001

8.1K 475 307
                                    

"Sa-saya sukakan awak , Park Jimin"

Aku memejam mata aku rapat sambil kedua dua tangan aku menghulurkan sebuah kotak hadiah kecil berwarna biru.

Manakan tidak aku berasa gementar dan takut ketika ini jikalau aku sedang berdiri betul betul di hadapan lelaki yang aku suka.

Dan selama 10 bulan aku memendam perasaan cinta kepadanya , hari ini merupakan pertama kalinya aku beranikan diri untuk meluahkan perasaan kepadanya.

Orang selalu cakap kalau kita sukakan seseorang lebih baik kita luahkan perasaan kita cepat cepat. Supaya dia tidak akan dirampas oleh orang lain.

Tiba tiba dia ketawa.

Aku terus membuka mata semula dan memandang dia di hadapan aku yang tiba tiba sahaja ketawa dengan mimik wajah pelik.

"Kau ni lawak lah Areum" ujarnya jelas.

"Nae ?" kening aku terjungkit ke atas memandangnya.

Dia memandang sekilas ke arah kotak hadiah yang aku berikan kepadanya ini. Kotak hadiah itu pantas sahaja dirampas olehnya.

Pandangan pelik masih setia melekat di wajah aku ketika dia merampas kotak hadiah itu dan menilik kotak hadiah tersebut dengan senyuman lebar.

Penutup kotak hadiah dibukanya laju. Senyuman sinis terukir di bibirnya tatkala dia melihat hadiah yang aku berikan itu.

"Coklat ? Jam ?" dia tersengih sinis. Wajahnya diangkat dan mula menatap wajah aku.

"Sudah semestinya harini merupakan hari jadi aku yang sangat malang"

Aku tersentak.

Mata aku membulat apabila dia tiba tiba sahaja membaling kotak hadiah aku ke lantai. Aku berikan pandangan sukar untuk dipercayai kepadanya.

Jimin hanya tersenyum sinis. Tiada secalit perasaan bersalah pun yang ditayangkan di wajahnya ketika ini.

"Apa yang buatkan kau berani sangat nak confess dekat aku , hm ?"

Mata aku mula berair.

Aku sendiri tak tahu kenapa seluruh tubuh aku jadi kaku dan tak mampu ingin berbuat apa apa ketika ini di hadapanya. Aku terlalu terkejut dengan apa yang terjadi.

Perlahan lahan kakinya melangkah ke hadapan untuk menghampiri aku. Namun aku terus berundur ke belakang.

Selangkah kakinya mara ke hadapan , selangkah juga kaki aku berundur ke belakang.

Langkah aku terhenti apabila belakang badan aku berlanggar dengan dinding di belakang. Aku dah tak ada jalan lain lagi untuk lepaskan diri.

Dia tersenyum sinis.

Wajahnya didekatkan dengan wajah aku. Jarak wajah antara aku dan dia yang terlalu dekat membuatkan aku terus menarik nafas gugup.

"Kang Areum , kau fikir kau siapa hm ?" dia tergelak sinis. Entah apa yang lucu pun aku sendiri tidak mengerti.

"Kau tu hanya budak lembap dan miskin dekat sekolah ni. Wahhh beraninya kau nak confess dekat lelaki kacak dan popular macam aku ni , hm ?" dia ketawa lagi.

Aku ketap bibir rapat. Jujur aku katakan , aku sangat sangat terasa dengan apa yang baru sahaja dia katakan kepada aku ketika ini.

"Kau fikir kau ada peluang ke untuk bercinta dengan aku , Areum ?"

Perlahan lahan aku dongakkan kepala ke atas. Mata aku yang berair mencerlun tajam mata milik lelaki bernama Park Jimin itu.

Namun renungan tajam aku tidak memberi kesan langsung kepada dia. Dia masih tersenyum sinis dan tidak takut langsung dengan aku.

"Sa-salah ke ?" aku mula memberanikan diri untuk bersuara.

"Hurm ?" sebelah kening Jimin terangkat memandang wajah aku.

"Salah ke kalau aku sukakan kau , Park Jimin ? Adakah perasaan suka aku kepada kau merupakan satu dosa besar ha ?"

Tangan aku menggenggam kain skirt aku erat. Walaupun sejujurnya aku gentar dengan lelaki ini , tapi aku kena beranikan diri jugak.

Sampai bila aku nak kekal lemah macam ni ?

Dia ketawa kecil. Dia menjauhkan wajahnya dari wajah aku. Senyumannya pantas sahaja mati. Pandangan ketat dia berikan kepada aku.

"Untuk pengetahuan kau , perasaan bodoh kau tu menganggu aku."

Aku tersentak.

Dia pandang aku dari atas sehingga bawah sebelum tersenyum sinis. Entah apa yang dia sedang fikirkan sekarang , aku sendiri tidak dapat tangkap.

"Melainkan kalau kau setuju untuk berikan dara kau kepada aku"

Ppang !

Kepala Jimin pantas sahaja berpusing ke arah kanan. Pipi kirinya mula memerah selepas menerima tamparan kuat daripada aku.

Tangan aku menggeletar.

"Aku benci kau..." suara sebak aku kedengaran.

Selepas sahaja berkata begitu , aku terus melangkah pergi meninggalkan Jimin dari kawasan gelanggang basketball ini.

Jimin hanya ketawa sinis.

Aku terus berlari masuk ke dalam tandas perempuan. Pintu kubikel aku tarik laju sebelum tutup. Penutup jamban aku terus turunkan dan mula duduk di atasnya.

Tangisan yang aku cuba tahan sebentar tadi bersama dengan Jimin , dilepaskan juga. Sejujurnya , aku terlalu lemah untuk berhadapan dengan lelaki itu.

Tangan aku menggeletar hebat.

Walaupun tangan aku terasa sakit yang amat selepas menampar wajah Jimin , hati aku sekarang terasa lebih sakit berbanding tangan aku sendiri.

Aku menangis.

Aku benci hidup aku !

— to be continued —

hai guys ingat lagi tak stop it dear ? well neul edit balik ff ni and ubah jalan cerita dia but jangan risau , sebab watak dia still sama !

hope that you guys will support me and give me a lot of love ❤️

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now