018

3.1K 258 54
                                    

Jungkook's

Aku gigit bibir bawah.

Areum yang dari tadi tak berhenti menangis di hadapan aku membuatkan keadaan antara aku dan dia menjadi betul betul janggal.

"Ya-yah , aku yang kena belasah bukan kau pun. Apahal kau nak menangis over ni" aku ketawa kecil.

Tak faham aku dengan perempuan ni.

Dari aku puas kena belasah dengan geng Jimin tu sampai sekarang dia tak habis lagi menangis. Perempuan memang kuat menangis ke apa ?

"A-Areum..." aku cuba untuk menyentuh bahunya.

Belum sempat aku nak pegang bahu dia , badannya pantas berpusing ke belakang membuatkan akh terkejut dengan tindakannya.

Terkebil kebil aku melihat wajahnya yang sudah lencun dengan air mata. Matanyang memerah membuatkan aku rasa nak tergelak.

Pantas aku ketap bibir rapat , cuba menahan diri daripada tersenyum.

"Kenapa kau buat macam tu kenapaaa ??" suaranya masih sebak.

Aku tak boleh tahan jadi aku ketawa betul betul di hadapan dia. Aku tak tau kenapa tapi muka Areum nampak begitu kelakar sangat sekarang ni.

"Ka-kau ketawa ???" terkebil kebil dia pandang aku.

Aku ketawa lagi.

"Aigoo... kesayangan aku ni risaukan aku sangat ke , hm ?" aku tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi arnabku.

Kedua dua tangan aku melekat di kedua dua belah pipi Areum membuatkan bibirnya termuncung ke hadapan tak ubah macam itik.

Aku ketawa lagi.

"Yah , lepaskan tangan kau lah" Areum menampar tangan aku perlahan.

Aku masih tidak mampu ingin berhenti ketawa. Kau bayangkan lah muka Areum sekarang ni chubby gila do !

Aku menggerakkan tangan aku ke hadapan dan belakang membuatkan pipinya bergerak gerak. Aku ketawa lagi kerana muka Areum kelihatan terlalu kelakar.

"Cudah lah tuuuu" Areum merungut dengan bibir itiknya.

"Alahai comelnya kau ni" aku ketawa kecil.

Areum menampar tangan aku kuat membuatkan aku terlepaskan tangan dari memegang kedua dua belah pipinya.

Dia menjeling aku tajam sebelum mengusap kedua dua belah pipinya yang terasa sakit disebabkan aku buat muka dia macam itik tadi.

Aku ketawa kecil.

"Dah lah malas aku nak cakap dengan kau" Areum mencebik geram.

Dia terus memusingkan badannya ke arah tepi dan mula bertenggek di batu yang ada di kawasan rooftop ini.

Aku hanya tersenyum.

Aku juga turut mengubah posisi kepada posisi yang sama dengan Areum. Aku bertenggek di batu itu dan turut sama menikmati pemandangan yang ada di hadapan.

𝑺𝒕𝒐𝒑 𝑰𝒕 𝑫𝒆𝒂𝒓 • jjkWhere stories live. Discover now