"SORRY, Qai. Den tak dapat nak nolong." Loghat Negeri Sembilan itu datangnya dari Luq.
"Dia punya ketegaq memang tak boleh bawak bincang. Aku macam nak kutey(cubit) ja dia." Tudia... Chad dah bawa keluar bahasa utara, kampung sebelah mak dia. Taknak kalah dengan Luq.
Petang itu setelah waktu prep siang tamat, lapan kepala berkumpul di depan pintu masuk bangunan asrama. Mula tu masing-masing berbincang tentang cara untuk pujuk Iqwal sertai group rekacipta. Tapi sudahnya siapa pun tak ada idea. Semua tak jumpa jalan.
"Sesungguhnya seketul Iqwal Azeem tersangatlah teguh pendirian." Celah Wafiy. Sebelah bahu disandar pada tembok pagar yang memisahkan kawasan asrama lelaki dan asrama perempuan.
Mengenali ketua pengawas sekolah itu semua orang tahu memang tak akan lut pun lah kalau dipujuk. Wafiy yang dah kenal Iqwal dari kecil pun tak dapat nak bagi jaminan apatah lagi yang lain.
"Aku bet RM100 kalau Jim ubah fikiran." Luq kenyit mata.
"Woi, judi tu haram!" Terjah Mira, bercekak pinggang.
"Halah halah! Gurau je kot." Luq mencebik lagi lebar. "Kepoh ah minah ni." Tambah dia lagi dengan muka tak beriak.
Mira dan aura mak-nak orangnya belum hilang. Kali ini dia menjegil mata pula. "Apa minah-minah? Nama aku Mira lah!"
"Whateverrrr..." Malas nak bertekak lagi Luq terus berpaling dan berkira untuk berlalu pergi. Kalau dia kekal di situ memang akan berterusanlah pergaduhan dia dan Mira.
Yang sebenarnya Luq dan Mira merupakan musuh sejak dari zaman sekolah rendah. Masing-masing memang tak boleh nak bersua muka. Pasti ada benda yang nak didebatkan.
Kata Luq, dia tak boleh nak ngam dengan budak perempuan itu sebab Mira kuat bebel. Lepastu Mira suka cari salah dia.
Dan bagi Mira pula, Luq itu seorang yang tak boleh nak buat dia tenang. Ada sahaja perkara yang budak lelaki tu buat untuk mendatangkan marah dia.
Padahal semua orang dah tahu kot apa sebenarnya punca hubungan dingin diantara kedua-dua mereka. Umaira yang dipanggil Um, budak kelas 5 Perdagangan yang bocorkan rahsia.
Masa sekolah rendah dulu, Um belajar di sekolah yang sama dengan Luq dan Mira. Um juga berkawan dengan Mira sejak dari darjah satu.
Okey, ceritanya macam ni. Dua manusia tak sebulu tu merupakan pelajar harapan sekolah. Masing-masing menjadi top student. Masing-masing jadi pelajar kesayangan cikgu. Masing-masing dapat 6A dalam UPSR.
Kenapa enam? Sebab mereka bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina. Dua-dua fasih berbahasa Cina. Sebab tulah kadang-kadang masa bergaduh, Luq-Mira akan spontan keluar bahasa Cina.
Bila dah dua-dua bijak, maka mereka bersaing antara satu sama lain. Bukan saja bersaing dalam pelajaran je. Macam-macam jenis persaingan.
Berebut gelaran siapa melayu paling pandai kat sekolah.
Berebut nak jadi murid kesayangan cikgu-cikgu.
Berebut siapa paling banyak kawan berbangsa cina.
Berebut siapa paling banyak masuk pertandingan kuiz dan sukan kat sekolah.
Last-last dua dua dapat anugerah pelajar cemerlang. Dua-dua juga terpilih menyertai pertandingan-pertandingan kuiz yang melibatkan keduanya berada dalam satu kumpulan.
Kalau bab sukan pulak, Luq raja bola sepak manakala Mira ratu bola jaring. Pun dua-dua sama darjat. Dah tu bila masa je mereka nak bersekufu?
Dunia mereka jadi aman sekejap bila masing-masing dah masuk tingkatan satu. Luq masuk sekolah lain. Dan Mira pergi sekolah lain.
Tapi keamanan mereka hanya sampai tingkatan tiga saja. Masuk tingkatan empat, dua musuh sejoli ini bertemu semula di sekolah ini. Dan persengketaan Luq-Mira pun bersambung kembali.
"Zǒu ba fēngle!(Blah ah kau, orang gila!)" Kan dah cakap, keluar dah bahasa Cina Mira.
"Wǒ lǎndé duì nǐ fēng nǚhái! (Aku pun malas nak layan kau perempuan gila!)" Luq yang dah menapak pergi, membidas balik.
"Qù sǐ ba! (Go to hell)." Mira taknak kalah.
"Zǒu kāi! (Get lost!)" Luq pun tak bagi muka.
"Perghh! Dah macam tengah tengok drama Taiwan duh." Qilah menggeleng kepala. Mira yang tengah naik turun nafas dengan laju itu membuatkan gelengan dia menjadi lama. Bahu si sahabat ditepuk lembut. "Relaks Mira. Aku taknak kau kena penyakit darah tinggi. Muda lagi wei."
Mira tak membalas. Terus berpeluk tubuh dan memuncungkan bibir sedepa ke depan. Rasa bengang dia pada Luq masih berbaki.
"Okay, balik topik asal. Jim taknak join projek Cikgu Zahin." Wafiy menceriakan suasana semula.
"Aku bet akaun COC town hall level 10 aku kalau Jim on." Chad goyang Ipad ditangan. Ibu jari menyentuh skrin lalu paparan aplikasi game COC jelas kelihatan. Sekaligus membuktikan yang dia tengah gigih train para askar.
"Serius ah!?" Bibir Mira membentuk 'O'. Tawaran Chad itu berjaya menghalau terus segala rasa tak bahagianya terhadap Luq.
"Aku bet kerat rambut rapat kalau Jim tukar fikiran." Serius betul riak muka Wan masa menabur janji.
"Pehal tak botak terus?" Airis angkat kening.
"Aku bet kerat jari kalau Jim setuju join kita." Qilah di sebelah Airis guling biji mata ke atas.
"Wuishhh!" Wafiy ternganga kagum.
"Jangan kerat jari manis sudah. Nanti tak boleh sarung cincin." Haq yang senyap sejak tadi, menyampuk bersahaja.
"Wohoaaaa!" Lima suara bersorak kuat. Tolak Qilah yang tengah terkedu dengan kata-kata itu, lima yang lain menoleh serentak ke arah Haq.
"Haq buat cia cia ke tu?" Usikan itu dari Wan.
"Tak pun... Indirect love proposal ke tu?" Airis tak mahu lepas peluang menyakat.
"Untung la... Crush dah notice hmmmm..." Mira mencelah.
Haq tak jawab dulu. Dia cuma kulum senyum, berdiri lalu menapak pergi. "Guys, main bola jom?"
"Jommmm!!!" Ajakan Haq itu disambut positif oleh Wafiy, Wan dan Chad.
*****
#Bahasa Cina tu memang gugel translate yang ajar. Jadi kalau salah, sila kecam dia😚😚
#Sape ada crush? angkat kening! 😊😊
YOU ARE READING
Tepi! Dia Aku Punya
RomanceCerita merapu kali ini berkisar tentang kisah budak sekolah yang menjalani kehidupan di asrama. Iqwal Azeem VS Airis Qaisara Mr. Head Prefect VS Ms Troublemaker