Aku masih tak dapat nak lupakan tentang apa yang terjadi tadi.
Jujur aku katakan , Jeon Jungkook memang pandai bermain dengan kata kata manis dia sehingga buatkan aku yang beku ni sedikit demi sedikit cair dengan dia.
" Aku sayang kau "
Aku tersenyum malu seorang diri.
"Argh !" aku mengaduh sakit apabila terasa seperti ada sesuatu yang dibaling tepat ke kepala aku.
Mata aku tertancap kepada sakeping kertas yang dilipat yang sudah pun jatuh di atas lantai itu. Pantas sahaja aku mencapai kertas itu.
Mata aku meliar memandang sekeliling cuba untuk memastikan siapa yang membaling kertas ini kepada aku sebenarnya ?
Ke ada orang salah baling ?
Pandangan aku akhirnya terhenti di tempat Jungkook. Lelaki itu tidak memandang wajah aku.
Dia tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya sambil dua jarinya diangkat ke atas tanda peace ke arah aku.
Aku tersenyum.
Pantas sahaja kertas yang dilipat itu aku buka dan baca isi kandungan di dalamnya. Setiap bait perkataan yang ditulis aku baca.
tengah fikirkan pasal aku ke -3-
- si kacak
Aku tergelak kecil.
Aku terus mengambil sekeping sticky note yang ada di atas meja aku. Pantas sahaja pen aku dicapai dan aku menulis balasan untuk ayat Jungkook.
Selesai sahaja menulis apa yang hendak ditulis , aku terus lipat kertas sticky note itu.
Aku terus memusingkan kepala ke arah tepi bagi melihat Jungkook yang tengah berlakon seperti sedang menumpukan perhatian terhadap apa yang di ajar cikgu.
Aku tersenyum sebelum membaling kertas itu ke arahnya.
Dan kertas itu betul betul jatuh di atas mejanya. Dia terus memusingkan wajahnya menghadap aku dan tersenyum lebar.
Aku hanya ketawa kecil.
Dapat aku lihat dia terus bukak lipatan kertas itu dan mula membaca balasan yang aku berikan kepada dia.
Dia tersenyum kecil sebaik sahaja membaca apa yang aku tulis. Aku yang melihatnya juga tersenyum.
Haih , kenapalah senyuman kau tu comel sangat Jungkook ?
Tak padan dengan muka dah lebam luka semua tu tapi masih nampak begitu kacak dan comel dekat pandangan aku ni ha.
Eh jap , apa yang aku cakap tadi ?
Aku pantas menggeleng kepala laju. Tak tak tak , berhenti fikirkan tentang lelaki robot tu Kang Areum. Macam mana kau boleh terhanyut dengan perasaan sendiri ni ?
Bukak sahaja mata , lipatan kertas jatuh betul betul di hadapan mata aku. Aku tersenyum kecil dan mula mencapai lipatan kertas itu.
Lipatan kertas itu aku buka dan mula baca apa yang dibalas Jungkook kepada balasan yang aku berikan kepadanya tadi.
" malam ni jom tidur sama sama nak ?"
YOU ARE READING
𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjk
RomanceTersilap langkah dan kini seorang ejen teman lelaki yang dijanjikan untuk bahagiakannya selama sebulan hadir di dalam hidupnya. Jadi perkara pertama apa yang kau akan lakukan dengannya ? Remember that... He's all yours now. - - - + dilarang plagiat