022

2.1K 215 108
                                    

Seorang wanita dalam umur pertengahan 30-an mengorak langkahnya menuju ke arah pejabat di mana tempat kerjanya berada.

Kasut tumit tinggi berwarna hitam yang dipakainya menghasilkan bunyi yang kuat sehingga bergema segenap ruang koridor yang dilaluinya tatkala mengetuk lantai tersebut.

Rambut hitam paras bahunya berterbangan mengikut rentak tubuhnya berjalan. Anting-anting berbentuk bulat silver juga menari mengikut irama gerakkan tubuh rampingnya.

Baju kerja berwarna putih yang dipakainya kelihatan sungguh anggun sekali. Sesuai dengan citarasanya yang sangat elegant.

Puas berjalan dengan sungguh megah di ruang koridor tempat kerjanya itu , akhirnya sepasang kakinya itu berhenti juga. Berhenti betul betul di hadapan sebuah pintu besi automatik.

Sistem biometrik yang terletak di sebelah pintu besi automatik itu dihampirinya. Dia mendekatkan wajahnya dengan sistem biometrik tersebut.

Pancaran berwarna merah terserlah keluar dan mula mengescan kedua dua belah matanya. Cap jarinya jugak turut diambil dan discan.

"Please give me your password"

Suara operator yang kedengaran seperti suara robot perempuan itu kedengaran dari sistem biometrik tersebut.

Wanita itu tersenyum.

"Beautiful" dia menyebut perlahan kata laluan tersebut.

Sebaik sahaja kata laluan diterima , pintu besi itu serta merta terbuka. Bermakna kata laluan dan juga ujian biometrik yang dikenakan pada wanita itu berjaya diluluskan.

Sekali lagi bunyi detak detuk tumit kasutnya bergema tatkala dia mula mengatur langkah masuk ke dalam pejabat yang merupakan tempat kerjanya itu.

"Eomma dah datang" beberapa bisikan mula kedengaran.

Sepuluh orang lelaki yang berpakaian sut kerja itu terus bangkit dari duduk mereka. Mata mereka kini difokuskan pada wanita yang berada di ruang paling hadapan itu.

"Good Afternoon , Eomma" mereka serentak menunduk hormat 90 darjah pada wanita yang digelar Eomma itu.

Eomma hanya tersenyum lebar.

Dia mula mengorak langkah menuju ke tempat duduknya yang berada di tengah tengah dan paling hujung sekali di dalam bilik mesyuarat ini.

Kerusi kulit itu ditarik perlahan oleh anak buahnya. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi kulit tersebut. Kedua dua kakinya mula disilangkan.

Sebaik sahaja Eomma duduk , kesepuluh orang lelaki yang lain juga terus mengambil tempat mereka di tempat duduk yang disediakan untuk mereka.

Eomma mengangkat wajah. Kesepuluh orang lelaki yang ada bersama dengannya di dalam bilik mesyuarat ini diperhatikan satu per satu wajah 'mereka.'

Lucu pulak bila difikirkan kembali di mana Eomma sendiri tidak boleh menyebut nama mereka walaupun di dalam kepalanya. Kerana mereka ini semua merupakan orang orang penting.

Orang orang atasan yang berkuasa di dalam negara Korea. Ada yang di antara mereka dikenali umum kerana pangkatnya di dalam pentadbiran negara. Tetapi apabila berurusan dengan Eomma dan syarikat yang dibangunkannya , mereka jadi tidak bernama.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now