tiba tiba bahunya di tepuk orang dari belakang. "cik... cik... kenapa cik menangis ni?", kedengaran suatu suara bergema di sebelahnya. catricia segera mengangkat wajahnya. kelihatan seorang wanita berkaca mata sedang berdiri di sebelahnya. dia merasa hairan apabila dia melihat yang dirinya kini berada di tepi lebuh raya itu. bukankah tadi dia bersama chrishell dalam kereta yang di naikinya tapi kenapa pula dia tiba tiba berada di tepi lebuhraya tu pula. "eh... mana pula perginya chrishell ni?... tadi dia ada bersama saya....", soal catricia. dia mula mencari pemuda tersebut. "chrishell?... siapa tu?", soal wanita itu kehairanan. "kawan saya...", balas catricia dengan pantas. "tapi setahu saya kan hanya cik dan saya seorang saja yang berdiri kat sini dari tadi, tau...", tutur wanita tersebut dengan jujur. catricia mula berfikir panjang. dia teringat akan sesuatu. bukankah sebentar tadi dia ada membuat wishes baru sambil menangis di sebelah chrishell. jangan jangan wishesnya tu sudah menjadik kot?... "oh... cincin tu...", cepat cepat catricia memerhatikan jari manisnya. cincin itu sudah hilang dari jari manisnya. barulah catricia sedar yang dia kini kembali pada dirinya sendiri. buktinya dia sedang memakai cermin mata tebalnya. pakaiannya pun tidak terlalu seksi. kalau tidak salah dia sedang memakai pakaian yang sama ketika dia bertemu dengan wanita tua itu tapi bezanya kini dia tidak lagi bertemu dengan wanita tua tersebut. matanya melilau bayang kelibat wanita tua yang di tolongnya tempohari tapi wanita tua tersebut tidak kelihatan lagi di situ. dalam diam catricia merasa sungguh gembira sebab dia sudah kembali ke tubuhnya yang asal. tiba tiba, "cik... are you okay?", soal wanita yang berdiri di sebelahnya saat itu. "yeah.... I'am okay... by the way, i felt so happy right now... saya bersyukur kepada Tuhan sebab dia sudah kembalikan saya kepada kehidupan saya yang asal...", tutur catricia sambil tersenyum gembira. wanita itu hanya terpinga pinga sebaik saja dia melihat catricia mula melangkah melintasi lebuhraya sambil melompat kecil dengan riangnya. gayanya tak ubah macam orang yang terkena loteri pula.
sebaik saja catricia sampai di rumah dia lihat ibu bapanya sedang duduk di kerusi sofa sambil bergurau senda. mereka tidak bergaduh seperti mana yang terjadi pada malam di mana dia telah menolong wanita tua di tepi lebuhraya itu. catricia terus melangkah menghampiri kedua orang tuanya. "mak... ayah...", catricia bersuara seraya memeluk kedua orang tuanya. "eh... kenapa awak peluk mak dan ayah erat erat ni?", soal puan julita ingin tahu. "sebenarnya saya terlalu rindukan mak dan ayah... maafkan saya jikalau saya pernah menyakiti hati mak dan ayah selama ini...", tutur catricia sambil memeluk erat kedua orang tuanya. airmata mula membasahi pipinya. "woah... woah... kenapa anak mak ni tiba tiba saja terlalu emosional ni?", soal puan julita ingin tahu. dia meleraikan pelukan anak gadisnya itu. begitu juga dengan encik edmond. "saya sedar saya sudah melakukan begitu banyak kesilapan dalam hidup ini. terutamanya pada mak dan ayah... saya selalu saja mengimpikan agar saya dapat hidup dalam keluarga yang kaya raya padahal keluarga kita sudah cukup baik jika di bandingkan dengan keluarga kaya raya tu... kini impian itu sudah tidak lagi berguna bagi diri saya... bagi saya keluarga kita sudah cukup baik jika di bandingkan dengan keluarga lain. walaupun mak dan ayah kadang kala bergaduh tapi saya tetap mengharapkan hubungan mak dan ayah berkekalan sehingga ke akhir hayat dan saya akan tetap menyayangi mak dan ayah walau apa pun yang terjadi...", ucap catricia penuh emosi. "yelah... kami pun sayangkan awak sehingga ke akhir hayat kami...", balas puan julita sambil tersenyum lebar. dia dan suaminya memeluk catricia dengan penuh kasih sayang. catricia tersenyum gembira dalam pelukan orang tuanya.
keesokan harinya catricia pergi ke sekolah dengan hati yang riang sekali. dari jauh lagi dia nampak jayren berpimpin tangan dengan steffy. dia sedikit pun tidak merasa sakit hati atau cemburu di saat dia melihat pemuda tersebut bermesraan dengan gadis itu. rasa cintanya terhadap jayren sudah hilang entah ke mana. pendek kata hatinya kini sudah bebas sebebas burung di udara. ketika dia berjalan di situ dia ternampak chrishell melintas di depan matanya. "hai chris!...", cepat cepat dia berlari menghampiri pemuda itu. "oh hai... catricia!.... gembira dapat melihat awak datang kuliah pagi ni... anyway, ke mana awak menghilangkan diri selama ni?", soal chrishell sebaik saja dia berdiri di depan mata pemuda itu. "eh.... bukankah kita bertemu malam tadi?... awak juga yang datang jemput saya dalam kereta ayah awak tu semalam?", soal catricia pula. "hah?!... setahu saya kan saya tak keluar dengan awak semalam...", tutur chrishell sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. catricia teringat akan sesuatu. "oh... ya kan!.... itu hanya dalam mimpi saya saja lorh... hehehe... anyway, i want to tell you something...", catricia bersuara dengan suara yang riang sekali. "apa dia?", soal chrishell ingin tahu. "apa yang awak katakan pada saya tempohari memang betul... kecantikan atau kekacakan itu tidak penting. yang penting ialah kecantikan dalam hati seseorang. dalam erti kata yang lain kecantikan luaran tidak penting. kecantikan budi pekerti dari dalam hati yang baik itulah yang lebih penting dalam hidup ini...", tutur catricia dengan pantas. "oh really?", soal chrishell sambil mengangkat kening kirinya ke atas. "yep... terima kasih sebab awak telah menyedarkan saya tentang perkara tu... walaupun wajah saya hodoh tapi saya tak peduli akan itu lagi sebab saya yakin saya mempunyai sekeping hati yang baik...", tutur catricia sambil menunjuk di hatinya sendiri. "yep... thats right... macam yang tertulis dalam bible tu... Amsal 4:23 'Jagalah hatimu dengan segala kewaspadaan, karena dari situlah terpancar kehidupan'... in other words the true beauty is inside our heart....", tutur chrishell perlahan lahan. "aik.... sejak bila pula awak baca bible ni? awak pun nak jadi orang kristian ke?", soal catricia sambil melirikkan matanya. "sebenarnya saya orang kristian macam awak juga. cuma bezanya saya ni jarang pergi ke gereja... anyway, saya sudah mula terbuka hati hendak pergi ke gereja semula setelah berbulan lamanya saya tidak pergi ke gereja...", balas chrishell dengan jujur. "oh... saya gembira dapat tahu yang awak kembali semula ke gereja. thats a good news...", tutur catricia sambil tersenyum lembut. "yeah.... by the way, you look much more beautiful when you smile like that....", ucap chrishell sambil tersenyum lembut. catricia hanya tersenyum tersipu sipu malu di saat dia mendengar perkataan pemuda itu. dia terus beredar dari situ. chrishell segera mengekorinya dari belakang.
*** *** ***
malam yang dingin itu kelihatan seorang pemuda bertubuh gempal sedang berdiri di tepi lebuh raya sambil menunggu trafik light bertukar warna. dia mengeluh ketika dia melihat beberapa orang gadis menjauhkan diri darinya hanya kerana dia bertubuh gempal macam tong drum. dalam diam dia merasa sedih di saat dia memikirkan sikap sesetengah gadis yang 'anti' dengan lelaki gemuk macam dia. di saat dia di landa perasaan sedih itu kelihatan seorang nenek tua muncul di sebelahnya. di tangannya penuh dengan plastik barang yang berat sekali. dia lihat wanita tua itu buta. maka timbullah rasa kasihan di hatinya. dia pun menawarkan dirinya untuk membantu nenek tua tersebut. tanpa banyak soal nenek tua tersebut membenarkan dia menolongnya. sampai di seberang lebuh raya itu nenek tua tersebut menghadiahkannya sebentuk cincin emas bertatahkan berlian. belum pun sempat dia bersuara wanita tua itu menghilangkan diri entah ke mana. tinggallah pemuda itu di situ bersama cincin emas yang berkilauan indah....
~~~ TAMAT ~~~
AUTHOR NOTE: cerita ni dah selesai dah... sekarang mizz tengah fikir nak buat macamana dengan plot cerita yang masih under construction tu.... korang bersabar ar. lambat laun mizz akan habiskan semua cerita yang under construction tu satu persatu.... huhu

ANDA SEDANG MEMBACA
CINCIN (U)
Novela JuvenilSinopsis: Mengisahkan seorang gadis yang di labelkan orang paling hodoh di universiti tempat dia belajar. dia ada crush tapi malangnya crushnya itu tidak mencintainya. malah crushnya mencintai orang lain pula. yang lebih malang lagi dia di ejek, di...