📏[14] Ah! Lantaklah! 📚

1K 66 10
                                    

"AH! Lantaklah! Aku dah malas nak fikir!" Jerit Airis seraya menghenyakkan punggung pada kerusi. Dia baru balik dari kelas sebelah.

Kelas 5 Kejuruteraan Awam.

Kelas ketua pengawas poyo.

Kelas musuh dia.

Kelas Iqwal Azeem!

"Dia fikir dia siapa? Berlagak macam diri tu hebat sangat! Padahal kalau tak sebab demerit, tak hadapnya aku nak pergi 'sembah' dia. Poyo!"

"Relaks Qai, relaks. Breathe in... breathe out..." Eri disebelah yang tadinya terkejut hebat dengan kemunculan Airis secara tiba-tiba, menggosok lembut bahu kanan si sahabat.

Dalam dok bengangkan manusia itu, Airis tetap buat seperti yang disarankan. Turun naik dadanya membuat aktiviti tarik-hembus nafas. Ada kot dalam lapan saat dia buat lepas tu satu rengusan keras dihela bersama tepukan pada meja. "Urgh! Aku betul tak puas hati dengan dia!"

Dan itu menyebabkan pen ditangan Luq terpelanting ke lantai. Punyalah terkejut.

"Sabar wei. Kau jangan menyinga macam ni. Tanjat titew tau." Luq acah gaya cakap budak tiga tahun. Pen hitam yang tersadai di hujung kaki meja dicapai dan diletak atas buku teks Fizik.

"Kau ni gelabah ah, Qai. Chill ah. Ada masa kau nak pujuk dia. Dalam seminggu ni macam-macam boleh jadi."

Airis merengus lagi. Kata-kata Wafiy ditimbang-timbang. Betul juga. Dia masih punya masa.

Dia diberi tempoh selama seminggu untuk menyelesaikan bala yang dia tengah hadap sekarang ni. Buat apa nak serabutkan kepala?

Dah terserlah perangai degil manusia sorang tu. Kawan-kawan baik dia pujuk pun tak ada perubahan, apatah lagi dengan Airis. Macam bercakap dengan tunggul je.

Kalau terus dipujuk pun tak akan mendatangkan hasil yang positif. Sudahnya dia juga yang sakit hati. Jadi lebih baik dia biar dulu.

Buat masa ni Airis nak teruskan kehidupan macam biasa. Biarlah nak jadi apa pun. Biarlah dia kena demerit pun. Biarlah dia kena gantung sekolah pun. Dia taknak fikir pasal tu buat masa ni. Yang dia tahu malam ni plan dia akan jalan seperti biasa.

"Confirm eh bukan Cikgu Rashid yang bertugas malam ni?" Jari telunjuk kanan ditunding ke arah Haq yang datang melepak kat kelas dia sementara masa rehat masih berbaki. Cikgu Rashid tu kawan baik cikgu Hulk. Jadi kalau dia buat masalah, dia perlu selesaikan masalah dengan dua insan itu. Dalam cara dan bentuk yang berbeza.

Haq terus tutup komik ditangan. Bangun dari kerusi di sebelah Eri, dia menapak ke arah Airis. "Come on, Qai. Please don't..." Mata Airis dipandang dengan pandangan berharap. Berharap agar kawan yang dia kenal sejak tahun lepas tapi gaya rapat macam dah lama kenal itu tak buat jenayah lagi pada malam ini.

Yang sebenarnya bukan saja-saja Haq menegah perbuatan 'haram' Airis itu. Dia ada sebab.

Satu, Airis merupakan antara kawan rapatnya disekolah. Dan dia selaku teman tak mahu kawannya itu berdepan dengan masalah.

Dua, Haq menggalas tugas sebagai Ketua Exco asrama atau dalam erti kata yang biasa digunakan oleh sekolah-sekolah, ketua asrama. Dan dia tak mahu apa-apa perkara tak baik berlaku dan menjejaskan nama baik sekolah.

"Tapi aku dah janji dengan Double A. Hah caner? Skyscraper kot wei." Bersinar mata dia saat memaklumkan tentang temujanji dia dengan dua orang sepupunya Aiden dan Airel.

Double A.

Merupakan sepupu sebelah ibunya. Kembar tak serupa. Masing-masing punya rupa, perangai dan hobi yang kontra. Airel seorang yang periang dan peramah. Manakala Aiden pula pendiam dan agak pemalu. Airel suka melukis manakala Aiden suka bermain alat muzik.

Dari minggu lepas lagi dua lelaki itu bersungguh mengajak dia pergi tengok wayang. Awal tu dia tak berani nak janji tapi bila dah movie salah seorang hero kesukaan dia keluar dia tak boleh berkata tidak.

"Kalau spot-check mengejut macam hari tu caner?" Mira yang muncul tiba-tiba , mencelah. Bahu Airis ditunjal.

Oh ya, kalau Haq Ketua Exco asrama, Mira pula Penolong Ketua Exco Asrama.

"Ya tahu... kau kawan kitorang. Kitorang boleh cover kau tapi kau kena pegang peribahasa 'malang tak berbau' beb." Bila Airis tak nampak macam nak batalkan niatnya, Luq pun memintas.

Bukan sekali.

Bukan dua kali.

Bukan tiga kali.

Dah banyak kali Airis buat perangai 'fly' asrama. Boleh dikatakan dalam sebulan tu paling minimum dia curi keluar sebulan sekali. Paling maksimum sebulan tiga kali.

Ada saja aktiviti yang dia nak buat. Pergi pasar malam lah, pergi karnival lah, pergi funfair lah, pergi mall lah. Ada je barang yang nak dibeli. Dan kadang;kadang tu dia tak bergerak solo. Dia ada partner. Partner in crime. Eri dan Aki.

Kalau tak Eri, Aki. Kalau tak Aki, Eri. Tak pun, tiga-tiga sekali harung. Dua-dua join Airis buat jenayah. Tapi yang peliknya mereka tak pernah kantoi. Sentiasa bernasib baik.

Dan yang tolong cover haruslah kawan-kawan mereka. Kawan-kawan yang kebanyakan pegang jawatan penting kat sekolah dan asrama.

"Aki dengan Eri pun nak join." Macam sengaja nak menduga, Airis jungkit-jungkitkan kening. Seronoh pulak buat kawan-kawan dia jadi risau.

"Aku on!" Eri jungkit kening

"No." Itu suara Wafiy. Tak keras pun tapi jelas dengan nada tegas dan mengharap. Dia tak rasa Haq, Mira dan Luq dapat pujuk Airis dan Eri jadi dia pun cuba mainkan peranan. Sudahlah budak perempuan tu petik nama buah hatinya sekali. Mahunya risau dia tak naik lagi satu tahap?

"Kenapa no?" Soal Airis, menyungging senyum syaithon. "The more the merrier... tak ke?"

Empat pasang mata disitu membuntang merenung dia. "Qai!"

*****

#To Be Continued

Tepi! Dia Aku Punya Where stories live. Discover now