Tidak lama kemudian catricia pun sampai di tempat yang di tuju. kelihatan chrischell sedang berdiri di depan restoran seri rasa dengan di temani oleh seorang budak perempuan yang berusia dalam lingkungan 6 tahun. "sudah tentu budak perempuan tersebut adalah adik chrischell...", teka catricia dalam hatinya. dia pun menyuruh pak man menunggu dia di dalam kereta. manakala dia keluar untuk berjumpa dengan pemuda itu. "thanks chris sebab awak sudi keluar dengan saya petang ni...", tutur catricia sebaik saja dia berdiri di depan wajah pemuda tersebut. "oh you are welcome...", balas chrischell tersenyum lebar. "so ini adik awak tu ke?", soal catricia seraya memandang ke arah budak perempuan yang berdiri di sebelah chrischell saat itu. "yeah...", balas chrischell sepatah. "hai adik...", sapa catricia sambil tersenyum lebar. "hai...", balas budak perempuan itu sepatah. "siapa nama adik ni?", soal catricia ingin tahu. "nama saya rachel celong...", balas rachel dengan lembut. "oh... cute juga nama tu... macam orangnya juga...", komen catricia sambil tersenyum manis. rachel kelihatan tersenyum bangga apabila dia mendengar pujian dari mulut gadis itu. "er... mari kita masuk ke dalam restoran... kita boleh berbual bual di dalam restoran...", ajak chrischell. "okay...", balas catricia sepatah. mereka pun terus melangkah masuk ke dalam restoran tersebut.
setelah mereka memesan makanan dengan pelayan restoran di situ mereka pun mula berbual bual. "er... siapa nama akak ni?", soal rachel ingin tahu. dia memandang wajah catricia sambil tersenyum lebar. "oh... nama akak ialah catricia edmond...", balas catricia dengan jujur. "oh begitu... jadi akak ni ialah girlfriend abang chrischell yang baru, eh?", soal rachel tiba tiba. chrischell terkejut bila soalan tersebut di ajukan oleh adiknya yang satu itu. "eh... kenapa adik tanya soalan macam tu pula?", tegur chrischell. catricia hanya tersenyum sebaik saja dia mendengar soalan tersebut. "adik nak tahu aje... itu pun salah ke?", rachel bersuara dengan pantas. "dah... dah... dah... jangan banyak tanya lagi... lebih baik awak tengok movie moana yang baru saja abang download dari dalam internet kat phone abang ni... awak jangan ganggu abang dan akak apabila kami berbual bual nanti, ya...", cepat cepat chrischell menarik keluar mobile phonenya lalu dia bukakan movie moana dalam phonenya untuk di tontoni oleh adiknya itu. tak cukup dengan itu dia menarik keluar earphone dari dalam poket seluarnya. dia menyerahkan mobile phonenya pada adiknya. tanpa banyak soal rachel pantas menonton movie kegemarannya. dia tidak peduli lagi pada abangnya dan gadis bernama catricia itu. dia menumpukan seluruh perhatiannya pada movie yang sedang di tontoninya saat itu. pada waktu yang sama makanan yang di order sudah pun di hidangkan di atas meja. jadi mereka makan makanan itu sambil berbual bual panjang."petah betul adik awak bercakap, kan...", komen catricia sebaik saja chrischell kembali berbual dengannya. "oh... dia ni memang talkactive sikit orangnya. dia hanya akan diam apabila awak suruh dia menonton movie kegemarannya... anyway, apa yang ingin awak perkatakan pada saya?", soal chrischell ingin tahu. "saya betul betul ingin membuka cincin ni dari jari saya tapi sampai sekarang cincin ni masih melekat di jari saya... saya rasa jikalau saya berjaya menanggalkan cincin ini dari jari saya sudah tentu saya akan kembali menjadi catricia edmond semula...", kata catricia sambil merenung cincin emas yang bertatahkan berlian itu. "awak ada cuba menanggalkannya sebelum ini tak?", soal chrischell ingin tahu. "ada tapi saya tak berjaya menanggalnya. cincin tu masih terlekat kemas di jari saya ni...", kata catricia perlahan lahan. "er... apa kata kalau awak gunakan air sabun untuk tanggalkan cincin tu dari jari awak... tentunya akan berkesan...", cadang chrischell pula. catricia terdiam seketika. mungkin ada baiknya dia mencuba melakukan apa yang di perkatakan oleh pemuda tersebut. "oh... baiklah... saya pergi ke tandas dulu... saya akan cuba ikut cadangan awak tu...", kata catricia perlahan lahan. dia pun bangun lalu beredar dari situ. dia melangkah menuju ke bilik tandas yang terletak di bilik paling hujung di dalam restoran tersebut. sebaik saja dia sampai di bilik tandas itu dia pun menghampiri sinki yang ada di situ. kelihatan ada sabun di atas sinki tersebut dia pun mula membasahi tangannya dengan air. kemudian dia mengambil sabun itu dan menggosokkannya di atas tangan dan jarinya. sabun di gosok gosok tepat pada jari manis tangan kirinya. setelah di gosok berulang kali dan dia yakin kulit tangannya sudah cukup licin dengan sabun itu, dia pun mula menanggalkan cincin tersebut dari jari manisnya tapi yang peliknya cincin itu masih juga tidak dapat di tanggalkan dari jari manisnya. ianya seperti 'stuck' di jari manisnya itu pula.
"hish... kenapa tak boleh di tanggalkan pula?... hish... menyusahkan betullah cincin ni...", gerutu catricia cukup marah sekali. oleh kerana dia merasa tidak puas hati dia pun kembali menggosok semula sabun itu di tangannya sehingga ianya mengeluarkan buih yang banyak sekali. dia berharap semoga cubaannya kali ini akan berjaya tapi malangnya cubaannya tidak menjadik. cincin itu masih juga tidak dapat di tanggalkan dari jari manisnya. mahu tidak mahu catricia pun terpaksa melangkah kembali ke ruang makan di restoran tersebut. "amacam?... awak sudah berjaya ke menanggalkan cincin tu dari jari manis awak?", soal chrischell ingin tahu. "tak... cincin tu masih ada di jari manis saya biar pun saya sudah berulangkali menggosok sabun di jari manis saya ni...", balas catricia dalam nada suara yang hampa sekali. "ouwh.... saya fikir tadi cincin tu masih boleh di tanggalkan dengan air sabun. rupa rupanya tidak boleh juga... hm, tak apalah... meh sini... biar saya yang tanggalkan cincin tu dari jari manis awak...", chrischell bersuara seraya meminta tangan catricia untuk di pegang. tanpa banyak soal catricia menghulurkan tangannya pada pemuda itu. cepat cepat chrischell memegang tangan catricia lalu dia cuba menanggalkan cincin itu dari jari manis gadis tersebut dengan sekuat hatinya tapi cincin itu masih juga terlekat kemas di jari catricia. "hish... susah juga nak tanggalkan cincin ni dari jari awak....", gerutu chrischell. catricia merasa semakin susah hati. "oh... macamana ni, chrischell?.... saya tak mahu jadi tricia chen... saya mahu jadi diri saya semula....", catricia merintih kesedihan. chrischell segera memeluk bahu gadis itu dengan sebelah tangannya.
"jangan sedih cat... awak jangan bimbang... saya akan tolong awak selesaikan masalah awak ni... urm... apa kata kalau awak ikut saya ke kedai emas bapa saudara saya... saya akan suruh bapa saudara saya tu potong cincin emas ni dengan menggunakan peralatan yang boleh memotong cincin emas ni...", kata chrischell dengan wajah yang serius. "tapi takkanlah bapa saudara awak tu di suruh memotong cincin ni pula? nanti tak pasal pasal pula jari manis saya terputus gara gara terkena peralatan bapa saudara awak tu...", tutur catricia membantah. "awak jangan bimbang... jari awak tak akan putus lorh... bapa saudara saya memang pakar dalam hal seperti ini....", tutur chrischell pula. "tapi saya tak naklah... nanti saya kehilangan jari manis saya ni pula...", balas catricia membantah. "jadi awak nak biarkan cincin tu melekat di jari awak buat selama lamanya?....", soal chrischell dengan wajah yang serius. belum pun sempat catricia bersuara tiba tiba mobile phonenya berbunyi nyaring. dia pun segera menjawap panggilan di mobile phonenya. "hello....", jawap catricia. "hello tricia... saya ni jayren... awak sudah bersiap sedia untuk keluar dengan saya ke?.... saya tunggu awak di depan pagar rumah awak ni....", kedengaran suara jayren kedengaran di hujung talian. "alamak... sorrylah jayren... saya terlupa pula tentang date kita tu... er... boleh tak awak tunggu saya di depan pintu pagar tu sekejap?.... I'm on the way now.... okay, see you later. bye....", catricia segera mematikan talian mobile phonenya. "siapa yang panggil awak tu? jayren ke?", teka chrischell sambil memandang wajah gadis itu. "ya... anyway, i'm sorry chris.... saya harus pergi sekarang....", kata catricia sambil bangun dari kerusinya dengan tergesa gesa. "eh... nanti dulu... macamana pula dengan cincin di jari manis awak tu?", soal chrischell ingin tahu. "we will talk about it later....", cepat cepat catricia beredar dari situ. chrischell hanya terpinga pinga di tempat duduknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/131803549-288-k270543.jpg)
YOU ARE READING
CINCIN (U)
Teen FictionSinopsis: Mengisahkan seorang gadis yang di labelkan orang paling hodoh di universiti tempat dia belajar. dia ada crush tapi malangnya crushnya itu tidak mencintainya. malah crushnya mencintai orang lain pula. yang lebih malang lagi dia di ejek, di...