CINCIN 3

376 22 2
                                    

"tok... tok... tok... catricia, buka pintu ni sayang....", kedengaran ketukan dan suara mamanya di sebalik pintu bilik tidurnya. catricia pantas mengesat airmata yang mengalir di pipinya. kemudian dia pergi membuka pintu bilik tidurnya. "kenapa ni? awak menangis lagi ke?", soal puan julita ingin tahu. catricia tunduk diam memandang lantai. "kenapa awak diam?.... ceritalah pada mama apa yang telah terjadi ni?", soal puan julita dengan penuh prihatin. catricia terus memeluk mamanya sambil menangis teresak esak. "mama.... saya malu ma.... saya malu.... isskk... iskk.... semua orang mentertawakan saya sebab mereka kata wajah saya berjerawat sana sini... lepas tu diorang kata saya ni tak layak menggoda lelaki yang saya idamkan sebab saya ni hodoh macam nenek tua.... anyway, kenapa wajah saya tidak cantik seperti orang lain, ma?... kenapa Tuhan membuat wajah saya begitu hodoh?... isk... iskk... iskkk...", ucap catricia dalam esak tangisnya. "tak usahlah awak fikirkan sangat apa yang orang lain katakan tentang diri awak... yang penting sekarang ialah awak harus bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan pada awak. jangan bersungut sungut hanya kerana awak tidak cantik seperti orang lain. itu tidak baik. apa apa pun bagi mama awak mempunyai kecantikan yang tersendiri...", ucap puan julita sambil tersenyum lebar. "maksud mama?", soal catricia. dia sudah berhenti dari menangis. "maksud mama awak mempunyai sekeping hati yang cantik... bagi mama, itu lebih baik daripada memiliki kecantikan luaran.... so, senyumlah sayang...", puan julita bersuara perlahan lahan. catricia pun tersenyum pada mamanya itu.

*** *** ***

pagi itu catricia pergi kuliah seperti biasa. ketika dia sampai di kawasan kampus yang sibuk itu tiba tiba dia di halangi oleh steffy dan 3 orang kawannya. mereka berdiri di depan matanya sambil tersenyum sinis. catricia cuba melangkah tapi mereka masih juga berdiri menghalangi langkah kakinya. "bbb.... boleh ba... ba... bagi laluan tak?.... saya nak ja... ja... jalan...", catricia bersuara secara tergagap gagap. "a... a... apa?.... a... aku tak.... deng... deng... dengarlah...", steffy berpura pura gagap pula di depan gadis itu. kawan kawannya yang lain sedang menahan tawa. "bo... bo... boleh ba... ba... bagi laluan?", sekali lagi catricia bersuara tapi dia masih tergagap gagap. "No way!!!...", bentak steffy. catricia tersentak sebaik saja dia terdengar bentakan gadis itu. akibatnya salah satu daripada buku nota yang di pegangnya terjatuh di atas lantai. catricia tunduk ke bawah untuk mengambil buku nota tersebut tapi steffy telah mengambil buku notanya. "ke... kem... balikan bu... buku no... ta saya tu!", pinta catricia namun pintanya di tolak mentah mentah oleh steffy. "jangan haraplah aku akan bagi balik buku nota ni pada kau!... kalau kau nak ambik buku nota ni, kau cubalah rampas buku nota ni dari kami...", tutur steffy sambil tersenyum sinis.

catricia menghampiri steffy lalu dia cuba merampas buku nota itu dari tangan gadis tersebut tapi steffy pantas melemparkan buku itu ke arah kawannya lucy chiu, gadis berbangsa cina. mereka ketawa apabila catricia gagal merampas buku nota itu dari tangan mereka. catricia berdiri di tengah tengah mereka. dia kelihatan terkial kial hendak merampas buku nota tersebut dari tangan lucy tapi malangnya lucy telah melemparkan buku itu ke arah kawannya jessica yang berbangsa kenyah. "oh... kembalikanlah bu... buku nota sa... saya tu...", rayu catricia tapi rayuannya tidak di endahkan. malah mereka mentertawakannya macam ketawa syaitan pula. catricia berlari ke arah jessica dan dia cuba merampas buku nota itu dari tangan gadis tersebut tapi jessica telah melemparkannya ke arah janet, gadis berbangsa bidayuh tu pula. "oh... to... tolonglah... ja... jangan buat saya ma... macam ni.... to.... tolong kem... kembalikanlah buku nota sa.... saya tu...", rayu catricia tapi kali ini dia mula menangis. "eh.... kawan kawan, tengok perempuan hodoh ni.... dia menangis macam budak keciklah.... eh.... teruknya wajah dia bila dia menangis.... hahahahaha.... ", tawa steffy macam syaitan pula. dia nampak gembira apabila dia melihat gadis itu menangis di depan mata mereka semua. catricia menghampiri gadis bernama janet itu. dia ingin merampas buku notanya tapi janet pantas melemparkannya ke arah rakannya steffy. belum pun sempat steffy meraih buku nota yang melayang di udara itu tiba tiba saja buku nota tersebut di raih oleh seseorang.

"stop it you guys!!!....", bentak suatu suara. steffy dan kawan kawannya terkejut sebaik saja mereka melihat chrishell berdiri di depan mata mereka sambil memegang buku nota milik catricia. "kenapa korang suka buli orang, hah?.... korang tak ada kerja lain lagi ke?", jerkah chrishell dengan wajah yang tegang sekali. "hey!.... kenapa pula kau sibuk sibuk membela perempuan hodoh ni?", soal steffy cukup marah. "sebab aku paling tak suka bila tengok ada orang membuli orang lain yang lemah.... korang fikir tindakan korang membuli orang ni sangat bagus ke, hah?... sama saja korang menganiaya orang lain tau....", bentak chrishell dengan marah. "eleh!.... kau ingat kau tu bagus sangatlah membela nasib orang yang hodoh macam si catricia tu...", balas steffy cukup bengang. "bukan dia yang hodoh sebenarnya... korang tu yang hodoh sebab ada perangai yang teruk macam syaitan.... lebih baik korang berambus dari sini sebelum aku naik angin satu badan....", balas chrishell dengan wajah yang serius sekali. "eiiii.... kau ni kan.... memang menyakitkan hatilah... kau buat aku...", kata kata steffy di potong pantas oleh chrishell. "apa lagi yang kau nak cakap, hah?... korang nak aku tumbuk wajah korang tu satu persatu, baru korang berambus dari sini?... baiklah... kalau macam tu, biar aku tumbuk wajah korang satu persatu dengan buku lima aku ini... baru padan muka korang tu....", chrishell bersuara sambil mengepalkan buku limanya di hadapan wajah ke empat empat gadis itu. "gulp....", steffy menelan air liurnya. "okay... okay... okay... bawa bertenang chris.... bawa bertenang... kami boleh berambus dari sini...", steffy terpaksa bermanis muka. padahal dalam hati dia merasa takut sekali. maklumlah mana dia tahan kalau kena tumbukan lelaki. boleh jatuh pengsan dia di buatnya nanti. "berambuslah... apa lagi yang korang tercegat kat situ?", soal chrishell sambil merenung wajah ke empat empat gadis tersebut. tanpa membuang masa steffy dan kawan kawannya terus berlari meninggalkan tempat itu.

"sudahlah tu... jangan menangis lagi... ni buku nota awak...", chrishell bersuara sambil menyerahkan buku nota di tangannya pada catricia. cepat cepat catricia mengesat airmata yang mengalir di pipinya. "terima kasih sebab awak sudi tolong saya tadi...", ucap catricia dengan lembut. "ye... sama sama.... but next time tolong jangan jadi lemah di depan mata 4 ekor malaun tu lagi... kalau boleh kau kena lawan diorang tu...", chrishell memberikan nasihatnya. "macamana saya nak lawan balik? sedangkan saya seorang saja di buli mereka... lagi pun saya pernah terbaca di dalam bible bahawa tidak baik kita membalas kejahatan dengan kejahatan tapi kita harus melawan kejahatan itu dengan kebaikan...", tutur catricia perlahan lahan. "so, awak ikut apa yang tertulis dalam bible tu?", soal chrishell ingin tahu. tahulah dia kini yang gadis itu beragama kristian. "yep... apa apa pun thanks for everything...", catricia bersuara sambil beredar dari situ. chrishell terdiam seketika. dia merasa pelik dengan apa yang di katakan oleh gadis itu. "membalas kejahatan dengan kebaikan? macamana pula tu?", dia mulai tertanya tanya. "eh... catricia... tunggu aku...", cepat cepat chrishell mengejar gadis itu dari belakang.

CINCIN (U)Where stories live. Discover now