CINCIN 13

174 13 0
                                    

ketika dia berlari keluar dari dalam bangunan agensi modelling new age itu dia lihat kereta BMW milik datin may baru saja parking di situ. dia terus berlari menuju ke kereta tersebut lalu pintu kereta tersebut di bukanya dan dia masuk ke dalamnya. pak man terkejut sebaik saja dia melihat anak gadis majikannya berlari masuk ke dalam kereta dalam keadaan yang tergesa gesa. gayanya tak ubah macam orang yang terserempak dengan hantu pula. "kenapa dengan cik ni?", soal pak man kehairanan. "cepat pak man... cepat bawa saya pergi dari sini...", catricia bersuara separuh cemas. "kenapa ni?", soal pak man lagi. "ada orang nak ganggu saya...", kata catricia dengan pantas. pada waktu yang sama kelihatan mr jeremy berlari menuju ke kereta BMW tersebut. lelaki itu menampar nampar cermin kereta itu. "buka cermin kereta ni tricia...", mr jeremy memberikan arahannya tapi catricia tidak mahu membuka cermin keretanya. malah dia menggesa pak man supaya membawa dia pergi dari situ. mahu tidak mahu pak man pun terpaksa memasang enjin kereta tersebut lalu dia memasukkan gear satu dan dia segera memandu kereta itu keluar dari kawasan tersebut. mr jeremy mengejar kereta itu dari belakang. "cepat pak man... cepat sikit...", gesa catricia. pak man pun terus memandu kereta tersebut dengan kelajuan yang maksimum. catricia lihat mr jeremy ketinggalan di belakang. dia menarik nafas lega. "kenapa cik? apa yang telah berlaku? bukankah itu boss awak?", soal pak man ingin tahu. "memang boss saya tapi dia tu gatal sangatlah... dia hampir saja merogol saya tadi...", balas catricia dengan wajah yang serius. "yakah?... kalau macam tu tak payahlah cik bekerja dengan lelaki tu lagi...", kata pak man perlahan lahan. "memang saya takkan bekerja dengan lelaki tu lagi...", balas catricia. ketika mereka sedang berbual bual tiba tiba saja mobile phone pak man berbunyi nyaring. mahu tidak mahu pak man pantas menjawap panggilan di mobile phonenya itu.

"hello...", *diam sekejap* "ya datin... dia ada bersama dengan saya sekarang... datin nak berbual dengan dia tak?" *diam sekejap* pak man memandang sekilas wajah catricia yang duduk di kerusi sebelah saat itu. "datin nak bercakap dengan awak...", pak man bersuara seraya menyerahkan mobile phone pada gadis yang duduk di sebelahnya saat itu. cepat cepat catricia mengambil mobile phone dari tangan lelaki tua tersebut. "hello...", sapa catricia. "hello... tricia... awak sudah selesai menjalani sesi photoshoot tu, kan?", soal datin may dengan pantas. "ya...", balas catricia. "awak terus balik ke rumah, ya... jangan merayau ke tempat lain lagi...", tegas datin may di hujung talian. "baiklah....", balas catricia sepatah. dia menyerahkan kembali mobile phone itu pada pak man. giliran pak man pula yang berbual dengan majikannya itu. "baiklah datin... okay bye...", pak man mengakhiri perbualan mereka dengan pantas. dia memandang wajah catricia. "kenapa awak tak bagitahu mama awak yang awak hampir saja di rogol oleh majikan awak tu?", soal pak man ingin tahu. "saya akan bagitahu mama malam nanti...", balas catricia perlahan lahan. pak man pun terdiam selepas itu. dia memandu kereta tersebut sehingga sampai ke destinasi yang di tuju.

sampai saja di rumah agam milik dato chen dan datin may catricia pun terus masuk ke dalam bilik tidurnya yang terletak di tingkat dua itu. dia mengambil mobile phonenya dan dia mula menghubungi chrischell. tidak lama kemudian dia terdengar panggilannya di jawap oleh seseorang. "hello....", kedengaran suara seorang budak perempuan bergema di cuping telinganya. "hello... er.... mana chrischell?", soal catricia ingin tahu. "oh awak nak bercakap dengan abang chrischell, eh?", soal budak perempuan itu lagi. "ya... dia ada di sana tak?", soal catricia perlahan lahan. "ada... abang chrischell sedang tidur...", balas budak perempuan tersebut. "boleh tak awak kejutkan abang chrischell?... cakap padanya yang akak nak bercakap dengan abang chrischell...", tutur catricia dengan lembut. "baiklah... tunggu sekejap ye...", budak perempuan itu perlahan lahan. "abang... bangunlah bang...", kedengaran budak perempuan tu bersuara sambil mengejutkan abangnya chrischell dari tidur. "alah.... kacau betullah adik ni... abang baru nak tidur...", kedengaran chrischell merungut pada adiknya itu. "abang ni kan kuat tidur saja... ada seorang kakak ni nak bercakap dengan abang dalam phone...", budak perempuan itu bersuara lagi. "yelah... yelah... bagi kat abang phone abang tu...", akhirnya chrischell mengalah. "ye... siapa ni?", kedengaran chrischell bersuara dengan malas sekali. catricia dapat bayangkan chrischell sedang bermalas malasan sambil berbaring di atas kerusi sofa dengan mata yang masih terkatup rapat ketika dia menjawap panggilan di mobile phonenya saat itu. catricia tersenyum sendirian tatkala dia terbayangkan chrischell dalam keadaan macam tu. "hello chris... catricia ni... awak baru bangun tidur ke?", soal catricia dengan lembut. "oh... hai cat... sorrylah saya tertidur tadi...", balas chrischell cepat cepat. "sorrylah sebab saya mengganggu awak tengah tidur tadi...", kata catricia perlahan lahan. "tak apa... its okay... anyway, kenapa awak call saya ni?", soal chrischell ingin tahu. "actually i really need to talk to you... boleh tak kalau kita bertemu di restoran seri rasa selepas ni?...", kata catricia perlahan lahan. "awak nak belanja saya makan ke?", soal chrischell dengan nada suara yang separuh mengusik.

"ya.... selain daripada tu, saya nak awak tolong saya selesaikan masalah yang saya hadapi ni...", kata catricia dengan pantas. "tapi saya tak boleh keluarlah...", balas chrischell di hujung talian. "kenapa pula?", soal catricia ingin tahu. "orang tua saya tu suruh saya jaga adik saya si rachel tu... so susahlah kalau saya nak keluar...", jawap chrischell perlahan lahan. "ouwh... saya ingatkan awak boleh keluar tadi tapi tak meng...", belum pun sempat catricia menghabiskan perkataannya chrischell segera memotong perkataannya. "nanti dulu... saya fikir saya boleh keluar tapi saya terpaksa bawa adik saya tu keluar bersama kita... amacam? awak setuju tak?", soal chrischell ingin tahu. "setuju... kita jumpa di restoran seri rasa tepat pukul 5 petang ni, ya...", balas catricia dengan riangnya. "baiklah... see you later, bye...", balas chrischell dengan pantas. perbualan mereka terhenti di situ saja. catricia mula bersiap hendak keluar rumah. setelah mandi dan berpakaian kemas dia melangkah turun ke tingkat bawah. dia lihat pak man sedang mengelap cermin kereta BMW berwarna hitam metalik itu. "er... pak man... boleh tak kalau pak man bawa saya pergi ke bandar sekejap?...", soal catricia ingin tahu. "tak bolehlah... nanti dato dan datin akan marah pada saya pula...", kata pak man. "alah.... hantar saya sekejap aje... pleaseee....", rayu catricia dengan muka kasihannya. "tapi dato dan datin akan ma....", belum pun sempat pak man menghabiskan perkataannya catricia terus memotong perkataannya. "awak jangan bimbang... kalau diorang marah saya akan membela pak man.... tolong hantar saya ke bandar sekejap... tolonglah ye....", catricia memujuk orang tua itu tanpa henti. dalam keterpaksaan lelaki tua itu menganggukkan kepalanya. "thanks pak man... you are the best....", catricia melompat keriangan. tanpa membuang masa lagi dia terus masuk ke dalam kereta itu. pak man terpaksa menghidupkan enjin kereta it. dia mula memandu kereta tersebut keluar dari kawasan rumah agam yang sunyi sepi itu

CINCIN (U)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang