016

3.2K 273 64
                                    

"Kau ada dengar tak tentang news tu pagi tadi ?"

"Aku dengar , orang panggil dia pembunuh bernafsu"

"Jinjja ? Tapi kenapa ?"

"Kau tak tahu ? Dia bunuh mangsa dia lepas dia curi kesucian mangsa dia tau"

"Oh my god , teruknya !"

"Dan aku ada baca dua batang gigi perempuan tu dicabut"

"Tapi untuk apa ?"

"Tak tau. Mungkin untuk dijadikan koleksi pembunuh ke apa ?

Berderau darah aku dengar budak budak kelas cerita pasal news tergempar itu. Ada kes pembunuhan berlaku dan orang syak tu kerja pembunuh bersiri.

Dan yang paling menakutkan lagi , kes tu berlaku betul betul berhampiran dengan kawasan rumah aku.

Aku geleng kepala perlahan.

Buku di hadapan aku cuba untuk fokuskan bagi melupakan tentang apa yang mereka semua ceritakan sebentar tadi.

Tatkala mereka bercerita tentang kes pembunuhan bersiri itu , pelbagai bayangan dah bermain di dalam kotak minda aku buatkan aku rasa seram sejuk je.

"Tak boleh jadi , aku kena pergi tandas jugak" aku terus bangkit dari tempat duduk.

"Yah , kau nak pergi mana ?" Woozi di sebelah menyoal.

Cikgu tak datang harini jadi kelas aku jadi huru hara sikit sebab cikgu takde. Tu yang aku berani bangun tiba tiba je. Kalau tak , memang tak berani lah.

"Tandas. Kenapa ? Nak ikut ke ?" aku cuba berseloroh.

"Nak nak !" Woozi terkekek ketawa.

Aku mengepal penumbuk dan mengangkatnya ke atas. Memberi amaran kepada Woozi untuk menumbuknya. Dia pula tidak henti henti ketawa.

Aku sepak karang. Tak padan dengan pendek budak sorang tu.

Tanpa berfikir lebih lanjut , aku terus keluar dari kelas dan mengatur langkah menuju ke tandas perempuan.

Apa yang terjadi malam semalam tiba tiba sahaja terngiang semula di dalam minda aku. Aku tak faham sebenarnya apa yang dibualkan dua orang tu.

Walaupun aku cuba untuk faham , tapi aku masih tak faham. Nak buat buat faham lagikan pulak.

"Dia bunuh mangsa dia lepas dia curi kesucian mangsa dia tau"

Tiba tiba sahaja bulu roma aku berdiri tegak. Langkah aku serta merta terhenti. Seluruh tubuh aku rasa bagaikan sedang bergetar ketika ini.

Teruknya.

Aku fikirkan kawasan rumah aku ni selamat dari benda benda bahaya macam tu. Tak sangka pulak ada kes kes pembunuhan macam tu dekat sekitar kawasan rumah aku.

Aku pantas menggelengkan kepala laju. Cuba untuk menghilangkan bayangan bayangan negatif yang sedang bermain di dalam kepala aku.

Aku ni dah lah cepat takut.

Cepat takut dengan benda benda yang macam ni.

Yelah , benda benda macam ni mana boleh bawak main kot. Benda macam ni berkaitan dengan antara hidup dengan mati kot.

Aku meneruskan langkah ke hadapan. Walau apapun yang terjadi , aku kena buang bayangan tu dalam minda aku jugak.

"Aigoo... kau kena stop tengok movie thriller lah , Kang Areum" aku geleng kepala perlahan.

"Argh !" aku terjerit kecil apabila terlanggar tubuh seseorang.

Dahi aku berlanggar dengan dada milik pelajar lelaki itu. Aku sentuh dahi aku yang dah rasa sakit itu. Pantas aku dongakkan kepala ke atas.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now