beberapa minit kemudian... "tricia, kita sudah sampai kat kawasan kampus... awak jangan lupa yang pak man akan datang menjemput awak selepas waktu kuliah nanti... awak jangan merayau ke tempat lain pula...", dato chen memberikan peringatannya. "yalah...", balas catricia dengan berat hati. dia melangkah keluar dari dalam kereta BMW tersebut. baru saja dia melangkah dua tiga langkah dari dalam kereta itu dia di serbu oleh tiga orang gadis yang paling gedik dalam kampus itu. siapa lagi kalau bukan steffy dan kawan kawannya. "oh... awak dah sampai tricia... oh... gembira dapat bertemu dengan awak pagi ni...", steffy bersuara dengan penuh riang sekali. catricia terpegun di saat dirinya di kelilingi oleh 3 orang gadis tak guna itu. "maaf... awak bercakap dengan saya ke?", soal catricia kebodohan. "yalah... takkanlah saya bercakap dengan angin pula...", steffy bersuara seraya memutarkan bola matanya. "maaf... setahu saya kan korang tak pernah jadi kawan saya sebelum ni tau... kenapa korang tiba tiba baik sangat pada saya ni?", soal catricia bertambah hairan. "eh... hello.... kenapa awak cakap macam tu pula?... kami dah lama kawan dengan awak tau... awak ni mabuk eh? sakit kepala eh?", soal steffy sedikit kehairanan. "saya tak mabuk lorh... saya tak sakit kepala... saya okay aje ni... saya cuma hairan kenapa tiba tiba korang layan saya macam saya ni kawan baik korang pula?", sekali lagi catricia bertanyakan soalan yang sama. "hm.... memang sah awak ni tengah mabuk sekarang kan.... wei... kawan.... kita ni memang BFF sejak dari kecil lagi tau... yang awak bengong bengong ni apasal daaa?", soal steffy pula. catricia bertambah hairan. dia rasa macam ada yang tak kena dan dia yakin ianya pasti ada kaitan dengan cincin puaka di jari manis yang di pakainya saat itu.
"apa lagi yang awak tercegat kat situ? marilah kita masuk ke dalam dewan kuliah...", ajak steffy dengan riangnya. mahu tidak mahu dia pun terpaksa melangkah bersama tiga orang gadis gedik itu. di saat dia melangkah meninggalkan kawasan itu dia berpapasan dengan seorang pemuda emo berpakaian rock tidak jauh dari situ. kalau tidak salah itu ialah chrischell celong. cepat cepat dia memberhentikan langkah kakinya. "chris...", panggilnya. cepat cepat dia memegang erat lengan kiri pemuda tersebut. pemuda itu kelihatan agak terkejut sebaik saja lengan kirinya di pegang erat oleh seseorang. dia memandang wajah catricia dengan pandangan mata yang kehairanan. "maaf.... awak kenal saya ke?", soal pemuda itu macam tidak mengenalinya pula. "er... awak chrischell celong kan?", soal catricia serbasalah. "ya... maaf, awak ni siapa?", soal pemuda itu dengan dahi yang berkerut. belum pun sempat catricia bersuara tiba tiba, "excuse me.... we need to go now...", cepat cepat steffy dan kawan kawannya menarik tangan catricia supaya beredar dari situ. "awak tak boleh bercakap dengan pemuda emo tu lorh...", kata steffy dengan wajah kelatnya.
"kenapa pula?", soal catricia cukup hairan dengan tindakan gadis itu. "sebab dia bukan kawan kita... lagi pula buat apa awak berkawan dengan pemuda emo tu? dia tak sesuai di ajak berbual dengan awak lorh...", kata steffy seraya menepis anak rambut yang di tiup angin. "maksud awak kita kena pilih orang yang sesuai untuk di ajak berbual dengan kita baru kita boleh berbual dengannya begitu ke?", soal catricia ingin tahu. "yalah.....", balas steffy sepatah. "eh... nak berbual dengan orang pun kena pilih juga ke?", soal catricia cukup hairan. "yalah... bukankah kita ni anak orang kaya... takkanlah awak masih nak berbual bual dengan anak orang miskin dan papa kedana macam tu pula... nanti jatuhlah standard kita...", tutur steffy seraya mempercepatkan langkah kakinya. catricia terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan steffy itu. dia tidak menyangka steffy dan kawan kawannya terlalu memilih orang apabila di ajak berbual. mereka terlalu 'picky' dalam soal pergaulan. pergaulan mereka hanya terletak pada kekayaan dan keberadaan orang itu. jikalau orang itu tidak kaya mereka pasti tidak akan berkawan dengan orang tersebut.
tiba tiba dia teringat pada kehidupannya sebelum ini. dia seorang gadis yang hidup dalam keluarga yang serba kekurangan dan wajahnya pula hodoh. mungkin di sebabkan dia hidup dalam serba kekurangan dan wajahnya hodoh maka steffy dan kawan kawannya mula membuli dia dan memperlekehkan dirinya? entahlah... "kenapa awak bengong bengong aje ni?... masuklah...", lamunan catricia terhenti di situ juga. dia lihat mereka kini melangkah masuk ke dalam dewan kuliah yang bising itu. langkah kakinya terhenti bila dia lihat jayren melangkah menghampirinya. siap tersenyum pula tu. "oh my God... jayren... jayren datang ke sinilah....", catricia jadi tidak menentu. entah macamana tiba tiba beg buku yang di sandangnya jatuh di atas lantai. cepat cepat jayren mengambil beg bukunya lalu di serahkan padanya. terlopong pula mulut catricia di saat dia melihat pemuda itu berdiri di depan matanya sambil tersenyum padanya. "kenapa you pandang i macam tu sekali?... ni tentu you rindu sangat pada i kan?", soal jayren padanya. "er.... erm.... er.... rindu? siapa rindu siapa ni?", soal catricia serbasalah. kepala lututnya bergetar tak semena mena. peluh keluar membasahi dahinya. nervousnya bukan main lagi. rasa macam nak pitam pun ada. "oh come on.... takkanlah you tak nak mengaku yang you rindukan i?", jayren melirikkan matanya. "oh... er.... er.... er.....", catricia merasa sukar untuk bersuara. lidahnya terasa kelu semacam. "ehemmmm....", kedengaran seseorang berdehem panjang di belakang mereka. rupa rupanya mdm joyce iaitu pensyarah mereka sudah lama berdiri memerhatikan mereka di situ. cepat cepat mereka melangkah masuk ke dalam dewan kuliah lalu duduk di atas kerusi masing masing.
di sepanjang sesi kuliah pagi itu catricia tidak dapat menumpukan perhatiannya pada topik yang di bincangkan sebab jayren asyik curi pandang ke arahnya. siap tersenyum manis pula tu. gerenti dia tak boleh tidur malam nanti gara gara dia terkenangkan senyuman manis pemuda idaman hatinya tu. ketika dia sedang leka membalas senyuman pemuda tersebut dia terpandang akan kelibat seorang pemuda emo berpakaian rock lalu depan matanya. pemuda itu duduk tidak jauh dari tempat duduknya. dia tahu itu chrischell yang suatu ketika dahulu pernah membelanya semasa dia di buli oleh steffy dan kawan kawannya. cuma catricia merasa hairan kenapa pemuda itu seperti tidak mengenalinya padahal mereka pernah menjadi kawan baik sebelum ini... persoalan itu mula menghantui benaknya...

ANDA SEDANG MEMBACA
CINCIN (U)
Fiksi RemajaSinopsis: Mengisahkan seorang gadis yang di labelkan orang paling hodoh di universiti tempat dia belajar. dia ada crush tapi malangnya crushnya itu tidak mencintainya. malah crushnya mencintai orang lain pula. yang lebih malang lagi dia di ejek, di...