chrishell sedang berbaring di atas katilnya ketika mobile phonenya tiba tiba saja berbunyi nyaring. "hello...", sapanya perlahan lahan. "hello... chris.... catricia ni...", chrishell terus terbangun sebaik saja dia mendengar suara gadis itu. "kenapa suara awak macam sedih aje ni? awak kat mana sekarang?", soal chrishell ingin tahu. "saya berada di luar pawagam five stars ni... boleh tak awak datang ke sini?", soal catricia di hujung talian. "eh... bukankah awak keluar dengan jayren tadi? mana perginya jayren lelaki idaman hati awak tu pula?", soal chrishell dengan dahi yang berkerut. "memang betul saya keluar dengan jayren tapi tak sangka pula dia seorang pemuda yang gatal miang....", tutur catricia perlahan lahan. "jadi dia di mana sekarang?", soal chrishell ingin tahu. "dia tengah cari saya tapi saya bersembunyi di belakang bangunan pawagam five stars ni...", balas catricia dengan nada suara yang perlahan lahan. "jadi awak nak saya pergi jemput awak di sana ke?", soal chrishell inginkan kepastian. "yalah...", balas catricia dengan pantas. "sekejap lagi saya akan datang menjemput awak di sana... awak tunggu saya dulu, ya....", chrishell segera berlari keluar dari dalam bilik tidurnya. ketika dia berlari ke tingkat bawah dia terserempak dengan ayah dan emaknya. "eh... awak nak pergi ke mana ni?", soal puan nita pada anak lelakinya itu. "er... maafkan saya mak... ayah... saya terpaksa pergi berjumpa dengan kawan saya... kawan dalam kesusahan. dia perlukan bantuan saya...", chrishell bersuara dengan pantas sekali. "awak tak boleh...", belum pun sempat puan nita habis bercakap chrischell terus saja angkat kaki dari situ. "haish... budak ni... orang belum habis cakap dia sudah melarikan diri pula!.... chrishell!... chrishell!....", puan nita cuba memanggil anak lelakinya tapi panggilannya tidak di hiraukan. chrishell berlari tanpa menoleh ke belakang lagi.
sementara itu kelihatan catricia sedang berdiri di belakang bangunan pawagam tersebut sambil matanya memerhatikan jayren yang sedang mencarinya di depan bangunan pawagam itu. pemuda tersebut berjalan di celah celah kesibukan orang yang lalu lalang di situ. catricia menyembunyikan dirinya bila dia lihat pemuda itu mengerling ke arah belakang bangunan tersebut. dia berdoa di dalam hati agar jayren tidak mencarinya di situ. tiba tiba saja mobile phonenya berbunyi nyaring. catricia tahu itu pasti panggilan dari jayren. dia pun terus mematikan mobile phonenya. catricia menundukkan kepalanya sambil berfikir. dulu bukan main sukanya dia pada jayren sehinggakan dia tergila bayang pada pemuda tersebut tapi setelah dia mengenali pemuda itu secara dekat barulah dia tahu jayren ialah seorang pemuda yang gatal miang. catricia paling tidak suka lelaki yang gatal miang macam tu. beberapa minit kemudian, "cat....", kedengaran suatu suara bergema di sebelahnya. catricia segera mengangkat wajahnya. kelihatan chrishell sedang berdiri tidak jauh dari situ. cepat cepat dia melangkah menghampiri pemuda itu. "oh... thank God you are here now. saya fikir awak tak datang tadi...", tutur catricia dengan nada suara yang lega. "eh mestilah saya datang... awak kan kawan saya... jadi saya mesti datang untuk tolong awak...", balas chrishell dengan pantas. "thanks chris sebab awak sudi datang menjemput saya di waktu malam macam ni...", sekali lagi catricia mengucapkan perkataan terima kasihnya. "sama sama... anyway, awak nak saya bawa awak balik ke rumah awak ke?", soal chrishell ingin tahu.
catricia menganggukkan kepalanya perlahan lahan. mereka mula meninggalkan tempat itu. chrishell berjalan di sebelah catricia sambil meletakkan kedua belah tangannya di dalam poket seluar jeansnya. "awak masuklah ke dalam kereta ni...", chrishell bersuara sambil membawa gadis itu ke kereta milik ayahnya. "eh... awak pandai drive kereta ke?", soal catricia macam tidak percaya dengan apa yang di lihatnya saat itu. maklumlah selama ini pemuda tersebut hanya menggunakan motorsikal setiap kali dia keluar berjalan jalan tapi kali ini dia menggunakan kereta pula. "yep.... anyway, ini kereta ayah saya... saya pinjam kereta ayah saya tadi...", terang chrishell perlahan lahan. "oh begitu...", catricia pun masuk ke dalam kereta itu. begitu juga dengan chrishell. mereka mula memakai seat belt masing masing. "awak rasa jayren masih berada di pawagam tu, tak?", soal chrishell seraya matanya melilau mencari bayang kelibat pemuda itu. "dia dah balik kot... buktinya kereta chevroletnya sudah tidak ada lagi kat tempat parking tu...", balas catricia.
"oh begitu... macamana date awak dengan si jayren tu tadi? are you having fun with him?", soal chriscell seraya memandu kereta ayahnya. "not really fun...", balas catricia dengan wajah selamba. "not really fun? bukankah selama ini awak teringin sangat hendak keluar dengan pemuda idaman hati awak tu... kenapa tiba tiba saja awak rasa tak seronok pula bila keluar bersamanya?... apakah dia seorang pemuda yang membosankan?", soal chrishell seraya mengerling sekilas ke arah catricia yang sedang duduk di sebelahnya saat itu. "tak juga... cuma saya tak suka perangainya yang gatal miang tu...", balas catricia berterus terang. "oh... baru sekarang awak tahu dia tu gatal miang?... kenapa dari dulu awak tak sedar perkara tu?", soal chrishell ingin tahu. "sebab masa tu saya belum lagi kenal hati budinya... saya fikir dia seorang pemuda yang tampan dan pasti dia seorang pemuda yang baik hati tapi tak sangka pula dia jenis lelaki yang gatal miang...", jelas catricia dengan jujur. "tengok... betapa lurus bendulnya awak dalam membuat penilaian tentang seseorang... awak menilai seseorang itu melalui rupa parasnya... you know what? tak semua lelaki yang tampan tu ialah seorang lelaki yang baik hati. ada juga lelaki tampan tapi busuk hatinya tau...", tutur chriscell dengan wajah yang serius. "so whats your point?", catricia bertanya macam tidak faham pula. "dont you get it? ketampanan dan kekacakan seseorang itu tidak ada sangkut pautnya dengan kebaikan hati lorh... awak tengok si jayren tu handsome dan cute so awak mulalah anggap dia seorang pemuda yang baik hati padahal awak belum kenal hati budinya lagi... apabila awak keluar bersamanya barulah awak tahu siapa dirinya yang sebenarnya...", tutur chrishell panjang lebar.
catricia tunduk sedih. dia seperti hendak menangis pula. "sorrylah sebab saya bercakap kasar dengan awak tadi... sebenarnya saya cuma nak menyedarkan awak. itu saja...", tutur chrishell perlahan lahan. "tak apa... its okay... apa yang awak katakan tadi tu memang betul. saya tak patut jatuh cinta pada jayren hanya kerana dia seorang pemuda yang tampan dan kacak. saya sudah membuat kesilapan besar dalam hidup ini.... isk... isk.... isk....", catricia mula menangis kesedihan. chrishell mengambil sekotak tisu yang ada di dashbord kereta papanya lalu di serahkannya kotak tisu itu pada catricia yang sedang duduk di sebelahnya saat itu. catricia segera menyambutnya. "janganlah bersedih... saya tidak bermaksud hendak melukakan hati awak...", chrishell bersuara dengan perasaan yang bersalah. "saya bukan hanya bersedih pasal tu saja... sebenarnya saya bersedih sebab saya tidak menyangka semua perkara ini akan terjadi dalam hidup saya... semua ini terjadi di luar dugaan saya... saya kehilangan identiti diri saya, keluarga saya dan juga kehidupan saya dalam sekelip mata... isk... isk.... isk...", ucap catricia dalam esak tangisnya. "nak buat macamana lagi kan.... semuanya sudah terjadi di depan mata awak... awak menangis dengan air mata darah sekali pun ianya tidak akan dapat mengubah apa yang telah terjadi...", tutur chrishell di sebelahnya. catricia menangis dan terus menangis. airmata penyesalan jatuh berjuraian membasahi pipinya. "oh... i wish this never happened to me... i wish i never met that an old lady with this ring... i wish i never fallen in love with jayren... i wish jayren never fallen in love with me too... oh... i wish i can be myself again and i wish i can lives with my parents for the rest of my life..... isk.... isk.... isk....", tutur catricia dalam esak tangisnya. sebutir air mata jernihnya jatuh tepat di atas cincin berlian yang tersarung kemas di jarinya saat itu.
YOU ARE READING
CINCIN (U)
Teen FictionSinopsis: Mengisahkan seorang gadis yang di labelkan orang paling hodoh di universiti tempat dia belajar. dia ada crush tapi malangnya crushnya itu tidak mencintainya. malah crushnya mencintai orang lain pula. yang lebih malang lagi dia di ejek, di...