catricia mula memikirkan kenapa dia jadi macam tu. hatinya kuat mengatakan bahawa cincin itulah yang punya angkara tapi fikir punya fikir tak ada logiknya jika cincin itu dapat mengubah segala galanya dalam sekelip mata tapi itulah kenyataannya. sejak dia memakai cincin itu semalam dia sudah rasa lain macam tapi dia tak ambil kisah hal tersebut sebab matanya terasa mengantuk saat itu. jadi dia sebenarnya tidak tahu bilakah masanya dia bertukar menjadi tricia chen yang berbangsa cina tu. okay, jika dia sudah menjadi orang lain macamana pula nasibnya kelak?... takkanlah dia akan terus jadi tricia chen padahal itu bukan dirinya yang sebenarnya. "eehemmm!....", kedengaran suatu suara berdehem di sebelahnya. catricia pantas mengangkat wajahnya. kelihatan mdm joyce berdiri di dekat mejanya sambil memandang tajam ke wajahnya. "mengelamun saja kerja awak ni kan tricia?.... awak dah siapkan tugasan awak ke?", soal mdm joyce ingin tahu. "oh... er.... tugasan apa mdm?", soal catricia kebodohan. "bukankah saya ada bagi tugasan pada korang pagi kelmarin?.... awak dah lupa ke atau buat buat dah lupa?", soal mdm joyce sedikit geram.
catricia tidak tahu tugasan apakah yang di maksudkan oleh pensyarahnya itu. maklumlah dia kan tiba tiba saja bertukar menjadi tricia chen student business management tahun kedua, manalah dia tahu apa tugasan yang di berikan oleh pensyarah tu pagi kelmarin. "oh... er... maafkan saya mdm.... saya....", belum pun sempat catricia menghabiskan perkataannya mdm joyce sudah memotong perkataannya. "saya tahu awak takkan siapkan tugasan yang saya berikan sebab awak suka menghabiskan masa awak bersuka ria di waktu malam kan? tentu awak dah tak ada masa untuk siapkan tugasan awak jika awak hanya tahu berpeleseran dan bersuka ria saja... tapi tak mengapa... saya akan bagi awak masa sehingga pagi esok untuk siapkan tugasan awak tu... jikalau awak belum siapkan tugasan awak pagi esok, jaga awak!...", mdm joyce memberikan peringatannya berupa ugutan. "gulp...", catricia menelan air liurnya. gerun pula dia dengar ugutan dari mulut pensyarah tersebut. lagaknya macam mafia pula. siap mengugut orang pula tu. tak sangka pula dia ada pensyarah yang garang macam tu. "just remember what i said to you....", kata mdm joyce lagi. " er... yes mdm...", balas catricia dengan gugup.
"okay, class dismissed....", mdm joyce bersuara sambil beredar dari situ. semua student lain bangun dari tempat duduk mereka. "wah... nasib baik awak di lepaskannya kali ini kan....", tutur salah seorang kawan steffy yang kebetulan duduk di sebelah mejanya. "yeah... nasib baik...", balas catricia sambil tersenyum. mereka semua bersiap hendak keluar dari dewan kuliah tersebut. "sebenarnya mdm joyce tu terpaksa bagi muka pada awak sebab papa awak dah banyak bagi dana kat universiti ni....", sampuk steffy secara tiba tiba pula. "maksud awak?", soal catricia ingin tahu. "eh... awak tak tahu ke?, papa awak dah menyumbang beribu ringgit bagi membantu dana dalam pembangunan di universiti ni dulu tau.... uncle saya yang bagitahu saya hal ini sebab dia bekerja di dalam office pentadbiran universiti ini...", balas steffy dengan pantas. "oh begitu...", balas catricia mula faham apa maksud gadis tersebut. "okay, just forget about that... apa kata kalau korang datang ke rumah saya malam ni?.... abang saya buat party kat rumah kami... korang datang ya...", kata salah seorang kawan steffy pula. "nanti dulu alina.... abang awak tu buat party apa ar?", soal steffy pada gadis bernama alina itu. "entahlah... tiba tiba saja dia nak berparty. maklumlah my parents tak ada kat rumah. diorang pergi oversea so abang saya tu pun nak buat party kat rumah kamilah....", balas alina sambil tersenyum lebar. "oh... kalau pasal party party ni saya memang dah tak sabar nak join sama... manalah tau kot kot ada mamat handsome datang ke party tu nanti... tentu best giler lorh...", tutur kawan steffy yang seorang lagi. "ya tak ya juga kan.... kayra, kita mesti pakai pakaian yang seksi malam ni.... biar semua lelaki terliur apabila mereka melihat kita semua...", kata steffy pula. mereka mula berbual tentang rancangan mereka itu. hanya catricia seorang saja yang tidak berminat dengan apa yang mereka bincangkan. fikirannya masih bercelaru dengan identiti dirinya sendiri.
"tricia, awak tak nak pergi ke party abang alina tu ke?", soal steffy sambil memandang wajah gadis berambut lurus sehingga ke paras pinggang itu. "saya rasa saya tak nak pergi ke party tu...", balas catricia perlahan lahan. "kenapa pula?", soal steffy ingin tahu. "saya terpaksa menyiapkan tugasan yang di berikan oleh mdm joyce...", balas catricia dengan wajah yang serius. terpaksa dia buat alasan macam tu supaya steffy dan kawan kawannya tidak lagi memaksa dia mengikut mereka ke party tu. "ahhh.... awak ni.... itu perkara kecik... awak boleh suruh gadis hodoh bernama catricia edmond tu untuk selesaikan tugasan awak tu..", kata steffy pula. catricia terkejut sebaik saja dia mendengar perkataan dari mulut gadis itu. "eh... awak dah lupa ke gadis hodoh yang bernama catricia tu?.... dia boleh tolong buatkan tugasan awak jika awak mahu... cuma dia tak hadir kuliah hari ni... kalau dia hadir kuliah hari ni, sudah tentu kami akan menyuruh dia buat tugasan itu untuk awak...", kata steffy. catricia merasa sungguh bengang apabila gadis tersebut berkata begitu padanya. belum pun sempat dia bersuara tiba tiba muncul pula jayren di situ. dia menghampiri catricia dengan sebuah senyuman terukir di bibirnya. catricia terpaksa tersenyum padahal jantungnya mula berdebar sakan. jayren menolak steffy ke tepi apabila gadis itu berdiri di depan matanya. dia terus menghampiri catricia yang berdiri tidak jauh dari situ.
"hai si cantik manis...", sapa jayren dengan lembut. "hai...", sapa catricia sepatah. "sudi tak you keluar makan malam dengan i malam nanti?", soal jayren dengan senyuman yang menggoda. "oh... er...", belum pun sempat catricia bersuara steffy terus tampil ke depan. "oh... you nak ajak i keluar makan malam dengan you ke jayren?... oh i sudi... i sudi...", sampuk steffy dengan gediknya. "wei... saya bukannya bertanya pada awaklah... ke tepilah...", bentak jayren sambil menolak steffy ke sebelah. hampir saja gadis itu terjatuh di buatnya. nasib baik dia sempat berpaut pada bahu kiri rakannya alina kalau tidak tak tahu lagilah. catricia dan jayren mula berbual dengan mesranya sambil di saksikan oleh steffy dan rakan rakannya di situ. "awak tengoklah.... sejak tricia chen student baru tu ada kat sini si jayren mulai tertarik padanya... silap hari bulan sudah pasti si jayren tu jatuh cinta pada tricia. buktinya sekarang dia tidak lagi menghiraukan awak....", bisik alina pada steffy yang berdiri di sebelahnya saat itu. "ya betul tu... saya tengok si tricia tu pun macam ada hati dengan si jayren tu...", bisik kayra pula. steffy hanya berdiam diri di saat dia mendengar bisikan dari mulut rakan rakannya itu. dalam diam dia merasa sungguh cemburu apabila dia melihat jayren berbual bual dengan gadis berbangsa cina itu...
![](https://img.wattpad.com/cover/131803549-288-k270543.jpg)
YOU ARE READING
CINCIN (U)
Teen FictionSinopsis: Mengisahkan seorang gadis yang di labelkan orang paling hodoh di universiti tempat dia belajar. dia ada crush tapi malangnya crushnya itu tidak mencintainya. malah crushnya mencintai orang lain pula. yang lebih malang lagi dia di ejek, di...