"Tunggu Woozi , aku boleh terangkan"
Woozi tersenyum sinis mendengar apa yang aku katakan kepadanya. Pandangan sinis dia berikan kepada aku.
"No need explanation , korang berdua bukannya ada ikatan sepupu pun. Jadi aku nak lelaki tu keluar dari rumah ni"
"Ta-tapi..." aku gigit bibir bawah.
"Patut ke aku bunuh ketot tu sekarang ?" Jungkook di sebelah berbisik kepada aku.
Mata aku membulat mendengar idea yang dia cetuskan itu. Bahunya pantas aku tampar kuat.
"Ini bukannya masa untuk bermain , Jeon Jungkook !" mata aku dijengilkan ke arahnya.
Dia nengangkat bahunya dan kedua dua belah tangannya ke atas sambil menunjukkan wajah tidak bersalah.
"Apa ? Aku serious la ni ?"
Aku jeling dia tajam buat sekilas sebelum memandang semula ke arah Woozi yang sedang duduk bersilang kaki di atas sofa ruang tamu rumah aku.
"Omma dengan appa kau tahu tak pasal benda ni , Areum ?"
"T-tak..." aku menundukkan wajah ke bawah.
"Tengok tu , siapa lelaki ni pun kau enggan nak bagitahu aku identiti sebenar dia. Ni kan lagi kau bawak dia duduk serumah dengan kau. Kau fikir aku boleh duduk berdiam diri je ke , hm ?"
"Apahal pulak kau nak panas ? Rumah dia kan bukan rumah kau" Jungkook di sebelah mula menyampuk.
"Jungkook !" bahunya aku cubit kuat.
"Argh sakitlah gila !" dia mengusap bahunya yang terasa pedih akibat dicubit aku.
"Jeon Jungkook , untuk pengetahuan kau... aku ni kawan baik dia dari kecil lagi dan aku juga merupakan jiran dia. Jadi aku berhak ambil peduli tentang keselamatan dia" Woozi berkata tenang.
Jungkook tersenyum sinis.
"Oh ye ? Kalau kau kawan baik dia , aku teman lelaki dia. Okay kita tengok , siapa lagi hebat sekarang ni ?"
Woozi terdiam sejenak.
Aku melepaskan keluhan berat. Rambut panjang yang menutupi dahi ditolak laju ke belakang. Serabut betul aku nak kena layan dua ekor tenuk ni !
"Kau , bukan manusia kan Jeon Jungkook ?" Woozi menyoal dengan nada suara mendatar.
Mata aku membulat mendengar apa yang disoal Woozi. Pantas sahaja aku memusingkan kepala memandang Woozi.
Dia bangkit dari tempat duduknya dan mula melangkah perlahan menghampiri aku. Aku tergamam apabila mata aku dan dia saling bertemu.
Lengan aku ditariknya lembut.
"Aku tak boleh biarkan kau tinggal serumah dengan binatang macam ni , Reum. Aku lelaki , jadi aku tahu nafsu lelaki macam mana"
Terkebil kebil aku memandang wajah Woozi. Pandangan yang dia berikan kepada aku ini bukan lagi pandangan si ketot Woozi.
Tetapi pandangan seorang gentleman.
YOU ARE READING
𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjk
Lãng mạnTersilap langkah dan kini seorang ejen teman lelaki yang dijanjikan untuk bahagiakannya selama sebulan hadir di dalam hidupnya. Jadi perkara pertama apa yang kau akan lakukan dengannya ? Remember that... He's all yours now. - - - + dilarang plagiat