CINCIN 7

280 17 0
                                    

"oh... ini tidak boleh jadi ni... ini mungkin di sebabkan oleh cincin yang tak guna ni... lebih baik saya buang saja cincin ini dari jari manis saya ni...", kata catricia tak keruan. dia cuba untuk menanggalkan cincin yang ada di jari manisnya saat itu tapi dia gagal berbuat demikian. cincin tersebut masih lagi melekat di jari manisnya. ianya langsung tidak boleh di tanggalkan biar pun catricia berusaha menanggalkannya. "boleh tolong tanggalkan cincin ni tak?", catricia menyoal wanita yang berdiri di sebelahnya saat itu. "kenapa awak nak tanggalkan cincin tu pula?", soal datin may kehairanan. "saya rasa cincin ni bukan cincin sembarangan. saya rasa cincin ni yang telah mengubah hidup saya jadi macam ni...", jelas catricia dengan wajah yang serius. "oh... just cut it out tricia... daddy dan mummy tidak mahu mendengar itu semua lagi. daddy nak awak bersiap sekarang sebab awak perlu pergi kuliah pagi ni. daddy akan hantarkan awak pergi kuliah. anyway daddy nak turun ke tingkat bawah dulu. daddy nak bersarapan pagi...", kata dato chen lalu beredar dari situ. "awak dengar tak apa yang daddy awak cakapkan tu?... awak perlu bersiap sekarang juga... sekejap lagi daddy dan mummy akan menghantar awak ke cosmo universiti... kalau awak belum lagi bersiap, sudah tentu awak akan terlewat masuk kuliah nanti...", tutur datin may dengan wajah yang serius. "apa?... saya harus pergi kuliah ke?", soal catricia kebodohan. "yalah... awak tak tengok jam berapa sekarang?... cepatlah awak pergi bersiap...", gesa datin may. mahu tidak mahu tricia terpaksa pergi bersiap. dia masuk ke dalam bilik mandi. setelah mandi dan memberus gigi dia melangkah keluar dari dalam bilik mandi tersebut. dia berdiri di hadapan cermin sebelum dia membuka pintu almari yang ada cermin itu. di dalam cermin tersebut dia nampak cantik bagaikan seorang puteri. dia tidak menyangka yang dia akan berubah menjadi seorang gadis yang cantik seperti itu. "apa lagi yang awak tengok dalam cermin tu... cepatlah awak bersiap...", sekali lagi datin may bersuara padanya.

dengan hati yang keberatan dia membuka pintu almari pakaiannya. dia terkejut apabila dia melihat hampir semua pakaian yang tergantung di dalam almari tersebut ialah pakaian berjenama. skirt pendek begitu banyak di situ. begitu juga dengan pelbagai jenis blouse dan short blouse di pakai. hampir semua pakaian di situ agak seksi sekali. catricia terpaksa berfikir dua kali sebelum memilih dan memakai pakaian yang seksi seksi itu. "apa lagi yang awak tercegat tu... cepatlah bersiap...", gesa datin may. "oh... baiklah...", balas catricia separuh hati. dia mengambil sehelai blouse dan sehelai skirt. dia cuba mencari skirt yang panjang melepasi paras lutut tapi tak ada skirt sampai paras lutut. yang ada cuma skirt paras paha. "mummy... kenapa pakaian dalam almari ni semuanya seksi sekali? tak ada ke pakaian yang sopan sikit? maksud saya pakaian yang tak seksi sangat....", soal catricia perlahan lahan. "eh... sejak bila pula awak buang tabiat ni?.... bukankah awak suka pakaian seksi macam ni?", soal datin may dengan rasa terkejut. "tapi...", kata kata catricia di potong pantas oleh datin may. "tak ada tapi tapi lagi... awak harus bersiap cepat... nanti awak terlambat pergi kuliah lagi...", gesa datin may. mahu tidak mahu catricia terpaksa memakai pakaian yang seksi itu.

setelah bersiap sedia datin may terus membawa dia turun ke tingkat bawah. langkah kaki catricia terhenti apabila dia melihat keadaan di dalam rumah agam itu. ianya begitu besar dan mewah. catricia tidak menyangka yang dia kini berada di dalam rumah mewah seperti itu. "tricia, kenapa awak terpinga pinga kat situ pula? cepatlah turun... kita bersarapan pagi bersama sama...", sekali lagi datin may bersuara padanya. "baiklah...", catricia melangkah mengekori wanita itu dari belakang. sampai di ruang makan datin may segera menarik tangannya lalu duduk di atas kerusi. dato chen sudah lama duduk bersarapan pagi di situ. mereka mula bersarapan pagi bersama sama. setelah bersarapan pagi bersama sama, mereka pun bangun dari tempat duduk masing masing. "tricia cepat sikit... awak perlu pergi kuliah...", gesa datin may. mahu tidak mahu catricia pun bangun lalu melangkah mengekori mereka dari belakang. langkah kaki catricia terhenti sebaik saja dia melihat dato chen dan datin may melangkah masuk ke dalam kereta BMW. oleh kerana catricia masih terpinga pinga di situ, datin may terpaksa menarik tangannya supaya masuk ke dalam kereta tersebut. catricia terkesima. buat pertama kali dalam hidupnya dia menaiki kereta mewah seperti itu. baginya itu suatu pengalaman baru dalam hidupnya.

di sepanjang perjalanan menuju ke cosmo universiti catricia cuba berfikir panjang. dia mula memikirkan apa yang sebenarnya telah terjadi ke atas dirinya. setelah memikirkannya dengan saksama dia membuat kesimpulan bahawa semuanya itu ada kaitan dengan cincin di jari manisnya. jikalau dia tidak memakai cincin tersebut sudah tentu dia tidak akan jadi macam tu. tiba tiba, "tricia... awak sudah sampai di cosmo universiti... driver pak man akan datang menjemput awak selepas habis waktu kuliah tapi ingat jangan pula awak keluar merayap dengan kawan kawan awak tu lagi selepas habis waktu kuliah. kalau awak keluar juga dengan kawan kawan awak tu daddy akan potong elaun awak bulan ni... ingat tu...", dato chen memberikan peringatannya. "eh... saya ada kawan ke?... setahu saya kan saya tak ada kawan sekuliah...", balas catricia macam tidak percaya dengan apa yang di dengarinya saat itu. maklumlah sepanjang dia berkuliah di situ tak seorang pun yang ingin berkawan dengannya gara gara dia tidak cantik tapi sekarang dia di katakan ada kawan pula. "tak ada kawan sekuliah konon... si steffy dan kawan kawannya tu bukan kawan awak ke?", soal datin may secara tiba tiba. "eh... sejak bila pula steffy dan kawan kawannya menjadi kawan saya pula? setahu saya kan mereka selalu saja membuli saya dan memusuhi saya selama ini...", balas catricia macam tidak percaya dengan apa yang di dengarinya saat itu. "eh... bila masa pula mereka buli awak?... mereka tu kawan awak tau... korang selalu keluar melepak selepas waktu kuliah. tak pun korang selalu pergi clubbing bersama sebab itulah daddy tak benarkan awak memandu kereta awak sendiri sebab daddy tahu korang akan keluar bersukaria kalau awak yang drive kereta awak tu...", jelas dato chen dengan wajah yang serius. "ya ke ni?", catricia bersuara macam tidak percaya. dia benar benar tidak percaya yang steffy dan kawan kawannya menjadi kawan baiknya pula. sejak bila steffy dan kawan kawannya tu jadi kawan baik dia pun dia sendiri tidak tahu. baginya ini satu perkara yang sangat mengejutkan...

CINCIN (U)Where stories live. Discover now