CINCIN 10

221 14 0
                                    

walau pun steffy merasa cemburu pada gadis tersebut tapi bila dia teringatkan pesanan papanya bahawa dia perlu bersahabat dengan tricia chen hanya kerana dia anak tunggal dato chen yang telah banyak berjasa menolong syarikat papanya dari muflis tempohari dia tidak jadi memarahi gadis tersebut. dia cuma berdiri di situ sambil berpeluk tubuh. "macamana dengan pertanyaan i tadi tu?", kedengaran jayren menyoal gadis itu. "pertanyaan?... pertanyaan apa?", soal catricia pura pura tidak tahu apa apa. "alah... baru sebentar tadi i tanya you sudi tak you keluar makan malam dengan i malam ni?", soal jayren sambil tersenyum manis. catricia menganggukkan kepalanya perlahan lahan. "oh thank you sayang... i akan datang menjemput you dari rumah tepat pada pukul 8 malam nanti ya...", tutur jayren dengan lembut. "baiklah...", balas catricia sepatah. steffy terpaksa makan hati berulamkan jantung ketika dia mendengar perbualan dua insan itu. rasanya dia ingin marah pada jayren sebab dia tak balas cintanya selama ini namun apakan dayanya cinta jayren bukan untuk dirinya.

selepas berbalas senyuman buat seketika jayren melangkah pergi dari situ. "jayren ajak awak keluar makan malam dengan dia, ke?", soal kayra. "ya...", balas catricia sepatah. "jadi malam ni awak tak ikut kami ke party alina tu?", soal kayra. "nampak gayanya macam itu... sorrylah sebab saya tak dapat datang ke party korang tu...", tutur catricia perlahan lahan. "hm... tak apalah... hope you have a wonderful date with jayren tonight.... we've gotta go now, bye...", steffy bersuara sambil menarik tangan kedua orang rakannya. catricia hanya terpinga pinga di saat dia melihat steffy dan kawan kawannya melangkah pergi dari situ. dalam diam dia dapat merasakan steffy seperti orang yang tengah bad mood pula. dia tidak tahu kenapa steffy tiba tiba saja merasa bad mood macam itu. mungkinkah steffy jealous sebab jayren ajak dia keluar makan malam bersamanya?... "hm... entahlah...", bisik hati kecil catricia tak keruan. baru saja dia melangkah dari situ, dia terpandang akan chrishell. "chris!!!!....", laung catricia. pemuda itu segera menoleh ke arahnya. "awak panggil saya ke?", soal pemuda bernama chrishell itu. "yalah... takkanlah saya panggil orang lain pula...", catricia bersuara sambil menghampiri pemuda tersebut. "maaf ya... awak ni kan student baru tu... macamana pula awak boleh tahu nama saya padahal saya belum memperkenalkan diri saya pada awak...", tutur chrishell dengan jujur.

"ya ke?.... tapi awak kenal catricia edmond kan?", soal catricia dengan wajah yang serius. "ya...", balas chrischell sepatah. "sayalah catricia edmond kawan awak tu...", tutur catricia dengan jujur. "hah?!.... apa?... bukan ke nama awak tricia chen?", soal chrishell sambil menggaru garu kepalanya yang tidak gatal. "memanglah nama gadis di depan mata awak ni ialah tricia chen tapi saya catricia edmond terperangkap di dalam tubuh gadis bernama tricia chen ni sejak saya memakai cincin puaka ini...", tutur catricia sambil menunjukkan cincin emas yang tersarung di jari manisnya di depan mata pemuda tersebut. "oh... this is a jokes right?.... hahaha... pandai betul awak bergurau... hahaha...", chrischell ketawa sebaik saja dia mendengar perkataan gadis itu. "its not a jokes lah...", balas catricia sambil memutarkan bola matanya. apabila chrishell melihat gadis itu memandang wajahnya dengan wajah yang serius sekali dia pun terus berhenti ketawa. "maaflah... tapi teramat sukar bagi saya untuk mempercayai apa yang awak katakan tu...", balas chrishell setelah dia berhenti ketawa. "saya tahu awak pasti tidak mempercayai apa yang saya katakan pada awak saat ini tapi untuk membuktikan bahawa saya ialah catricia edmond, saya akan kembalikan semula sapu tangan yang awak berikan pada saya setelah saya di buli oleh steffy dan kawan kawannya tempohari...", catricia menarik keluar sapu tangan milik chrishell dari dalam beg sandangnya. dia menyerahkan sapu tangan itu pada pemuda tersebut. riak wajah chrishell berubah sebaik saja dia melihat sapu tangan miliknya itu. memang betul dia ada memberikan sapu tangannya pada catricia tempohari setelah dia di buli oleh steffy dan kawan kawannya. perlahan lahan dia mengambil sapu tangan itu dari tangan gadis itu. setelah catricia menyerahkan sapu tangan tersebut pada chrishell dia pun terus beredar dari situ.

namun langkah kakinya terhenti sebaik saja lengan kirinya terasa di pegang erat oleh seseorang, "nanti dulu catricia...", kedengaran chrishell bersuara di belakangnya. perlahan lahan catricia menoleh ke belakang. kelihatan chrishell sedang memandang wajahnya dengan wajah yang serius sekali. "boleh awak terangkan pada saya apa yang telah terjadi pada diri awak?", soal chrishell ingin tahu. kali ini dia tidak mentertawakan gadis itu lagi. "ceritanya macam ni... malam kelmarin saya keluar pergi membeli belah di shopping mall. setelah membeli belah saya pun pulang ke rumah. di dalam perjalanan menuju ke stesen bas saya bertembung dengan seorang nenek tua yang buta di tepi lebuhraya. dia seperti hendak melintasi lebuhraya jadi saya pun menolong dia melintasi lebuhraya tersebut. selepas menolong nenek tua tu saya nak pergi dari situ tapi nenek tua tu menahan saya lalu dia berikan saya sebentuk cincin emas bertatahkan berlian. saya terkejut bukan kepalang. saya terus cakap yang saya tak nak terima hadiah pemberian dari dia tapi dia masih juga berdegil hendak memberikan cincin emas tu pada saya.... jadi saya pun terpaksa ambil cincin emas itu. bila saya nak ucapkan terima kasih pada nenek tua tu tiba tiba saja dia menghilangkan diri entah ke mana....", kata catricia dengan pantas. dia menunjukkan cincin di jari manisnya pada chrischell. "woah... woah... woah... nanti dulu... cuba awak cakap perlahan lahan.... apa yang awak maksudkan yang dia menghilangkan diri secara tiba tiba tu?... dia menghilangkan diri di depan mata awak macam ahli sihir tu ke?", soal chrischell dengan penuh minat. "maksud saya macam ni.... dia tiba tiba saja hilang.... tidak dapat di kesan... sebenarnya masa tu saya tengah sibuk memerhatikan cincin ni. apabila saya mendongakkan wajah saya dia menghilangkan diri entah ke mana... puas saya mencari dia di situ tapi dia tidak ada lagi di situ...", tutur catricia perlahan lahan.

"so apa yang telah terjadi selepas tu?", soal chrischell ingin tahu. "lepas tu saya terus balik ke rumah saya. sampai di rumah saya lihat mak dan ayah saya bergaduh di dapur. saya malas mendengar mereka bergaduh jadi saya pun terus naik ke tingkat atas. sampai di bilik tidur saya terus baring di atas katil. saya berfikir tentang nasib malang yang menimpa diri saya. dah lah orang tua saya selalu bergaduh sejak dua menjak ni, fikiran saya pula sering terganggu. saya teringat akan perkataan yang di lemparkan oleh steffy pada saya tempohari. dia kata wajah saya ni terlalu hodoh macam katak... saya sedih sekali sehingga saya menangis seorang diri. masa menangis tu cincin tu terjatuh dari dalam poket baju saya... saya mengambil cincin tu dan terus memakainya. saya cakap pada diri saya semoga di suatu hari nanti saya akan menjadi lebih cantik dari gadis yang lain supaya jayren jatuh cinta pada saya. selain daripada tu saya berharap semoga saya tidak mempunyai ibu bapa yang suka bergaduh dan mata saya tidak rabun lagi... selepas tu saya pun masuk tidur. bila saya bangun pagi saya terkejut di saat saya melihat yang diri saya berada di dalam sebuah bilik tidur orang lain. yang lebih mengejutkan lagi mata saya tidak rabun lagi dan tubuh saya cantik menggiurkan. saya fikir saya masih bermimpi kot. saya tampar wajah saya sendiri tapi saya rasa sakit. rupa rupanya saya tidak bermimpi. tambah mengejutkan lagi apabila saya membuka pintu bilik tidur tu kelihatan dua insan yang tidak di kenali mengaku bahawa diri mereka ialah ibu bapa saya... saya betul betul tidak menduga perkara ini akan terjadi pada diri saya.... saya mula berfikir perkara ini tentu ada kaitannya dengan cincin yang saya pakai ni sebab saya dah mula rasa lain macam ketika saya memakai cincin ini....", cerita catricia. dia merenung cincin di jari manisnya. chrischell turut merenung cincin di jari manis gadis tersebut. cincin itu kelihatan cantik berkilauan dengan batu berlian bergemerlapan.

CINCIN (U)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang