003

6K 374 99
                                    

undisclosed location

"Tuan , kami dah terima permintaan baru" seorang remaja lelaki yang berpakain serba hitam setia duduk di hadapan komputernya bersama headphone di telinga mula bersuara.

Lelaki bermisai lebat yang digelar sebagai 'Tuan' mula menghampiri anak buahnya itu. Monitor komputeri ditatapnya lama.

"Siapa client kita kalini ?" Encik Jang mula menyoal. Lelaki bermisai lebat tersebut.

"Kang Areum. Highschool student" nyata anak buahnya sekali lagi.

"Proceed terus. Lepasni kau hantar report dekat Eomma. Faham ?" Encik Jang menoleh bagi memandang anak buahnya itu.

Lelaki itu mengangguk faham.

"Jadi saya nak hantar siapa untuk jalankan tugas ni ? Untuk client yang nama Kang Areum ni ?"

Encik Jang terdiam buat seketika. Monitor komputer ditatapnya buat sementara. Butiran maklumat peribadi clientnya diperhatikan dengan teliti.

"Kau hantar ciptaan terbaru kita. Boleh kita test dia alang alang tu" Encik Jang bersuara serious.

"Ciptaan terbaru ? Edisi ke-90 tu ?" lelaki itu meneka.

Encik Jang pantas sahaja menganggukkan kepalanya. Lagipula , ciptaan terbaru syarikat mereka baru sahaja siap diuji malam semalam.

Belum sempat lagi melaksanakan apa apa misi untuk mereka menguji kebolehan ciptaan terbaru mereka untuk berhadapan dengan client.

Memandangkan keadaan dah jadi macam ni , lebih baik gunakan sahaja peluang yang ada untuk menguji kebolehan Edisi Ke-90 untuk melaksanakan misi pertamanya.

"Baik Tuan , nanti saya akan hantar report dekat Eomma."

Encik Jang hanya senyum segaris kepada anak buahnya. Dia mula beredar meninggalkan anak buahnya untuk menjalankan tugasnya yang tergendala.

Langkah Encik Jang berhenti apabila dia berdiri betul betul di atas platform di tempat ini. Badannya berpusing menghadap ke arah anak anak buahnya.

Yang sedang sibuk meneruskan kerja mereka dengan komputer di hadapan mereka. Semuanya sibuk membuat laporan untuk client.

Sekali pandang , tak ubah seperti cerita Hollywood yang mempunyai markas FBI.

Inilah syarikat yang menjayakan satu business haram. Yang tidak diketahui semua orang di dalam dunia kerena mereka disorokkan di bawah website Darkweeb.

*^*^*^*

Harini macam biasa , pergi sekolah. Awal awal pagi lagi aku dah terjah rumah Woozi untuk pergi ke sekolah sama sama.

Walaupun dia masih mamai dengan pijama Doraemonnya itu , namun aku paksa jugak dia untuk ke sekolah pada awal pagi sebegini.

Untuk apa ?

Sudah semestinya aku dah buat rancangan aku sendiri. Rancangan ingin membalas dendam kepada lelaki sombong dan angkuh seperti Park Jimin.

Dia dah malukan aku malam semalam sampai harini disebabkan video aku kena rejected dengan dia tu , jadi kalini giliran aku pulak untuk malukan dia !

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now