014

3.7K 260 57
                                    

Aku terus berlari laju masuk ke dalam bilik. Pintu bilik aku laju sahaja aku tutup rapat lalu aku mula menyandarkan belakang badan di pintu bilik.

Jantung aku berdegup laju.

Aku letakkan kedua dua tangan aku di atas dada. Merasakan betapa kuat dan lajunya jantung ini berdegup. Sudah sekian lama aku tak rasa seperti ini.

Rasa gugup , takut , gementar , teruja dan aku....

Sukakan perasaan itu.

Perlahan lahan tangan aku diangkat ke atas dan jari aku menyentuh bibir aku. Insiden Jungkook mencium bibir aku sebentar tadi kembali terngiang semula di dalam kotak fikiran aku.

"Haish apa yang aku fikir ni" aku geleng kepala perlahan.

"Ingat Reum , dia tu robot je. Ka-kau tak patut jatuh cinta dengan dia !" aku gigit bibir bawah.

Ya , dalam contract aku.

Dalam perjanjian aku dengan syarikat yang cipta Jungkook tu. Aku tak sepatutnya jatuh cinta sepenuhnya kepada lelaki itu. Aku tak patut jatuh cinta pada Jeon Jungkook.

Tak patut.

Perlahan lahan aku turunkan tubuh aku ke bawah dan duduk di hadapan pintu menyandarkan belakang badan pada pintu. Kedua dua tangan aku meraup wajah aku.

"Apa yang kau dah buat ni Kang Areum..."

*^*^*^*

Jungkook's

Bummm !

Aku ketawa kecil.

Mendengarkan sahaja pintu bilik yang sudah pun terhempas kuat itu. Tahulah aku yang tu Areum yang tergesa gesa masuk bilik dia sebab malu sangat.

Aku tutup semula pintu rumah dan mula menanggalkan beg yang aku pakai itu dan meletakkannya di atas sofa di ruang tamu.

Sekeliling rumah ini aku perhatikan buat seketika. Well , ni bukannya kali pertama aku masuk dan perhatikan sekeliling rumah ni. Cuma aku tergerak hati nak tengok je.

Sedang aku perhatikan sekeliling tiba tiba mata aku jatuh pada satu bingkai gambar yang ada terletak di rak di ruang tamu ini.

Tangan aku mula mencapai bingkai gambar tersebut. Gambar yang aku ambil itu aku perhatikan buat seketika. Segaris senyuman mula terukir.

"Areum" aku tersenyum.

Sama macam nama yang omma dan appa dia bagi dekat dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sama macam nama yang omma dan appa dia bagi dekat dia. Areum. Cantik.

Ting !

Aku terus letakkan semula bingkai gambar tersebut di atas rak itu semula. Tangan aku pantas sahaja mengeluarkan telefon pintar dari dalam poket seluar.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now