026

2.1K 213 64
                                    

Beg kain berwarna hitam yang dipakaikan di kepala Areum ditanggalkan laju. Dia mengerang kesakitan apabila merasakan tubuhnya bagaikan diikat.

Namun tekaanya tepat sama sekali.

Tubuh gadis itu memang betul betul sedang diikat dengan tali di sebuah kerusi besi. Bukan sahaja tubuhnya malahan juga kedua dua belah kakinya turut sekali diikat.

Dada Areum berombak turun naik dengan lajunya. Dia cuba sedaya upaya untuk mencari nafas buat seketika kerana sudah lemas ditekup dengan beg kain berwarna hitam tersebut.

Peluh peluh mula meleleh di dahinya. Dia memejam matanya rapat dan mengerutkan dahinya menahan rasa sakit dan perit di kepalanya ketika ini.

"Long time no see , Kang Areum"

Suatu suara yang entah dari mana datangnya mula menyapa Areum. Mata Areum terus terbuka luas. Dia meliar sekeliling mencari gerangan suara tersebut.

Namun kosong.

Tiada sesiapa langsung yang berada di sini. Malahan dirinya sendiri tidak dapat meneka di mana sebenarnya dirinya berada.

Sekelilingnya terlalu gelap. Hanya sebuah lampu kecil yang mengeluarkan cahaya putih samar samar sahaja yang menerangi dirinya itu.

Kawasan di sekeliling yang terlalu sunyi dan gelap gelita menyebabkan Areum langsung tidak dapat melihat apa apa yang berada di dalam kegelapan itu.

"Si-siapa kau ? Ke-kenapa kau buat aku macam ni ?" Areum bersuara sebak.

Bibirnya mula bergetar. Air mata mula berkumpul di tubir matanya , menunggu masa untuk mengalir deras bagai tiada hari esok sahaja di pipi mulusnya itu.

Ketakutan yang dialaminya ketika ini membuatkan seluruh anggota tubuhnya serenta menggigil dahsyat. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gentarnya dia ketika itu.

"Nampaknya... anak aku tak cam suara appanya sendiri"

Sebelah kening Areum terangkat mendengar apa yang baru sahaja suara garau yang asing itu katakan kepadanya.

Lagi dia pelik apabila suara itu menggelar dirinya sebagai anak. Adakah lelaki yang berbual dengan dia ketika ini merupakan appanya ?

"A-apa yang kau cakapkan ni... ?" suara Areum mula bergetar.

Takut , itu yang dirasakannya.

Suara lelaki itu ketawa sinis. Mungkin terasa kelakar mendengar soalan yang baru sahaja Areum tujukan kepadanya itu.

"Kau buat lawak apa ni ? Kau lupa ke aku siapa ? Dan kau siapa , hm ?" suaranya sinis.

"A-aku tak faham. A-apa yang kau cuba cakapkan ni !" Areum menjerit kuat dan menggeleng kepalanya laju.

Air mata sudah pun bercucuran keluar dari tubir matanya. Bagaikan hujan lebat membasahi bumi , air matanya mengalir dengan derasnya di pipi.

"Kau memang pandai berlakon , my daughter"

"Apa yang kau cakapkan ni ! A-aku tak kenal kau , aku bukan anak kau !"

Lelaki itu ketawa.

"Nampaknya omma kau memang dah padamkan semua ingatan kau tentang appanya sendiri. Atau... mungkin aku boleh katakan tentang asal usul kau sendiri , hm ?"

"A-apa yang kau cuba cakap ni..." bibir Areum bergetar.

Walaupun dia berasa gentar dan takut berada dalam situasi seperti ini , namun kepalanya terasa semakin sakit dan perit apabila dia cuba mengingati semula apa yang dirinya tidak dapat ingat.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now