023

2.1K 226 62
                                    

Sebaik sahaja selesai bersarapan pagi itu hanya dengan roti dan juga mentega kacang , aku terus bersiap dan keluar dari rumah.

Pintu rumah ditutup dan mula dikunci oleh aku sendiri. Kasut sekolah yang tersedia di depan pintu rumah aku ambil dan pakai dengan kemas sekali.

Aku mula mengorak langkah keluar dari kawasan rumah. Keluar sahaja dari pagar rumah , mata aku menangkap kelibat seorang lelaki.

Yang sedang setia menunggu di luar rumah.

"Jeon Jungkook ?"

Dia yang tersedar aku memanggil namanya itu terus memusingkan kepala dan memandang wajah aku. Senyuman manisnya diukirkan.

"Anneyong" dia senyum.

"Kau buat apa dekat sini ?" aku menyoalnya pelik.

Sebelah kening aku terangkat ke atas. Aku fikir yang Taehyung akan bawa dia terus ke sekolah. Memandangkan Taehyung kan dah besar dan ada lesen memandu.

"Aku.... tunggu kau ?"

Aku terdiam buat seketika.

"Areum pergi sekolah dengan aku" tiba tiba sahaja suara garau seseorang menyapa.

Tibalah Woozi dar arah belakang aku dan mula menghampiri aku dan Jungkook. Lengan aku dipegangnya erat dan membawa aku ke belakangnya.

Aku mengerutkan dahi memandangnya. Tangannya yang masih setia memegang lengan aku erat itu juga diperhatikan pelik. Dah kenapa dia ni ?

Senyuman Jungkook serta merta mati.

Pandangan menyampah mula diberikan kepada Woozi yang berada di hadapannya sekarang ini. Woozi juga tidak mahu kalah , pandangan menyampah juga turut diberikan.

Aku tak tahu kenapa aku dapat rasakan ada aura macam saling membenci di antara mereka berdua. Diorang ni dah kenapa tiba tiba gaduh ?

"Armmm... korang ?" Aku cuba untuk bersuara bagi memecahkan sunyi di antara kami bertiga.

Bagaikan tersedar dari lamunan panjang mereka , mereka berdua serentak memusingkan kepala ke arah aku dan memandang wajah aku.

Terkebil kebil aku apabila dua orang jejaka rupawan ini berikan aku pandangan tegang. Kecut perut pulak aku rasanya.

Perlahan lahan aku lepaskan tangan aku dari pautan Woozi di lengan aku. Dia memandang aku dengan dahinya yang berkerut.

"Ka-kalau korang nak pergi sekolah sama sama. Jangan risau aku tak kacau pun. Aku pergi dulu kalau macam tu"

Aku berikan senyuman nipis sebelum memperbetulkan beg galas yang disarung pada bahuku ini.

Pantas sahaja langkah aku diatur untuk meninggalkan mereka berdua yang masih setia berdiri di luar rumah aku ini.

"Kang Areum !"

"Reum !!"

Mereka berdua terus mengejar aku dan berjalan di sebelah aku. Woozi di sebelah kanan manakala Jungkook di sebelah kiri.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now