005

5.6K 401 88
                                    

"Areum"

"Kang Areum !"

Bahu aku terhinjut apabila satu tangan tiba tiba sahaja menepuk bahu aku kuat. Kepala aku terus tertoleh ke arah tepi untuk melihat gerangan suara yang memanggil nama aku.

"Kau apahal ? Termenung je dari tadi dah kenapa ?" Woozi mengerutkan dahinya memandang wajah aku.

Terkebil kebil aku memandang wajahnya. Aku ketap bibir aku rapat. Entah kenapa aku tak reti nak bercakap dah.

"Wait , apahal bibir kau luka ? Apa Jimin dah buat dekat kau sebenarnya Areum ?" jelas menunjukkan wajah penuh kerisauan Woozi.

Aku hanya mendiamkan dir. Bibir aku juga masih diketap rapat. Aku tak mampu nak beranikan diri untuk ceritakan segalanya tentang apa yang terjadi kepada aku.

"Woozi-yah , kau kenal lelaki bernama Jeon Jungkook ?" aku menyoalnya.

Sebelah kening Woozi terangkat. Dia memberikan aku pandangan pelik.

"Jungkook ? Siapa tu ? Budak baru ke ?"

Aku gigit bibir bawah. Mungkin budak yang selamatkan aku tadi bukan batch aku kot. Mungkin dia junior ?

Sebelum dia tinggalkan aku , aku sempat usha nametag dia dan tertera nama Jungkook Jeon di nametagnya.

"Haih , takde apelah" keluh aku.

Baru sahaja aku ingin melangkah ke hadapan untuk pulang ke rumah , bahu aku ditahan sekali lagi oleh Woozi membuatkan aku berpaling semula ke arahnya.

"Yah , kau tak bagitahu aku lagi. Apa yang lelaki gila tu buat dekat kau ?"

"Takde ape ape pun yang berlaku , okay ? Dah , aku nak balik dulu" aku membalas jawapannya malas.

Kedua dua belah tangan aku dimasukkan ke dalam poket blazer. Langkah aku terus sahaja diaturkan untuk meninggalkan kawasan sekolah.

Woozi tak ikut aku balik sebab dia nak kena singgah somewhere untuk beli barang omma dia suruh.

Sedang aku berjalan menuju ke arah bus stop , telinga aku menangkap bunyi derepan kaki di belakang aku. Langkah aku serta merta terhenti.

Pantas sahaja aku memusingkan tubuh ke belakang dan melihat jikalau ada orang di belakang aku.

Ternyata tiada.

Aku dah mula rasa tak sedap hati. Dada aku rasa berat sangat sangat. Disebabkan aku dah mula rasa gelisah dan resah , aku terus mempercepatkan langkah aku.

Jalan yang aku ambil ni jalan yang agak terpencil. Memandangkan aku dan Woozi selalu ikut jalan ni untuk pulang ke rumah kerana jalan ini shortcut.

Tapi harini aku ikut jalan ini bersendirian.

Aku gigit bibir bawah aku erat apabila telinga aku sekali lagi menangkap bunyi derepan kaki mengekori aku dari arah belakang.

Disebabkan terlalu takut , aku terus berlari laju meninggalkan tempat ini. Sedaya upaya aku kerahkan tenaga untuk berlari menuju ke tempat yang ada ramai orang.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now