malam itu catricia pergi ke pusat bandar untuk membeli belah barang keperluannya. setelah puas membeli belah di shopping mall dia pun bersiap untuk pulang ke rumahnya. dia mengorak langkah menuju ke arah jalan raya utama yang terletak tidak jauh dari situ. ramai juga manusia yang ingin menyeberang jalan raya saat itu. mereka berdiri di tepi jalan raya yang ada zebra crossing itu. di antara ramai ramai manusia yang berdiri di situ catricia lihat ada seorang nenek tua sedang memegang tongkat di tangan kanannya. manakala tangan kirinya pula memegang barang di dalam beg plastik yang berwarna hitam. catricia perasan yang nenek tua tersebut buta matanya. buktinya kedua belah matanya seperti tidak dapat melihat. sebaik saja lampu isyarat di situ berwarna merah semua kereta berhenti. mereka yang lain segera melangkah menyeberangi jalan raya tersebut. tinggallah nenek tua itu seorang diri di situ. mungkin dia tidak sedar semua orang sudah melangkah pergi dari situ. maklumlah matanya kan buta jadi dia tidak tahu apa apa. catricia yang merasa kasihan pada wanita tua itu segera menghampiri wanita tua tersebut. "nenek... biar saya tolong nenek angkat beg plastik nenek yang berat tu ya.... biarkan saya tolong nenek menyeberangi jalan raya yang sibuk ni...", ucap catricia seraya mengangkat beg plastik di tangan wanita itu. "oh... awak seorang perempuan yang baik hati... sanggup tolong orang tua macam nenek ni....", ucap si nenek tua dengan senyuman gembira terukir di bibirnya. "oh... menolong orang itu satu perkara yang biasa saya lakukan nek...", kata catricia dengan jujur. mereka mula menyeberangi jalan raya itu bersama sama.
catricia memimpin tangan wanita tua itu dengan penuh tertib. "oh... jarang nenek berjumpa dengan orang yang baik hati macam awak... biasanya orang buta macam nenek ni di pulaukan oleh sesetengah orang... mereka tak akan menolong nenek biar pun mereka tahu nenek ni buta.....", balas nenek tua itu perlahan lahan. "oh... itu orang lain nek tapi saya lain... kalau saya rasa orang tu perlukan bantuan saya akan tolong dia...", balas catricia dengan pantas. "oh... begitu...", nenek tua tersebut menganggukkan kepalanya tanda faham. tidak lama kemudian mereka pun sampai di seberang jalan. "nek... kita dah sampai di seberang jalan... er.... nenek nak saya carikan teksi untuk menghantar nenek pulang ke rumah nenek tak?", soal catricia ingin tahu. "oh... tak payah... apa apa pun nenek berterima kasih pada awak sebab awak sudi menolong nenek sebentar tadi. sebagai balasannya nenek hadiahkan awak cincin ini....", perlahan lahan nenek itu menyerahkan sebentuk cincin emas bertatahkan berlian pada catricia. terkejut betul catricia di saat dia melihat cincin emas bertatahkan berlian itu. dia macam tidak percaya bahawa nenek tua tersebut menghadiahkannya sebentuk cincin yang cantik seperti itu. "eh.... tak payahlah nenek hadiahkan cincin ni pada saya... saya tolong nenek dengan ikhlas. saya tak perlukan sebarang balasan...", kata catricia dengan jujur.
"ya.... nenek tahu awak tak perlukan sebarang balasan tapi nenek nak awak terima hadiah pemberian nenek ni... orang yang baik hati macam awak memang patut terima hadiah macam ni.... awak ambillah ye...", ucap nenek tua tersebut. dia menarik tangan catricia lalu meletakkan hadiah yang di maksudkannya di atas telapak tangan gadis itu. "pakailah cincin ini dan gunakannya dengan tujuan yang baik... semoga segala impian dan harapan awak akan menjadi kenyataan...", ucap nenek tua tersebut secara perlahan lahan. catricia terpegun di saat dia melihat kecantikan cincin emas yang bertatahkan berlian itu. "tentu harga cincin ni mahal, nek... saya tidak layak menerima hadiah mahal macam ni, nek.... saya...", catricia berhenti bersuara apabila dia melihat nenek tua itu tidak ada lagi di situ. "eh.... mana pula perginya nenek tua tu tadi?... dia pergi ke mana ar?.....", soal catricia sambil menggaru garu kepalanya yang tidak gatal. "dia ada di sini tadi... macamana pula dia tiba tiba tidak ada ni?", soal catricia dengan nada suara yang hairan dan terkejut. "nenek!.... nenek!....oh!... nenek!....", panggil catricia namun wanita tua itu sudah tidak ada lagi di situ. "pelik betul... mana pula perginya nenek tua tu?", soal catricia sambil matanya melilau ke sana ke mari mencari bayang kelibat nenek tua tersebut tapi dia gagal mencarinya. setelah dia puas mencari nenek tua itu di situ, catricia pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya. cincin itu di simpannya baik baik di dalam poket skirt labuhnya.
sampai di rumah dia lihat ayahnya sedang bergaduh dengan ibunya. entah apa yang mereka gaduhkan pun catricia sendiri tidak tahu. biasanya mereka akan bergaduh apabila mereka tidak sependapat dalam membincangkan sesuatu perkara. catricia sudah masak dengan perangai orang tuanya itu. mereka asyik bergaduh tak kira masa dan tempat. tanpa menghiraukan orang tuanya yang sedang bergaduh di ruang dapur tidak jauh dari situ, catricia mula melangkah menuju ke tingkat atas. dia malas hendak masuk campur dengan hal orang tuanya. dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya dengan wajah yang sedih sekali. sebenarnya dia sedih memikirkan kehidupannya sendiri. sudahlah dia sering di buli di kampus. sekarang ibubapanya pula bergaduh di rumah. perlahan lahan catricia duduk di atas birai katil dengan wajah yang sedih sekali. dia merenung wajahnya dari dalam cermin yang terletak di atas dinding bilik tidurnya. dia lihat ada wajah sedih merenungnya kembali dalam cermin itu. wajah yang di penuhi jerawat batu. dengan cermin mata tebal terlondeh di atas hidung. rambut pula terikat kemas di belakang tengkuknya. ianya tak ubah seperti ekor kuda pula. tubuhnya masih di tutupi dengan baju labuh berwarna merah jambu dengan skirt labuh berwarna hitam paras betis. semuanya itu di perhatikannya dengan saksama. "...wajah kau hodoh bagaikan wajah seekor katak berudu.... lelaki tengok pun tak ada yang minat dengan kau.... jayren langsung tak nak tengok wajah kau yang penuh dengan jerawat batu tu... hahahaha....", kedengaran suara ejekan steffy dan kawan kawannya mentertawakannya tempohari. airmata mengalir perlahan membasahi pipinya.
dalam diam dia merasa malu pada semua orang. terutamanya jayren joel lelaki idaman hatinya. dia terasa malu pada pemuda itu sebab dia sudah tahu isi hatinya tapi sehingga kini pemuda tersebut tidak memberikannya sebarang respon. terasa dirinya tak ubah macam timba yang mencari perigi pula. "apalah nasibku ini... asyik di rundung malang saja...", bisik hati kecilnya sedih. perlahan lahan dia menarik keluar sapu tangan dari dalam poket skirtnya untuk mengesat air mata yang mengalir di pipinya. di saat dia menarik tuala kecil itu tiba tiba saja ada satu benda terjatuh dari dalam poket skirt labuhnya. kelihatan cincin yang di hadiahkan oleh nenek tua di tolongnya sebentar tadi terjatuh di atas lantai. dia pun segera mengutip cincin tersebut. cincin emas bertatahkan berlian itu di perhatikannya seketika. cincin tersebut agak cantik sekali. perlahan lahan dia menyarungkan cincin itu di jari manisnya. cincin tersebut begitu padan dengan jari manisnya. ianya tidak terlalu longgar dan tidak terlalu sempit. catricia tidak menyangka yang cincin itu amat padan sekali dengan jari manisnya. perlahan lahan dia berbaring di atas katilnya sambil merenung cincin yang tersemat di jari manisnya itu. "cincin ini amat cantik sekali tapi malang sekali aku yang memakai cincin ni pula yang tidak cantik?...oh... aku berharap semoga di suatu hari nanti aku akan menjadi lebih cantik dari semua gadis gadis di luar sana tu supaya jayren jatuh cinta padaku. aku berharap semoga mataku yang rabun ni dapat melihat dengan jelas... aku juga berharap semoga aku tidak lagi tinggal bersama ibu bapa yang suka bergaduh... aku ingin tinggal bersama ibu bapa yang kaya raya dan mereka melayan aku dengan baik... yeah... thats my 3 wishes for now but who cares about my wishes, right?.... oh well... whatever!....", bisiknya perlahan lahan. selepas itu dia mula melelapkan matanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
CINCIN (U)
Roman pour AdolescentsSinopsis: Mengisahkan seorang gadis yang di labelkan orang paling hodoh di universiti tempat dia belajar. dia ada crush tapi malangnya crushnya itu tidak mencintainya. malah crushnya mencintai orang lain pula. yang lebih malang lagi dia di ejek, di...