"Areum"
Aku yang baru sahaja ingin berjalan masuk ke dalam kawasan rumah terus menghentikan langakah. Tubuh aku terus berpaling ke belakang bagi melihat Jungkook.
Dia menatap wajah aku sambil kedua dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Sebelah bahunya pula masih setia tersarung beg galas sekolah berwarna hitamnya.
"Kenapa ?"
Dia tidak membuka mulut untuk menjawab soalan aku malahan mula melangkah menghampiri aku.
Aku hanya berdiri tegak tanper bergerak seinci langsung daripada posisi aku.
Pandangan pelik aku berikan kepada Jungkook. Entah apa yang dia hendak lakukan , aku sendiri tak tahu.
Langkahnya berhenti betul betul di hadapan aku. Dia menundukkan kepalanya sedikit bagi melihat wajah aku yang lebih rendah daripadanya ini.
Tiba tiba Jungkook menghulurkan telapak tangannya kepada aku. Aku memandang telapak tangannya dan wajahnya silih berganti pelik.
"Bagi tangan kau"
Aku angkat wajah dan memandang wajahnya. Mata aku dan Jungkook saling bertaut buat seketika.
"Aku nak pegang tangan bidadari aku sekejap , boleh tak ?" dia tersenyum nipis.
Jantung aku berdegup laju.
Walaupun aku rasa malu dan terkesan dengan apa yang baru sahaja dikatakannya sebentar tadi , tapi aku buat buat cool jugak.
Perlahan lahan tangan aku diangkat dan diletakkan di atas telapak tangannya. Dia memegang tangan aku erat.
Senyuman lebar dia ukirkan.
Perlahan lahan tangan aku diangkat sebelum Jungkook mula menunduk sedikit lalu mencium tangan aku lembut.
Aku tergamam.
Kucupannya terlalu lama. Tipulah kalau aku cakap jantung aku tak berdegup kencang apabila bibir gebunya itu menyentuh permukaan kulit tanganku.
Dia mula menjauhkan semula tangan aku dengan wajahnya. Wajah aku ditatapnya lalu senyuman manis mula terukir.
"Maafkan aku kalau kau rasa aku ni cringe tapi... I don't want to send you away just like this"
"Kenapa ?"
"Aku takut aku tak boleh nak tidur malam ni sebab asyik rindukan kau"
Ya , memang cringe. Walaupun ayat dia cringe dan kerap kali aku dengar dalam drama namun entah mengapa pipi aku masih membahang mendengar kata katanya.
"Jungkook..."
"Areum , kalau aku tidur rumah ni tak boleh ke ?"
Jungkook mengangkat keningnya ke atas sedikit dan memberikan pandangan penuh berharap.
"Mana boleh lah. Nanti kalau Woozi report ke apa macam mana ? Lagipun kau tak tahu bila omma dengan appa aku akan balik kan ?"
Dia mengeluh.
"Ala jangan lah macam ni Kook , esok kita boleh jumpa kan dekat sekolah ?" aku mengukirkan senyuman.
Sedaya upaya aku cuba untuk memujuk lelaki ini daripada berterusan bersedih tak ubah macam budak kecil.
"Janji ?" Jungkook mengembungkan kedua dua belah pipinya.
"Janji" aku ketawa kecil.
Jari kecilnya dihulurkan kepada aku. Aku tersenyum kecil sebelum menyambut pinky promisenya.
YOU ARE READING
𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjk
RomanceTersilap langkah dan kini seorang ejen teman lelaki yang dijanjikan untuk bahagiakannya selama sebulan hadir di dalam hidupnya. Jadi perkara pertama apa yang kau akan lakukan dengannya ? Remember that... He's all yours now. - - - + dilarang plagiat