009

4.8K 349 183
                                    

Fak Jungkook fak.

Disebabkan dia yang tiba tiba je jadi macam sial tadi semua orang dah pandang aku semacam.

Nasib baik sebelah aku ni ada Woozi da Woozi mempertahankan tempat dia. Kalau tak memang Jungkook end up duduk sebelah aku lah macam ni.

Disebabkan dalam kelas ni dah takde seat kosong , Jungkook akan duduk sorang sorang kat tempat penjuru kelas. Betul betul dekat sebelah tingkap.

Jarak tempat aku dan Jungkook agak jauh lah jugak. Tapi masih dapat aku usha dia dari sini.

Sebaik sahaja Miss Choi keluar dari kelas , budak perempuan kelas aku semua berpusu pusu berkumpul di meja Jungkook.

Biasalah diorang , jakun tak pernah jumpa lelaki hensem. Terus jadi macam cacing. Gelek sini gelek sana. Aku tendang karang ape tak dapat.

"Omo omo Jungkook-ah , sedapnya nama awak hekhekhekhek" sial , tu bunyi gelak ke bunyi orang tercekik.

"Jungkook-sshi , awak suka perempuan yang macam mana eh ?" seorang budak perempuan tak henti henti mengenyitkan matanya berkali kali pada Jungkook.

Ni kes sakit mata lah ni.

"Kyaaaa Jungkook mengancamnya otot awak !"

Aku pejam mata rapat. Sial , telinga aku nak kena samak dengan bunyi bunyi yang tak elok ni. Mata aku pun kena samak sebab nampak ulat beluncas yang menggelikan.

Aku geleng kepala laju sebelum buku teks Chemist aku keluarkan. Daripada aku sibuk pasang telinga dengar apa yang diorang bualkan , baik aku belajar.

Tapi tulah , walaupun mata aku fokus pada perkataan perkataan di dalam buku. Telinga aku masih fokus mendengar apa yang mereka sedang bualkan.

"Jungkook-sshi , awak single ke taken ?" salah seorang dari mereka mula bertanya.

Ha sudah.

"Taken" Jungkook menjawab sambil mengukirkan senyuman manisnya.

"Alaaaaaaa" mereka mula jadi ulat beluncas.

Jungkook hanya ketawa kecil melihat reaksi mereka. Tangannya digenggam dan mencover mulutnya daripada ketawa kuat.

"Siapa perempuan bertuah yang dapat tackle hati awak tu Jungkook ?" mereka mula bertanya.

Jungkook tersenyum.

Dia mendiamkan dirinya buat seketika. Senyuman penuh makna masih terukir di wajahnya.

Oh shit man.

Jangan cakap aku siot Jungkook ni. Dia nak kena bunuh ke apa ? Kalau dia sebut nama aku , sumpah aku rasa lepasni bukan aku kena buli dengan Jimin je , sekali dengan ulat ulat beluncas ni buli aku.

Dasar ulat beluncas.

"Namanya...." Jungkook ketawa kecil.

"Jeon Jungkook !" aku memanggil namanya kuat serentak itu aku bangun dari tempat duduk.

Panggilan aku membuatkan Jungkook dan geng ulat belun—eh silap. Geng budak budak perempuan kelas aku tu terus pandang ke arah aku.

"Boleh tak kau jumpa aku jap kat luar. Omma kau nak suruh aku pesankan something dekat kau" okay yes Areum , pandai kau berlakon.

Sedaya upaya aku maintain muka aku tak nak bagi aku gelak ke apa. Aku ni mana pandai berlakon sangat. Baru cakap sikit , terus ketawa.

"Nae ?" keningnya terangkat memandang aku.

Aku tidak membalas apa apa kepadanya lagi , langkah aku terus diaturkan untuk keluar daripada kelas.

Mungkin dia faham dengan apa yang aku maksudkan , dia terus meminta diri kepada budak budak perempuan itu sebelum keluar bertemu aku di kawasan tangga.

"Diorang tak ikut kau kan ?" mata aku meliar memandang sekeliling , memastikan tiada seorang pun pelajar atau guru yang lalu lalang.

Kalau diorang dengar apa yang aku nak cakap dekat Jungkook ni memang kantoi terus contract aku dengan Jungkook macam tu.

Aku terus tarik lengan Jungkook pantas dan menolak tubuhnya kasar mengenai dinding. Dia mengerutkan dahinya memandang aku.

Aku mengepung dia dengan sebelah tangan yang direhatkan di dinding sisi tubuhnya itu. Aku mendongak memandang wajahnya. Wajah garang aku tayang.

"Apa masalah kau ha ? Kau memang nak contract kita kantoi ke macam mana ?" aku menyoal kasar.

"Maksud kau ?" alahai budak ni nak kata bodoh tapi IQ tinggi.

"Look , jangan buat kecoh macam tadi boleh tak ? Dalam perjanjian kita , orang lain tak boleh tahu yang kau dan aku ada apa apa hubungan istimewa tau"

"Apa yang aku buat tadi salah ke ?"

"Kau nak mati ke ha ?" aku jengilkan mata ke arahnya.

"Kenapa ? Apa yang aku buat tadi tak cukup sweet ke bagi kau , hm ?" dia mengusap dagunya dengan jarinya.

Aku melepaskan keluhan berat dan menggulingkan mata aku ke atas. Betul ke sial dia ni Edisi ke-90 yang dibangga banggakan sangat tu ?

"Jeon Jungkook" aku memandangnya serious.

"Hurm ?"

"Sepanjang kita bersama selama sebulan ni , aku tak nak kau buat kecoh. Respect aku sebagai pemilik kau. Kau kena dengar semua cakap aku dan buat apa yang aku suruh , kau lupa ke ?"

Dia tersenyum sinis.

Lengan aku dia tolak laju membuatkan tangan aku yang direhatkan pada dinding itu terjatuh ke bawah.

Dia melangkah ke hadapan mendekati aku membuatkan mata aku membulat memandangnya. Perlahan lahan aku berundur ke belakang.

Selangkah dia ke hadapan , selangkah juga aku ke belakang.

Namun langkah aku terhenti apabila belakang badan aku mula berlanggar dengan dinding di belakang.

Jalan mati.

Dia tersenyum sinis. Tangannya diangkat dan perlahan lahan dia mengusap rambut aku lembut. Rambut panjang aku ditolaknya perlahan ke belakang telingaku.

Aku hanya memandang sahaja wajah dia tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"You know what Kang Areum , aku ni ciptaan Edisi Ke-90. Dan aku ni ciptaan yang jauh lebih bijak daripada ciptaan ciptaan yang lain"

Aku hanya diam.

"Dan aku Jeon Jungkook akan buat apa sahaja yang aku mahu. Aku tak perlu nak kena stick dengan peraturan tu. Hanya ikut cakap kau dan buat apa yang kau mahu ? Heh , apa kau fikir aku ni anjing ?" dia tersenyum sinis.

Terkebil kebil aku memandang wajahnya.

Dia menolak lidahnya ketepi lidah dan memberikan aku pandangan penuh gaya bad boy.

"Aku akan buat semuanya ikut cara aku. Dan aku tahu apa yang aku buat , sayang"

Dia tersenyum.

Kedua dua tangannya diangkat dan memegang pipi aku lembut. Mata aku membulat memandang wajahnya.

Aku tak tahu kenapa seluruh anggota tubuh aku kaku sekarang ni. Aku tak boleh nak bergerak langsung. Malahan bersuara pun aku tak mampu.

Aku jadi seperti ini lagi.

Kang Areum tenggelam dalam pandangan lelaki bernama Jeon Jungkook sekali lagi.

Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah aku. Senyuman sinisnya terukir sebelum dia membuka mulut untuk berbisik sesuatu pada telinga aku.

"Kau tahu... tempat terpencil macam ni sesuai untuk kita bercium. Pandai kau pilih tempat ni , Kang Areum"

Bagaikan jantung aku berhenti berdegup , mata aku membulat memandangnya.

Dia ketawa sinis sebelum menarik semula kepalanya menjauhi aku. Kedua dua tangannya masih setia memegang kedua dua belah pipi aku.

Pipi kiri aku diusapnya lembut dengan ibu jari tangan kanannya. Bibir aku menjadi perhatiannya ketika ini.

"Can I kiss you ?"

— to be continued —

adakah neul layak menerima sedikit comment anda hiks •~•

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now