020

2.6K 244 35
                                    

"Ermm... Areum ?" Jungkook di sebelah bersuara perlahan.

Mendengarkan sahaja suaranya memanggil nama aku di sebelah , terus sahaja kepala aku berpusing ke tepi cuba untuk memberi perhatian kepada lelaki itu.

Dia juga perlahan lahan memusingkan kepalanya ke arah aku membuatkan mata aku dan dia mula bertaut.

"Kenapa.... jauh sangat ?"

"N-nae ?" sebelah kening aku terangkat.

Oh ya , baru aku sedar.

Disebabkan katil aku ni bersize queen , ianya cukup muat untuk aku dan Jungkook tidur bersama di atas katil ini.

Namun disebabkan aku tak boleh nak percaya Jungkook ni sangat , aku letak bantal peluk dekat tengah tengah dan baring dekat ruang yang paling hujung dekat tepi ni.

Walaupun Jungkook ni macam robot ke apa entah tapi dia tetap seorang lelaki.

"Kau takut dengan aku ke sekarang ?" suara garaunya menyapa gegendang telingaku.

Aku tersentak.

Pantas sahaja aku alihkan pandangan dari memandang wajah dia.

"Ma-mana ada !"

"Dah tu kenapa kau tak tidur lagi , hm ?" dia menyoal lembut.

Jantung aku sejak dari baring di atas katil ini tadi tidak berhenti berdenyut laju. Seakan tiada hari esok dan tidak tahu masa untuk berhenti.

Aku ketap bibir rapat. Kedua dua belah tangan aku menggenggam selimut yang menyelimuti tubuh aku erat.

Tidur dengan lelaki ? Itu memang satu kerja gila !

"A-aku akan tidur lepas kau tidur" aku bersuara perlahan.

"Kalau kau tak selesa dengan kehadiran aku , cakap jelah. Aku akan keluar dari bilik ni"

Aku terus menoleh memandang Jungkook yang tiba tiba sahaja bangun daripada katil. Dalam posisi duduk , dia menoleh memandang aku.

Mata kami saling bertemu sebelum dia mengukirkan senyuman manis.

Pantas sahaja dia bangun dari katil sambil membawa bantalnya. Ingin beredar dari bilik aku.

"Ju-Jungkook !"

Jungkook menghentikan langkahnya betul betul di hadapan pintu bilik aku. Kepalanya berpusing ke arah aku dan memandang wajah aku dengan sebelah kening di angkat.

Aku terus bangun dari katil dan berlari ke arahnya. Langkah aku berhenti betul betul di hadapannya. Perlahan lahan aku angkat wajah ke atas untuk menatap ke dalam anak matanya.

"Aku bukannya tanak bagi kau tidur sekali cuma..." aku terdiam.

Kehilangan kata kata.

Dia hanya tersenyum memandang aku. "Aku tak nak buat kau jadi tak selesa"

Tangannya di angkat ke atas dan mengusap rambut aku perlahan. Aku tergamam. Dan sudah semestinya aku terperangkap dalam matanya.

Tiba tiba Jungkook menarik bahu aku perlahan dan membawa aku terus ke dalam dakapan hangatnya membuatkan mata aku membulat kerana terkejut dengan tindakannya.

Baru sahaja berfikir untuk menolaknya jauh dari aku , lamunan aku terus mati.

Dakapan hangatnya. Hangat sangat sangat. Tatkala dia memeluk tubuh kecil aku erat sekali buatkan aku rasa macam aku tak mahu leraikan pelukan ini.

"Goodnight sayang" ujar Jungkook lembut.

Kepala aku ditariknya lembut lalu kucupan lembut singgah di dahi aku. Aku terkedu dengan tindakannya.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now