"Arghh !"
Tubuh Jungkook terundur ke belakang beberapa langkah dan dia menundukkan sedikit badannya. Kakinya yang disepak oleh aku itu dia usap perlahan.
"Kau fikir aku akan tergoda dengan kau ke ?" aku berikan pandangan menjengkelkan kepadanya.
Jungkook mengangkat kepalanya dan memandang wajah aku dengan dahi yang berkerut.
"Perempuan murah je yang akan berikan segala yang diminta oleh lelaki" aku memandangnya atas bawah sebelum menggulingkan mata ke atas.
Aku terus mengorak langkah meninggalkan Jungkook seorang diri di kawasan tangga itu. Langkah aku pantas sahaja diatur menuju ke kelas semula.
"Can I kiss you ?"
Heh , dia fikir aku ni apa ?
Aku mungkin miskin , aku mungkin tak pandai dan aku mungkin tidak cantik. Tapi sebagai seorang perempuan , aku ada tanggungjawab aku sendiri untuk jaga maruah aku.
Bukannya aku perlu beri sahaja semuanya kepada lelaki apabila mereka minta. Cium ? Dia fikir bibir aku ni memang senang sangat ke untuk dicium dia ?
Be a girl with a mind , a woman with attitude and a lady with class.
Itu prinsip aku.
*^*^*^*
Waktu rehat akhirnya tiba. Seperti biasa , aku mesti akan rehat bersama dengan Woozi kesayangan gay aku tu. Woozi mana ada member lain.
Aku pun takde member lain. Jadi kesimpulannya , kami berdua ditakdirkan bersama untuk menjadi kawan baik. Ha happy ending !
"Aigoo.." Woozi di sebelah mengeluh perlahan.
Keluhan beratnya menarik perhatian aku. Aku terus pusingkan kepala dan pandang wajah dia yang masam mencuka itu. Dah kenapa member aku sorang ni ?
"Kenapa ?" aku menyoal prihatin.
Dia tidak memandang aku , hanya memandang sahaja hadapan. Mukanya masih masam tidak menunjukkan tanda tanda ingin tersenyum.
"Harini menu cafe tak best" dia berkata perlahan.
Kami sedang memegang dulang masing masing. Sedang beratur ingin mengambil makanan di cafe sekolah.
Betul lah apa yang Woozi kata.
Harini menu tak best. Dan aku dan Woozi tak sukakan makanan ni. Well , mungkin sebab kitorang ni dah berkawan sejak kecil jadi kitorang kongsi citarasa yang sama.
"Erk tak best betul menu" aku pula turut serta merungut.
Tapi nak buat macam mana , suka ataupun tidak aku dengan Woozi kena makan jugak makanan ni. Kalau cafe ni boleh serve mekdi ke kfc ke sumpah heaven.
YOU ARE READING
𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjk
RomanceTersilap langkah dan kini seorang ejen teman lelaki yang dijanjikan untuk bahagiakannya selama sebulan hadir di dalam hidupnya. Jadi perkara pertama apa yang kau akan lakukan dengannya ? Remember that... He's all yours now. - - - + dilarang plagiat