011

4.8K 310 64
                                    

"Ju-Jungkook..."

Dia hanya mengukirkan senyuman manis kepada aku. Tangannya diangkat dan mengusap rambut aku perlahan.

"Aigoo... kotor dah baju kau ni" dia ketawa kecil.

Aku masih memaparkan wajah terkejut kepadanya. Terkejut kerana dia tiba tiba sahaja berdiri di hadapan aku. Dan dia melindungi aku daripada terkena makanan itu.

Perlahan lahan dia memusingkan tubuhnya ke belakang dan menghadap Jihyo , Sana dan Nayeon.

Ketiga tiga mereka terkejut melihat Jungkook di hadapan mereka. Membulat terus mata mereka.

"Haih , aku fikir perempuan cantik ni perangai dorang pun cantik. Betul la orang kata , jangan judge orang ikut rupa kan ?" dia berkata sinis.

Perlahan lahan dia melangkah ke hadapan menghampiri Jihyo yang sedang berdiri kaku di hadapannya.

"Kau suka aiskrim tak , betina ?" dia bertanya sinis.

Mata Jihyo membulat mendengar soalannya. Bukannya soalannya yang nembuatkan dia terkejut namun panggilan yang diberikan Jungkook membuatkan dia terkejut.

"A-apa ? Be-betina ?" dia menjengilkan mata ke arah Jungkook.

Jungkook ketawa kecil. "Bukan tu ke nama kau ?"

Jungkook memandang nametag Jihyo di hadapannya sebelum dia kembali ketawa sambil menepuk tangannya semula.

"Aigoo... mianhaeyo. Aku ingat nama kau betina tadi sebab perangai kau macam binatang. Sorry dear , aku salah nama kau pulak haha" Jungkook ketawa kecil.

Jihyo mengetap giginya rapat. Jelas menunjukkan dia sedang menahan rasa geram yang teramat pada Jungkook di hadapannya.

Senyuman Jungkook serta merta pudar. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Jihyo sebelum membuka mulut untuk berbisik sesuatu pada telinga Jihyo.

"Aku tak kisah lah nama kau betina ke jantan , tapi aku takkan benarkan kau untuk sentuh kepunyaan aku. Aku dengar lagi yang kau cari pasal dengan dia , akan aku hantar kau terus ke neraka" dia berbisik perlahan.

Jihyo kaku mendengar kata kata Jungkook.

Jungkook terus menarik semula wajahnya menjauhi Jihyo. Senyuman innocent dan lebarnya diukirkan semula kepada Jihyo.

"Omo omo takpe takpe tak perlu mintak maaf pun dengan baju aku yang kotor ni , aku okay je" Jungkook tersenyum lebar.

Tatkala mata Jungkook bertemu dengan mata Jihyo semula , senyuman lebarnya terus mati. Wajah tegang dan bengis dipaparkan kepada perempuan itu.

"Kau kena tahu , aku pun pukul perempuan" senyuman manis kembali terukir.

Dipandangnya wajah Jihyo dengan muka innocent dan baiknya sekali lagi. Sesekali sebelah matanya dikenyitkan comel ke arah Jihyo.

Dia ketawa kecil menampakkan gigi arnabnya sebelum memusingkan badannya ke belakang. Langkahnya diaturkan menuju ke arah aku.

Aku tergamam melihat Jungkook.

Dia hanya ukirkan senyuman manis kepada aku sebelum pergelangan tangan aku ditariknya perlahan.

"Jom , tukar baju kau"

*^*^*^*

"Ka-kau tak perlu pun tunggu aku kat luar !" aku menguatkan suara.

Memberikan arahan kepada Jungkook yang berada di luar tandas perempuan. Dia kata dia nak tunggu aku kat luar macam bodyguard.

Mungkin disebabkan dia takut Jihyo akan kembali untuk kacau aku balik. Sebab itu jugak lah dia sanggup menghalau mana mana budak perempuan yang nak masuk tandas ni.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now