028

2.5K 243 99
                                    

"Kau yakin dengan semua ni ?" Taehyung menyoal Eomma di sebelahnya.

Mereka semua berada di dalam sebuah van berwarna hitam betul betul di hadapan pusat makmal besar milik Jung Hoseok.

Lelaki gila itu sudah pun mempelawa mereka semua untuk datang ke markasnya yang bakal menjadi pusat pertempuran bagi kedua dua belah pihak.

"Ya , aku yakin. Kita standby dekat sini. Dan Jungkook akan masuk dan selamatkan Areum. Lepas semuanya settle , Jungkook akan bagi signal kat kita. Kita akan masuk dan ceroboh kawalan sistem makmal dia" Eomma berkata yakin.

"Wait , kau yakin kita nak hantar Jungkook sorang je dulu untuk masuk ?" Taehyung mengetap bibirnya rapat.

"Hyung , jangan risaukan aku. Kau sendiri tahu kekuatan dan kepantasan aku macam mana. Takkan lah aku boleh denga semudah itu je mati dekat dalam tu"

Jungkook berkata tenang dengan kedua dua belah tangannya yang bersilang dan dirapatkan ke dadanya.

Taehyung menoleh untuk memandang wajah Jungkook buat seketika sebelum dia melepaskan keluhan berat.

"Aku bukan tak percayakan kau , Jungkook. Aku cuma tak pasti kejutan apa yang saintis gila tu nak bagi dekat kau. Dia tu berdendam kau tahu tak ? Dia juga dah participate dalam projek buat kau dan yang lain , sudah semestinya dia tahu apa kelemahan kau"

Keadaan menjadi hening buat seketika tatkala mendengar luahan daripada Taehyung. Apa yang dikatakan Taehyung tidak boleh dinafikan lagi kerana ada betulnya jugak.

"Kim Taehyung"

Mendengarkan sahaja suara garau Jungkook memanggil nama Taehyung , dia terus menoleh memandang wajah Jungkook dengan pandangan apa.

"Kau risaukan aku ke ?"

Taehyung tersentak.

"Well kita berdua musuh , ingat tu. Jangan sampai kau terciduk dengan aku pulak , hyung" Jungkook tersengih.

Taehyung terkedu.

Tidak dapat dinafikan lagi , walaupun mereka berdua merupakan pengurus dan juga bahan ciptaan , tapi mereka sudah rapat sejak kecil lagi.

Dan yang menjadi punca utama mereka bermusuhan dan berenggang hanyalah disebabkan satu kesalahfahaman yang berlaku.

"Jangan risaukan aku , aku boleh uruskannya. Kau pun tahu apa yang aku mampu buat"

Jungkook tersenyum sinis.

Sebaik sahaja mendapat persetujuan daripada yang lain , dia terus keluar dari perut van dan menuju ke arah pusat makmal Hoseok.

Langkahnya berhenti betul betul di hadapan pagar pusat makmal tersebut. Dia menarik nafas dan menghembuskannya perlahan , cuba untuk menenangkan fikiran.

Dia mengangkat wajahnya ke atas dan berpaling ke arah tepi , memandang cctv yang tersedia elok dipasang luar bangunan pusat makmal tersebut.

Senyuman sinis diukirkan. Tangannya diangkat ke atas dan menunjukkan gaya 'peace'.

Seperti ianya merupakan kata laluan untuk masuk ke dalam , pagar pusat makmal itu automatik terbuka dengan sendirinya membuatkan Jungkook tersenyum puas.

Dia mula mengorak langkah untuk masuk ke dalam. Kawasan pusat makmal yang penuh dengan tumbuhan tumbuhan hijau itu dipandang kosong.

"Nerd" dia mengejek perlahan.

Langkahnya berhenti.

Dia menghela nafas perlahan sebelum tangannya diangkat ke atas dan kedua dua belah jarinya diletakkan di sisi kepalanya. Matanya dipejam rapat.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now