"QILAH."
"Apa?"
"Senyum sikit."
"Taknak!"
"Ala kau ni... Tak remaja la..."
Sentalan mop pada lantai terhenti. Pusingan seratus lapan puluh darjah ke belakang dibuat. "Kau nak aku remaja macam mana lagi? Sebab backup kau lah aku kena cuci DM sekarang ni."
Pandangan mata penolong ketua pengawas yang mencerun itu mengundang rasa seram. Beberapa langkah diatur ke belakang. "Kan aku dah mintak sorry?"
"Kan aku dah cakap aku taknak sorry kau. Aku bagi kau pilihan lain, Qai. Aku mintak kau buat benda lain."
"Wohoa! Kalau kau fikir aku akan buat apa yang kau suruh tu, kau salah! Salah besar." Mop yang sudah sudah kehitaman dicelup dan dibilas dalam baldi.
Qilah hela nafas berat. Dia tahu kawannya itu jenis keras kepala. Pendirian tetap. Kalau dah dia kata taknak, tak ada siapa boleh buat dia berkata nak. Lagi-lagi perkara yang dibahaskan sekarang ni berkaitan dengan manusia yang dia amat anti. Anti separuh nyawa!
"Qai, please..."
"Kitorang tak seteru. Kau tahu kan tahap benci aku dekat manusia poyo tu tinggi mana?"
"Ya, tapi..."
"Dan kau pun tahu jenis perasaan benci dia kat aku bukan tahap biasa-biasa bukan?" Potong Airis, mengangkat sebelah kening.
Bahu Qilah jatuh buat yang keseratus kali. Langkah longlai dia atur mendekati Airis yang sedang menyental lantai bawah singki. "Airis..."
Air muka Qai berubah. "Airis uh? Fine! From now on, we're strangers. Titik!"
Qilah muka cuak."Nehiii!" Seru dia sambil menampar bibir sendiri. Macam mana boleh terlepas entah.
Hal ini pernah ditegaskan oleh Airis sebelum ini. Banyak kali! Hal dimana hanya orang luar atau orang pertama kali jumpa saja boleh panggil dia Airis atau Qaisara. Tapi kalau dah kenal, lagi-lagi rapat sampai tahap dia anggap sahabat wajib panggil dia Qai. Tak boleh tidak!
"Nehii! Nehiii! Nehiiiii!"
"Jangan nak acah Kareena Kapoor kat sini, tolong! Ish!" Sakit telinga dia dengan seruan bahasa asing dari Qilah yang dah serupa mantera itu.
Lengan Airis diruntun. "Beb. Bab salah panggil nama tu kita bincang belakang. Tapi bab permintaan Cikgu Zahin dengan Cikgu Uwais kita wajib ketengahkan sekarang! Aku nak jawab apa kat diorang esok?"
"Jawab je aku tolak. Aku tak sudi nak join. Sila cari orang lain." Nada Qai mendatar. Genggaman tangan Qilah pada lengan kanan dia dirungkai.
"Mana boleh! Kau teramat diperlukan untuk join benda ni. Dia pun sama." Dua ayat pertama ditutur dengan lantang. Tapi ayat ketiga Qilah biar lalu dibawah nafas saja.
Dia bajet Airis tak dengar tapi apakan daya. Deria pendengaran kawannya itu tak ada kurang kat mana-mana. "Dah tu pergi la ajak dia. Takyah susah-susah nak paksa aku."
"Korang berdua orang penting tahu? Korang punya aura lain macam. Sama-sama bijak. Sama-sama kreatif. Sama-sama inovatif. Sama-sama suka fikir luar alam. Sebab tu la cikgu nak aku pujuk korang join benda ni."
"Kau dengan Wan lagi kreatif. Lagi bijak. Korang punya aura lagi lain macam. Atau..." Sengaja dia biar ayat tergantung. Bahu Qilah dipeluk dengan sebelah tangan. Bibir mengukir senyum double meaning. "...kau nak Haq join sekali? Boleh je aku bagitahu dia."
"Ish kau!" Merah padam jadinya muka Qilah lepas Qai petik nama lelaki yang disukai dalam diam itu.
Diam tak diam sangatlah. Ramai je orang tahu. Tuan punya badan, si Haq tu pun dah lama tahu. Mahunya tidak kalau dah Qilah terang-terang tunjuk perasaan dia?
"Hellllleh! Malu tapi mahu!"
"Cadangan kau tak best langsung! Memang ah aku syok kat Haq tu tapi kalau dia join, confirm aku tarik diri. Segan ah. Kang tak jadi kerja. Kerja aku dok perhati dia je."
Airis buat muka. Tangannya dari bahu Qilah dialih. "Samalah kes aku pun. Aku dengan dia memang tak boleh sama-sama join. Kang tak jadi kerja. Kerja dok main lawan tinju je."
Qilah merengus buat kali yang keseribu. "Kau faham tak kalau kau tolak permintaan- cop! Bukan permintaan. Lebih kepada arahan sebenarnya." Qilah sengaja tekankan perkataan 'arahan'. "Kalau kau tolak, trip kita nak ke Mabul tahun ni hancur lebur. Tarak! Nehi! Yilek! Cikgu Zahin dah cakap. Kalau korang tak join makanya Mabul pun tak on. Pokoknya..."
"Pokoknya... kau kena terima hakikat bahawasanya sampai kiamat pun Airis Qaisara dan Iqwal Azeem tak akan 'berjodoh'. Titik!"
*****
*To Be Continued
YOU ARE READING
Tepi! Dia Aku Punya
RomanceCerita merapu kali ini berkisar tentang kisah budak sekolah yang menjalani kehidupan di asrama. Iqwal Azeem VS Airis Qaisara Mr. Head Prefect VS Ms Troublemaker