas lantai. "ouuwhhhh....", jerit catricia kesakitan. pergelangan kaki kirinya terasa sakit sekali. "hahahahaha....", steffy dan kawan kawannya hanya mentertawakannya saja. sedikit pun mereka tidak merasa simpati pada gadis itu. "hey... kenapa korang ketawakan dia pula?... korang nak cari gaduh lagi ke, hah?....", bentak chrishell secara tiba tiba. steffy dan kawan kawannya terus saja berhenti ketawa. mereka merasa kecut perut sebaik saja mereka melihat wajah chrishell yang garang semacam itu. cepat cepat mereka melangkah pergi dari situ. "awak tak apa apa ke?", soal chrishell ingin tahu. dia memandang wajah catricia yang masih terduduk di atas lantai. "i think i'm okay...", perlahan lahan catricia bangun. chrishell segera menolongnya dengan memegang lengan kiri gadis tersebut sehingga dia dapat berdiri semula. "thanks chris sebab awak selalu tolong saya...", ucap catricia dengan wajah yang sedikit menyeringai. kaki kirinya terasa sakit tapi dia cuba menggagahkan diri untuk berjalan. "are you sure that you're okay?", soal chrishell ingin tahu. "i'm okay...", dalih catricia. sebenarnya pergelangan kaki kirinya masih terasa sakit tapi dia buat buat okay saja.
dia mula melangkah pergi dari situ tapi dia di tahan oleh chrishell. "ini buku awak yang tertinggal tempohari... saya pulangkannya semula pada awak...", tutur chrishell perlahan lahan. "thanks chris...", ucap catricia. dia mengambil buku yang di serahkan oleh pemuda itu padanya. "sama sama...", balas chrishell dengan ringkas. "sebelum awak pergi saya nak tanya awak ni... kenapa awak selalu tolong saya?....", soal catricia ingin tahu. "saya tolong awak sebab saya tak suka orang yang menganiayai orang lain. apa apa pun, saya salute pada awak... biar pun orang selalu menganiaya dan membuli awak tapi awak masih juga tidak mahu membalas perbuatan jahat mereka itu.... itu tandanya awak seorang gadis yang baik hati...", tutur chrishell dengan jujur. "tapi malangnya wajah saya tak secantik macam steffy dan kawan kawannya tu...", catricia bersuara perlahan lahan. "hey... siapa cakap yang wajah awak tak cantik pula?....", soal chrishell ingin tahu. "semua orang kat kampus ni yang cakap macam tu... sebab itulah saya selalu kena buli...", catricia meluahkan isi hatinya. "hey... tak baik fikir macam tu... let me ask you one question? kecantikan luaran tu sangat penting ke pada diri awak?....", soal chrishell sambil merenung wajah gadis itu. "ya...", balas catricia sepatah. "sebabnya?", sekali lagi chrishell memandang wajah gadis itu. "sebab kecantikan luaran akan membuatkan orang lain terpegun di saat mereka melihat kita.... mereka akan memuja kita dan menggilai kita selalu...", balas catricia dengan pantas.
"mungkin untuk sementara waktu kot...", komen chrishell. "maksud awak?", soal catricia dengan dahi yang berkerut. "maksud saya kecantikan luaran ni cuma untuk sementara waktu saja... apabila kita sudah tua nanti kecantikan luaran akan hilang di makan usia...", balas chrishell dengan wajah yang serius. "so?....", catricia merenung wajah pemuda itu. "so kecantikan luaran tidak begitu penting... yang penting ialah kecantikan dalaman hati kita sebab ianya mencerminkan keperibadian kita yang sebenarnya...", balas chrishell dengan jujur. "oh.... mungkin ianya tidak begitu penting bagi awak sebab awak tu lelaki. lagi pun awak bukannya tahu apa apa tentang kecantikan luaran ni. tapi bagi saya yang hodoh ini kecantikan luaran tu sangat penting... jikalau wajah saya cantik sudah tentu steffy dan kawan kawannya tidak membuli saya lagi dan tentu jayren akan jatuh cinta pada saya... semua orang akan menggilai sa....", kata kata catricia terus di potong pantas oleh chrishell. "woah... woah.... woah.... wait the minutes... jadi sekarang awak menyimpan hasrat untuk menjadi seorang gadis yang tercantik di dunia ni?", soal chrishell dengan dahi yang berkerut. "ya.... i wish i can be more beautiful than anyone else in this world....", ucap catricia dengan penuh harapan. "just be careful with what you wish for..", ucap chrishell dengan wajah yang serius. "whatever...", catricia bersuara lalu beredar dari situ.
![](https://img.wattpad.com/cover/131803549-288-k270543.jpg)
YOU ARE READING
CINCIN (U)
Novela JuvenilSinopsis: Mengisahkan seorang gadis yang di labelkan orang paling hodoh di universiti tempat dia belajar. dia ada crush tapi malangnya crushnya itu tidak mencintainya. malah crushnya mencintai orang lain pula. yang lebih malang lagi dia di ejek, di...