tidak lama kemudian mereka pun sampai di agensi modelling new age. dari jauh lagi dia nampak dua orang gadis cantik sedang melangkah tidak jauh dari situ. mereka berdiri di hadapan pintu agensi modelling tersebut. catricia melangkah keluar dari dalam kereta BMW itu. baru saja dia menapak dua tiga langkah di situ dua orang gadis cantik tersebut melangkah menghampirinya. "hai tricia... selamat petang...", sapa salah seorang daripada gadis itu. "hai...", sapa catricia sepatah. "siapa yang hantar awak tu?.... itu mummy awak ke?", soal gadis tersebut seraya memandang sekilas ke arah kereta BMW yang meluncur laju meninggalkan tempat itu. "ya...", balas catricia sepatah. "oh i see... tak sangka ya awak ni anak kesayangan mummy awak... sehinggakan awak nak pergi kerja pun mummy awak yang hantar awak ke tempat kerja....", komen gadis yang tinggi lampai itu. kawannya yang rendah itu ketawa mengekek di sebelahnya. catricia hanya diam memerhatikan dua orang gadis yang tidak di kenalinya itu. tiba tiba, "hey girls.... its time to go to work!...", kedengaran suatu suara bergema di belakang mereka. mereka pun segera menoleh ke arah . "eh... boss kita dah sampailah...", dua orang gadis itu segera menyambut lelaki yang bernama mr. jeremy itu. mungkin itu majikan mereka kot. catricia memandang wajah lelaki tersebut. orangnya kacak juga tapi tidaklah sekacak jayren lelaki idaman hatinya. "tricia... kenapa awak tercegat kat situ lagi... masuklah...", mr jeremy bersuara sambil memanggil namanya. mahu tidak mahu catricia terpaksa mengekori mereka dari belakang. dua orang gadis itu melangkah sambil memeluk lengan kiri dan lengan kanan mr jeremy tanpa segan silu. gediknya bukan main lagi. catricia hanya diam saja di belakang mereka.
mereka kini berada di dalam studio di mana ramai juga para modelling sedang duduk menunggu masa untuk melakukan photoshoot bersama sama. catricia tidak tahu nak buat apa kat situ, jadi dia duduk di atas kerusi yang ada di situ. "eh... tricia kenapa awak duduk kat kerusi tu pula? cepatlah pergi berjumpa dengan kak nisah tu. dia akan menghias wajah awak cantik cantik. lepas tu awak kena pakai costume yang sudah di sediakan oleh pereka designer max chandler di dalam dressing room sana tu...", perintah mr jeremy pada catricia. "er... di mana kak nisah berada sekarang?", soal catricia ingin tahu. "eh... takkanlah awak tak tahu bilik make up tu di mana?", mr jeremy bersuara dengan nada suara yang kehairanan. "maaflah saya...", belum pun sempat catricia bersuara tiba tiba, "tricia... your turn...", kelihatan seorang wanita sedang memanggilnya tidak jauh dari situ. "hah... kak nisah dah panggil awak tu... pergilah...", mr jeremy bersuara sambil mendorong tubuh catricia dari belakang. mahu tidak mahu catricia melangkah menghampiri wanita tersebut. "masuklah...", pelawa wanita bernama kak nisah itu sambil menarik tangannya masuk ke dalam sebuah bilik kecil yang terletak tidak jauh dari situ. "duduklah...", kak nisah menyuruhnya duduk di atas kerusi yang ada di situ. catricia pun duduk di atas kerusi itu. kak nisah mula merias wajahnya. tidak lama kemudian wajahnya pun siap di rias. catricia memerhatikan wajahnya di dalam cermin. wajahnya kelihatan begitu cantik sekali tapi itu bukan wajah sebenarnya. tiba tiba saja catricia merasa rindu pada wajah hodohnya. biar pun wajahnya tidak cantik dan berjerawat tapi itulah wajah aslinya. identiti dirinya yang sebenar. "kenapa awak nampak sedih saja ni?", soal kak nisah ingin tahu. "nothing...", balas catricia sepatah.
"er... wajah awak dah siap di make up dah... awak pergilah ke bilik persalinan sana tu... awak pakai costume yang di sediakan oleh pereka designer max chandler tu. lepas awak pakai costume tu awak pergilah ke pentas untuk sesi photoshoot...", terang kak nisah dengan panjang lebar. catricia terpaksa melangkah keluar dari situ. dia masuk ke dalam dressing room tersebut. sampai di dalam dressing room dia lihat semua modelling sudah siap dengan costume masing masing. "this is your costume, miss tricia...", kelihatan seorang lelaki lembut datang menghampirinya lalu menyerahkan sehelai costume musim panas padanya untuk di gayakan di depan kamera. mahu tidak mahu catricia pun terpaksa memakai costume tersebut di dalam bilik persalinan yang terletak tidak jauh dari situ. setelah siap berpakaian kemas dia melangkah keluar dari dalam dressing room tersebut dengan di iringi oleh para model yang lain. mereka melangkah menuju ke pentas bersama sama. para model yang lain sudah tidak sabar lagi hendak bergambar bersama sama tapi catricia langsung tidak ada mood untuk bergambar pada petang itu. dia sebenarnya ingin menyelesaikan masalah yang di hadapinya tapi keadaan tidak mengizinkannya berbuat demikian. "tricia, awak berdiri di depan sekali. model yang lain sila berdiri di belakang tricia...", mr jeremy memberikan arahannya. catricia terpaksa melakukan apa yang di suruh oleh lelaki tersebut.
"tricia, kenapa wajah awak nampak sedih saja tu?... senyumlah sikit....", laung mr jeremy pada catricia. mahu tidak mahu catricia terpaksa tersenyum meleret. itu pun senyuman yang di buat buat. jurugambar yang bertugas mula melakukan pekerjaannya. catricia terpaksa berdiri di depan kamera dengan senyuman palsu terukir di bibirnya. di sepanjang sesi photoshoot catricia mengalami masalah bergaya di hadapan kamera. maklumlah ini first time dia beraksi di depan kamera. dia kelihatan kekok sekali. mr jeremy terpaksa mengajarnya bergaya depan kamera dengan di perhatikan oleh para model yang lain. selepas di ajar dua tiga kali barulah catricia dapat melakukan apa yang di suruh. itu pun setelah dia puas di tegur oleh mr jeremy. selepas mereka menjalani sesi photoshoot bersama sama, mereka di suruh bersiap untuk sesi photoshoot yang seterusnya. kali ini sesi photoshoot di lakukan secara berseorangan. satu demi satu para model di situ tampil ke depan untuk menjalani photoshoot secara berseorangan. tidak lama kemudian tiba pula giliran catricia untuk menjalani photoshoot tersebut. rasa kekok di hadapan kamera membuatkan dia kaku semacam. mr jeremy terpaksa mengajarnya berulang kali. ketika dia sedang di ajar oleh mr jeremy, catricia lihat dua orang model yang mentertawakannya sebentar tadi mula pandang semacam ke arahnya. sudah tentu mereka merasa jealous padanya sebab mr jeremy asyik menegur dan mengajarnya di atas pentas itu tapi catricia buat buat tak tahu saja. dia cuba memfokuskan perhatiannya pada tunjuk ajar dari mr jeremy. sedikit demi sedikit dia mulai berani di depan lensa kamera. beberapa minit kemudian sesi photoshoot itu pun tamat. semua model mula bersiap hendak balik ke rumah masing masing. catricia pun turut bersiap hendak balik ke rumah tapi di panggil oleh mr jeremy ke officenya.
baru saja catricia melangkah masuk ke dalam office lelaki berbangsa iban itu tiba tiba saja mr jeremy menolak tubuhnya ke atas kerusi sofa yang ada di situ lalu dia mula mencumbuinya. "oh... i missed you so much tricia.... i want you so badly...", ucap lelaki itu sambil mencumbuinya. catricia merasa sungguh terkejut dengan perlakuan majikannya itu. "woah.... woah.... woah.... wait the second....", catricia bersuara sambil menolak tubuh lelaki itu dari terus menghimpit tubuhnya. "kenapa tricia?", soal mr jeremy dengan nafas yang turun naik. dia yang merasa tengah horny saat tu terasa macam hendak terkam saja gadis cina berambut panjang itu. "maaf ya... ke... kenapa awak buat saya macam ni?... saya ni kan pekerja awak...", catricia bersuara dalam nada suara yang terkejut. "ya... memang awak pekerja saya tapi bukankah awak yang selalu menggoda saya selama ini sehinggakan saya mulai ketagih dengan tubuh awak yang menggiurkan tu...", tutur mr jeremy dengan pantas. "apa?... apa awak cakap?... saya menggoda awak?", soal catricia cukup terkejut. setahunya dia tidak pernah pun menggoda lelaki pertengahan umur itu. "ya..... awak dah lupa ke yang awak selalu datang ke office ni hanya kerana awak terasa horny dan awak menyuruh saya f*ck awak beberapa kali?... dan sekarang saya dah ketagih dengan permainan awak tu... boleh kan kalau kita....", mr jeremy bersuara sambil melirikan matanya ke tubuh mungil catricia. "oh... tidak boleh....", cepat cepat tricia menggeleng gelengkan kepalanya. "kenapa tidak boleh pula?... awak takut isteri saya akan dapat tahu hubungan kita ni ke?", soal mr jeremy seraya memandang wajah catricia. "apa?... awak sudah beristeri?", soal catricia cukup terkejut. dia tidak menyangka pula yang lelaki itu ada seorang isteri. "yelah... takkanlah awak tak tahu status saya pula... tapi tak mengapa... awak jangan takut... saya akan menyimpan rahsia kita berdua ni sampai bila bila.... yang penting awak kena layan saya sekarang juga...", tutur mr jeremy separuh berbisik di telinganya. catricia terkedu di saat dia mendengar bisikan lelaki tersebut. dia tidak menyangka gadis secantik tricia chen pernah membuat hubungan gelap dengan majikannya yang sudah beristeri itu. tanpa membuang masa lagi catricia pun bangun lalu dia berlari meninggalkan lelaki buaya tersebut di dalam bilik officenya. "tricia!.... tricia!....", kedengaran lelaki itu memanggilnya secara berulang kali namun catricia tidak menghiraukannya. dia terus berlari meninggalkan tempat itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINCIN (U)
Teen FictionSinopsis: Mengisahkan seorang gadis yang di labelkan orang paling hodoh di universiti tempat dia belajar. dia ada crush tapi malangnya crushnya itu tidak mencintainya. malah crushnya mencintai orang lain pula. yang lebih malang lagi dia di ejek, di...