"KAK Iqin!" Nampak saja muka manusia yang sangat dikenali itu di belakang dapur dewan makan, dia mengelui.
"Apa?"
"Mop mana?"
"Kat tempat biasalah. Mana lagi?"
Berdecit ringkas. "Sebab takde kat tempat biasalah yang orang tanya ni."
"Takde ke? Pergi mana??"
"Ish kak ni. Kita tanya dia, dia tanya kita balik." Airis mengomel sendiri. Tinggalkan Kak Iqin yang terpinga, dia masuk ke dalam dewan makan semula.
"Apa yang kecoh tu, Qai?" Seorang wanita dalam lingkungan awal empat puluhan mencelah dari kaunter tempat letak makanan.
"Acik Ton. Nampak mop Qai tak?"
Acik Ton kerut kening, berfikir. "Oh haah. Baru teringat. Mop tu budak aspura pinjam tadi. Katanya nak bersih lantai dorm."
"Alaaa..." Airis merengek tak puas hati. Kaki dihentak-hentak pada lantai yang dia pijak. "Kenapa tak bagi dia mop lain je? Itu mop Qai lah Cik Ton."
"Nanti pulang balik katanya. Alah! Guna je la mop mana yang ada tu dulu." Cadang Acik Ton yang masa ni tengah sibuk menyusun tray makanan yang baru dicuci.
Riak muka Airis tak berubah. Kekal ketat, tak puas hati. "Siapa budak aspura tu?"
"Si Ajim. Ketua pengawas tu la. "
Dari ketat jenis biasa berubah menjadi ketat yang luar biasa riak mukanya lepas dengar nama manusia yang disebut lancar oleh Acik Ton. "Tak guna betul ahhh..." Suara perlahan keluar dari celahan gigi yang diketap kuat. Wajah poyo Iqwal menjengah penuh di ruang mata.
"Kenal kan? Bukan sama kelas dengan kamu ke?"
"Ish mintak simpanglah acik. Taknak sama kelas dengan dia." Refleks, Airis buat rolling eyes. Manader sama kelas. Dia budak Civil Engineering. Qai Sains Tulen."
"Tapi sebaya kan? Sama-sama form five."
"Hmm. Tapi kitorang bukan kawan pun." Laju kenyataan dibuat.
"Laa. Kamu bukan baik dengan kawan-kawan dia ke? Wafiy? Chad? Wan?Kenapa dengan Jim tak kawan pulak?"
Soalan itu buatkan dia terkedu. Aktiviti berfikir mula dijalankan. Agak lama otak dikerah sebelum dia kembali bersuara. "Sebenarnya kan acik... Qai pun tak tahu kenapa."
"Eh?"
"Haah. Serius tak tahu. Tahu-tahu je kitorang dah tak boleh nak sebulu. Tapi... sebab apa eh?" Muka Acik Ton ditenung lama. Seperti menunggu jawapan kepada soalan sendiri yang bakal terpapar pada wajah wanita itu.
"Amboi. Kamu tanya acik pulak? Manalah acik tahu."
"Kalau acik tak tahu, orang lagilah tak tahu. Yang Qai tahu, masa mula-mula jumpa dia minggu orientasi dulu, dia jeling Qai dengan pandangan maut. Lepastu bila terserempak lagi kat mana-mana, takdenya dia nak jawab tegur orang cara berhemah. Main lawanjeling. Dah tu selalu je nak cari kesalahan orang. Macam mana nak buat kawan kalau dah perangai tu puaka macam apa je?" Adu Airis tentang perangai dan layanan Iqwal terhadap dia selama ini.
Betul lah. Bila difikir balik, seingat dia dia tak jumpa alasan atau sebab sebenar yang menyebabkan situasi Airis Qaisara- Azeem Iqwal sedingin ini. Yang dia boleh sahihkan, Iqwal dari mula lagi memang dah bagi dia cold shoulder.
"Assalamualaikummmm..."
"Makanan kitorang ada lagi tak?"
"Acik, nak nasik!"
"Laparrrr."
"Tolonggg! Nak makanan!"
Lima suara dari tuan yang berbeza muncul ditengah perbualan Acik Ton dan Airis. Tak menoleh pun dia dah boleh cam itu suara siapa. Yang pertama tu milik Chad. Nombor dua tu suara Wafiy. Ketiga, Wan. Empat, Haq. Yang paling akhir, Luq. Ada lagi beberapa orang pelajar aspura yang baru menapak masuk ke dalam dewan makan.
Makan malam mereka dilambatkan kerana masing-masing baru selesai menjalani aktiviti latihan bola sepak. Minggu depan perlawanan peringkat sekolah akan berlangsung. Jadi lepas solat maghrib barulah para peserta yang terlibat dalam game itu akan ke dewan makan isi perut.
"Acik Ton. Mop ni nak letak mana?"
Suara keenam tu adalah suara yang Qai bersungguh mengelak untuk sampai dipendengarannya.
"Alhamdulillah dah pulangkan. Bagi kat Qai terus jelah, Jim.Dia dok bebel mop dia hilang.
Iya, suara keenam itu milik Iqwal Azeem!
"Urgh!"
Dan rengusan itu milik Airis Qaisara.
*****
*To Be Continued
*Alhamdulillah. thanks a lot for 1.14K reads and 253 votes 😍😍😘😘
YOU ARE READING
Tepi! Dia Aku Punya
RomanceCerita merapu kali ini berkisar tentang kisah budak sekolah yang menjalani kehidupan di asrama. Iqwal Azeem VS Airis Qaisara Mr. Head Prefect VS Ms Troublemaker