CINCIN 15

180 12 0
                                    

catricia berlari masuk ke dalam kereta BMW milik datin may. "pak man... tolong bawa saya balik ke rumah sekarang juga...", perintahnya sambil memasang seat belt di pinggangnya. "hm... baiklah...", tanpa banyak soal pak man mula memandu kereta itu keluar dari kawasan parking yang sunyi sepi itu. tidak lama kemudian dia pun sampai di depan rumah agam milik dato chen dan datin may. kelihatan jayren sedang berdiri bersandar di kereta chevroletnya. dia kelihatan agak kacak dengan hanya memakai pakaian kasualnya itu. jantung catricia mula berdebar sakan sebaik saja dia terpandang wajah pemuda tersebut. dia pun terus menyuruh pak man berhenti betul betul di depan kereta milik pemuda itu. pak man segera memberhentikan keretanya. catricia bangun lalu dia membuka pintu kereta tersebut tapi dia di tahan oleh pak man. "nanti dulu cik... cik ni nak ke mana?", soal pak man ingin tahu. "er... saya nak keluar dengan kawan saya tu pak man...", balas catricia dengan jujur. "tapi datin cakap cik tak boleh keluar rumah sesuka hati... nanti dia akan marah...", pak man memberikan peringatan pada anak gadis majikannya itu. "oh... saya tahu tentang tu pak cik tapi saya nak keluar dengan kawan saya tu... sekejap aje ni.... er, pak cik tolong bagitahu mama yang saya keluar dengan kawan saya ya...", balas catricia dengan pantas sekali. "tapi cik....", belum pun sempat pak man menghabiskan perkataannya catricia terus saja angkat kaki dari situ. dia berlari menghampiri jayren yang sedang berdiri seorang diri di keretanya

"hi jay... sorrylah sebab saya ada urusan tadi sebab itulah saya lambat datang ke sini...", jelas catricia. dia cuba untuk bersikap biasa biasa saja di depan pemuda itu padahal jantungnya berdebar tak menentu saat itu. apatah lagi bila dia terpandang akan senyuman jayren yang lembut itu. boleh 'cair' di buatnya. "tak apa... its okay... mari kita pergi sekarang...", balas jayren perlahan lahan. dia membuka pintu keretanya untuk catricia. tanpa berlengah lagi catricia pun masuk ke dalam kereta itu. "so kita nak pergi ke mana ni?", soal catricia ingin tahu. "kita pergi makan dulu di restoran. lepas tu kita menonton wayang sama sama ya...", tutur jayren dengan lembut. "baiklah...", balas catricia sepatah. jayren pun mula memandu keretanya. tidak lama kemudian mereka pun sampai di sebuah restoran mcdonald. jayren segera memberhentikan keretanya di tempat parking kereta yang ada di situ. kemudian dia membuka pintu keretanya lalu dia melangkah keluar dari dalam keretanya. selepas itu dia membuka pintu kereta di sebelah tempat catricia. dalam hati catricia rasa berbunga bunga. maklumlah dia di layan dengan baik oleh pemuda itu. perlahan lahan catricia bangun lalu melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. tanpa di duganya jayren pantas memegang tangan kirinya lalu mereka berjalan berpegangan tangan menuju ke restoran mcdonald itu. tambah berbungalah hati catricia di saat tangannya di pegang erat oleh pemuda tersebut. dia rasa saat itu begitu istimewa sekali. mereka masuk ke dalam restoran tersebut sambil berbual bual. tanpa mereka sedari kelihatan chrischell sedang berdiri memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. dia rasa sedikit terkilan sebab gadis tersebut keluar dengan jayren. dia tidak tahu kenapa dia rasa terkilan saat itu. tiba tiba, "eh... bukankah itu girlfriend abang? kenapa dia keluar dengan lelaki lain pula?", rachel bersuara di sebelahnya. "dia bukan girlfriend abanglah... dia tu kawan biasa abang aje... mari kita pergi dari sini....", chrischell pantas menarik tangan adiknya. perlahan lahan mereka meninggalkan tempat itu.

"wayang apa yang awak nak tonton nanti?", soal catricia ingin tahu. "urm.... apa kata kalau kita menonton wayang seram...", tutur jayren dengan pantas. "wayang seram?...", catricia bersuara sedikit tegang. sebenarnya dia tidak berapa suka menonton cerita seram. "ya... kenapa awak tak suka wayang seram ke?", soal jayren dengan keningnya yang terangkat ke atas. "suka... suka....", balas catricia cepat cepat. sebenarnya dia tidak mahu merosakkan temu janji mereka yang pertama. jadi dia pun terpaksa berbohong dengan mengatakan yang dia sukakan cerita seram padahal dia langsung tak suka cerita seram. "baguslah kalau macam tu...", jayren tersenyum lebar. dia kembali memakan makanannya. setelah selesai makan mereka melangkah meninggalkn restoran itu. jayren segera menarik tangan catricia menuju ke sebuah bangunan pawagam yang terletak tidak jauh dari restoran tersebut. sampai saja di sana jayren berdiri sambil matanya memerhatikan semua poster wayang yang di lekatkan di dinding pawagam tersebut. ada filem bergenrekan romantic, ada filem bergenrekan action thriller, ada filem bergenrekan komedi dan ada juga filem bergenrekan seram. sebenarnya catricia lebih suka menonton filem bergenrekan action thriller tapi di sebabkan jayren begitu meminati filem bergenrekan seram dia pun terpaksa akur saja dengan pilihan pemuda itu. tanpa berlengah lagi jayren pun memilih filem seram yang bertajuk 'the girl with long hair'. filem seram orang thailand lagi tu. biasanya kalau filem seram di buat oleh orang thai, jepun dan korea filem merekalah yang paling menakutkan. catricia menelan air liurnya. tak tahu macamana keseraman cerita tu nanti. gambar posternya saja sudah cukup menggerunkan. dia lihat jayren sudah pun membeli dua tiket untuk mereka berdua. tak cukup dengan itu dia membeli sebucket besar popcorn dan dua cup air cola untuk mereka berdua.

tidak lama kemudian mereka di persilakan masuk ke dalam pawagam itu. jayren mengambil tempat duduk di barisan tengah tempat duduk para penonton. catricia terpaksa duduk di sebelahnya. "habislah aku kali ini... macamana aku nak menonton cerita seram ni sedangkan aku ni paling benci tengok cerita seram...", bisik hati kecilnya tak menentu. "kenapa awak tak macam happy aje ni?...", tegur jayren di sebelahnya. "oh... saya happylah ni....", catricia terpaksa tersenyum menampakkan deretan giginya yang putih bersih itu. "yelah tu... apa apa pun just enjoy the show...", tutur jayren padanya. catricia terpaksa menganggukkan kepalanya. pada permulaan cerita tersebut tidaklah begitu menyeramkan tapi pada babak yang seterusnya catricia mula merasa ketakutan. maklumlah jalan cerita itu agak menyeramkan. "eiiiii....", catricia menjerit ketakutan sebaik saja dia menonton babak yang menakutkan itu. jayren kat sebelahnya langsung tidak menjerit ketakutan. malahan dia tambah khusyuk pula ketika dia menonton wayang tersebut. oleh kerana terlalu takut catricia menutup kedua belah matanya dengan tangannya tapi jayren menghalanginya daripada berbuat demikian. "jangan tutup mata awaklah... kalau awak tutup mata awak macamana awak tahu jalan cerita ni nanti...", tutur jayren di sebelahnya. terpaksalah catricia membuka matanya untuk melihat wayang seram itu.

catricia cepat cepat menutup kelopak matanya apabila dia melihat ada babak yang menakutkan tapi sekali lagi dia di tegur oleh jayren. "rilekslah... itu cuma wayang aje... janganlah takut sangat...", jayren bersuara di sebelahnya. catricia terpaksa menonton wayang itu dengan perasaan yang tidak menentu. jantungnya berdebar sakan di saat dia menonton wayang seram seperti itu. rasa macam nak meletup saja jantungnya ketika menonton wayang tersebut. dia menjerit bagaikan orang yang histeria apabila tiba pada babak yang paling menggerunkan. rasa macam nak hilang anak tekaknya di saat dia menjerit jerit ketakutan seperti itu. jayren hanya tersenyum saja padanya. catricia betul betul merasa bengang apabila dia melihat pemuda itu tersenyum padanya. dia rasa macam di persendakan pula. dalam babak babak seram tu ada juga babak babak romantik di mana hero dan heroin cerita tersebut berciuman dan berpelukan macam orang yang tak tahu malu. catricia jadi malu pula apabila dia menonton babak macam tu dengan jayren. entah macamana tiba tiba saja dia rasa ada tangan menjalar di atas paha kirinya. rupa rupanya tangan jayren menjalar di atas paha kirinya. catricia merasa sungguh terkejut sebaik saja jayren berbuat begitu padanya. dia tidak menyangka yang jayren seorang pemuda yang gatal miang. jayren buat dirinya tak ubah macam perempuan murahan pula. dia pantas menepis tangan jayren yang hampir menyentuh bahagian alat sulitnya saat itu. oleh kerana dia terlalu marah catricia pun terus bangun dari tempat duduknya. dia berjalan meninggalkan tempat itu. "tricia!... tricia!...", kedengaran jayren memanggil namanya namun dia tidak menghiraukan panggilan pemuda tersebut. catricia betul betul tidak menyangka yang jayren bersikap teruk macam tu. dalam diam dia merasa sungguh menyesal pula sebab keluar dengan jayren.

CINCIN (U)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang