CINCIN 11

182 12 2
                                    

"so awak betul betul fikir yang cincin ni telah mengubah awak menjadi tricia chen?", soal chrishell dengan wajah yang serius. "ya...", balas catricia perlahan lahan. "jikalau awak sekarang sudah menjadi tricia chen bagaimana pula nasib catricia edmond?...", soal chrishell bersuara dengan dahi yang berkerut. "yalah... saya tak terfikir pula pasal tu... sebaiknya mari kita pergi ke rumah saya... saya nak berjumpa dengan mak dan ayah saya... boleh kan saya tumpang naik motorsikal awak tu?", soal catricia dengan pantas sekali. "boleh je...", balas chrishell sepatah. mereka pun melangkah pergi dari situ. chrishell menunggang motorsikalnya. catricia duduk di belakangnya. perlahan lahan motorsikal tersebut meluncur laju meninggalkan kawasan kampus yang lengang itu. catricia memberitahu chrishell jalan yang harus di tempuhinya menuju ke taman perumahan indah permai. tidak lama kemudian mereka pun sampai di taman perumahan indah permai. dari jauh lagi catricia nampak rumah orang tuanya. cepat cepat dia menyuruh chrishell memberhentikan motorsikalnya di depan rumah orang tuanya. dia segera melangkah turun dari atas motorsikal chrishell. dia lihat tiada siapa pun yang berada di rumah orang tuanya. "ke mana pula perginya mama dan papa ni?", catricia tercangak cangak di depan pintu pagar mah orang tuanya. dia tercari cari bayang kelibat orang tuanya di situ. tiba tiba dia nampak jiran sebelah rumahnya mak cik hasnah sedang berdiri di luar halaman rumahnya. dia pun segera berlari menuju ke arah wanita yang berbangsa melayu itu. "selamat tengahari mak cik...", sapa catricia di luar pintu pagar. mak cik hasnah segera datang menghampirinya di situ. "ya... ada apa?", soal mak cik hasnah ingin tahu. "mak cik... saya nak tanya ni... mana perginya mama dan papa saya ni...", soal catricia ingin tahu. "apa?...", mak cik hasnah terkejut di saat dia mendengar soalan dari mulut gadis yang tidak kenalinya itu. "oh... maaf... maksud saya, mana perginya encik edmond dan puan julita yang tinggal kat rumah sebelah ni?", soal catricia ingin tahu.

"oh... awak ni siapa?", soal mak cik hasnah ingin tahu. "er... sebenarnya saya ni....", belum pun sempat catricia menghabiskan perkataannya. chrishell segera memotong perkataannya. "oh... dia ni ialah anak saudara encik edmond dan puan julita....", potong chrischell dengan pantas sekali. "oh... begitu... sebenarnya encik edmond dan puan julita baru saja bercerai gara gara mereka bergaduh pasal anak gadis mereka menghilangkan diri entah ke mana... dengar khabar puan julita sudah pulang ke kampung halamannya. begitu juga dengan encik edmond. masing masing bawa diri ke kampung. jadi tiada siapa lagi yang tinggal di dalam rumah sebelah ni....", cerita mak cik hasnah dengan wajah yang serius. hampir saja catricia menangis sedih sebaik saja dia mendengar berita itu tapi di tahannya saja rasa sedih itu di lubuk hatinya. "apa?... mereka sudah bercerai, mak cik?... jadi ke mana pula perginya anak gadis mereka itu, mak cik?", soal chrischell ingin tahu. "entahlah... dengar khabar anak gadis mereka melarikan diri dari rumah di waktu malam. ketika tu orang tuanya sedang sibuk bergaduh di ruang dapur. sekali puan julita pergi ke bilik tidur anak gadisnya dia lihat catricia sudah tidak ada lagi di situ....", cerita mak cik hasnah dengan jujur. "oh... begitu... terima kasih ya mak cik... kami pergi dulu...", chrishell bersuara seraya menggamit lengan kiri catricia yang sedang merasa sedih saat itu. catricia terpaksa mengekori chrishell dari belakang. dia menundukkan kepalanya sambil melangkah di belakang chrishell. setitis demi setitis airmata mula membasahi pipinya. chrishell tahu catricia sedang menangis saat itu. "awak menangis?...", soal chrishell. dia menghentikan langkah kakinya. perlahan lahan dia menoleh ke belakang. kelihatan catricia sedang berdiri di depan matanya. gadis itu nampak sedih sekali. airmata semakin banyak membasahi pipinya. tanpa di duga oleh chrishell, catricia terus saja memeluknya sambil menangis. mahu tidak mahu chrischell terpaksa memeluk tubuh gadis itu secara perlahan lahan.

"jikalaulah saya tahu setiap wishes yang saya ucapkan itu mendatangkan akibat yang buruk macam ni saya pasti tidak akan mengucapkan semua wishes yang tak guna tu... sekarang saya sudah kehilangan diri saya sendiri, ibu bapa saya dan juga kehidupan saya sendiri... saya menjadi seseorang yang bukan diri saya... isk.... isk.... iskkk...", tangis catricia dalam pelukan chrishell. "itulah... bukankah saya pernah cakap pada awak tempohari... just be careful with what you've wish for tapi awak bukannya dengar cakap saya pun... bukan main banyak lagi wishes yang awak ucapkan tu... awak nak cantiklah... awak tak nak mata awak rabunlah... awak nak jayren jatuh cinta pada awaklah.... awak nak ada keluarga yang kaya rayalah... apalah.... nah!... sekarang semua wishes awak tu sudah menjadi kenyataan... jadi buat apa pula awak merasa sedih?...", soal chrishell separuh menyindir. "memang betul semua impian saya sudah menjadi kenyataan tapi...", belum pun sempat catricia bersuara tiba tiba saja muncul sebuah kereta di situ lalu ianya berhenti betul betul di sebelah mereka. "hey!... tricia... kenapa awak berada kat sini pula?", soal suatu suara. catricia menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan datin may bersama drivernya pak man sedang memerhatikan mereka dari dalam kereta BMW berwarna hitam metalik itu. "er.... kami...", belum pun sempat catricia bersuara datin may melangkah keluar dari dalam kereta tersebut lalu di tariknya lengan gadis itu supaya mengikutinya masuk ke dalam kereta tersebut. "eh... apa ni?... saya belum habis berbual dengan kawan sayalah....", catricia mengomel tapi datin may langsung tidak mahu mendengar omelannya. "berbual apanya sampai berpeluk pelukan di tepi jalanraya macam tu sekali... buat malu kami saja awak ni, tricia...", tutur datin may separuh bengang. dia mendorong tubuh catricia supaya masuk ke dalam kereta BMW tersebut. mahu tidak mahu catricia terpaksa melangkah masuk ke dalam kereta itu. "er... i will call you later chris...", ucap catricia dari jendela kereta BMW tersebut. chrishell hanya menganggukkan kepalanya. dia hanya tercegat di situ seorang diri.

"ke mana mama nak bawa saya ni?", soal catricia sebaik saja mereka tiba di pusat bandaraya KK. "eh... awak dah lupa ke yang awak bekerja part time sebagai seorang modelling di agensi new age tu?.... ini time awak bekerjalah...", tutur datin may dengan wajah yang serius. "apa?.... saya bekerja sebagai seorang modelling ke?", soal catricia cukup terkejut. "yelah... kenapa kau terkejut pula?", soal datin may kehairanan. "sebenarnya saya tidak menyangka yang saya ada pekerjaan part time macam tu...", balas catricia dalam nada suara yang perlahan. "kenapa awak cakap macam tu pula? sepatutnya awak merasa bangga sebab awak mendapat pekerjaan macam tu... hanya orang yang cantik saja dapat menjadi seorang modelling tau...", tegas datin may seraya memandang wajah anak gadisnya itu. "mama... kalau saya tak pergi kerja petang ni boleh kan?... saya ada assignment yang perlu di buatlah...", catricia cuba mencari alasan supaya dia tidak jadi datang ke agensi modelling itu. "tak boleh... awak mesti pergi ke sesi photoshoot tu... kalau tidak awak akan di buang kerja nanti tau...", kata datin may dengan wajah yang serius. "tapi ma... saya...", belum pun sempat catricia menghabiskan perkataannya datin may segera memotong perkataannya. "sudah... cukup... jangan bagi banyak alasan pada mama lagi... mama nak awak teruskan karier awak sebagai seorang modelling. dulu mama tak benarkan awak masuk bidang modelling ni sebab mama tak terfikir pun yang anak mama ni boleh jadi cantik macam artis dalam majalah tu tapi setelah mama nampak gambar anak mama terpampang di atas majalah dan suratkhabar tu mama merasa sungguh bangga sekali sebab mama ada seorang anak gadis yang tercantik di dunia ni. so sekarang mama tak nak mengekang minat awak dalam dunia modelling lagi sayang... mama akan bagi sokongan pada awak 100 peratus....", tutur datin may panjang lebar. catricia menjadi bungkam di saat dia mendengar perkataan datin may itu. dia tidak tahu nak cakap apa lagi.

CINCIN (U)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang