"CANER? Okey?"
Tak menjawab dengan suara. Dia pilih untuk guna bahasa isyarat.
"Seriuslah?" Isyarat ibu jari yang diterbalikkan depan hidung itu dipandang dengan mata besar.
Guling biji mata sekilas. Muka budak perempuan yang pakai tudung bawal cotton bermotifkan lukisan batu sungai itu diperhati. "Kau macam tak kenal Jim."
Tayang muka menyampah barang tiga saat sebelum dia membalas. "Yeah. Siapa tak kenal mamat hati beku tu kan." Rasa panas tiba-tiba buatkan dia selamba tarik lengan baju ke siku.
"Qilah. Aku tahu tangan kau gebu tapi aurat tetap aurat."
Ayat yang jelas dengan nada sarkastik itu terus mendorong Qilah turunkan semula lengan t-shirt rasmi asrama yang dipakainya ketika ini. "Oh-eh... Aku tak sedar. Eheee..."
Dia menggeleng dengan sengihan gaya kambing gurun dari Qilah. "Kau punya mission pulak caner?"
"Urgh!"
Qilah yang mengerang tak puas hati buatkan dia dapat meneka. "Failed jugak?"
Lipatan tudung pada pipi kanan dibetulkan. "Wan. Kau macam tak kenal Qai." Riak paling pasrah dalam dunia kini dipamer pada wajahnya.
Tarik nafas dan hela bebas. Dua kali dia ulang sebelum menyambung, "Adoiyai... Masalah ah gini. Yang cikgu pun satu. Dah tahu Jim dengan Qai tu tak boleh tak bersekufu boleh pulak bagi cadangan ntahpapa."
"Wannn..." Sepuluh jari menyelit kemas jaring pagar yang memisahkan kawasan asrama putra dan asrama putri. Digoncang-goncang keras benda alah itu sambil membayangkan muka Airis dan Iqwal yang diramas sekarang ni. "Aku nak pergi Mabul..."
Wan sandar sebelah badan pada tiang pagar. "Aku pun. Dah tu caner?"
"Kau takde idea yang super bernas ke untuk kita tarik Jim dengan Qai join program tu?"
"Kau tahu kan yang Jim sayang gitar dia?" Tanya Wan tiba-tiba.
"Tahu..."
"Kau tahu kan yang gitar tu macam nyawa dia?"
"Ahaa..."
Wan berdecit. "Masalahnya aku dah ugut nak patahkan gitar dia pun dia still tak setuju! Kau rasa?"
"Aku rasa Mabul off!" Kesenduan di wajah Qilah naik satu tahap. Dahi dihentak-hentak pada tangannya yang masih menggenggam pagar.
"Haq!"
Perbuatan Qilah terhenti serta merta saat telinga dia mendengar sebaris nama yang baru saja dijerit oleh Wan.
"Kau sini jap!" Wan menggamit manusia yang berada di simpang empat kawasan pejalan kaki yang memisahkan arah antara jalan ke sekolah, surau, asrama pelajar dan blok rumah warden-warden asrama.
"Kau panggil dia kenapa gila?" Suara Qilah keluar dari celahan gigi yang diketap kuat. Dalam masa yang sama kemain bersungguh dia kawal detakan jantung yang sedang menggila sekarang.
"Lorh! Relaks ah. Crush kau je pun bukan aku panggil Cikgu Hulk." Wan senyum herot. Oh ya, Cikgu Hulk yang dimaksudkan itu adalah cikgu displin sekolah mereka. Nama betulnya adalah Ahmad Farid. Hulk itu hanyalah nama gelaran dikalangan pelajar terhadap guru yang paling digeruni itu.
Wan dijegil garang. "Aku lagi rela kau panggil Cikgu Hulk dari dia la sakai!" Kalau ikutkan hati nak je dia libas kepala Wan. Tapi memandangkan kedudukan mereka kini dihalangi oleh pagar dan paling penting takkan dia nak tunjuk perangai tak semengah pada lelaki yang dia suka tu, jadi dia kuburkan saja niat itu.
Haq yang lengkap berpakaian sukan, melencongkan arah kaki ke arah Wan dan Qilah. "Hai." Satu sapaan ringkas berserta senyuman yang bakal buat Qilah tak tidur malam ini dilempar buat penolong ketua pengawas sekolah itu.
"H-hai." Suara Qilah separa kedengaran. Senyuman selebar Lautan Pasifik dia kupas buat Haq.
Wan yang menjadi saksi interaksi semacam antara dua manusia itu terus buat muka.
Pandangan Haq diubah ke arah Wan pula. "Pehal?"
"Wohoa! Dengan Qilah kau siap berhai senyum bagai. Dengan aku kemain kasar."
Haq terkedu dengan teguran tak berselindung dari Wan itu. Tangan dibawa ke belakang leher. Kulit disitu digaru walaupun tak gatal. "Err... tu lain..."
"Apa lain?"
Makin kuat kulit lehernya disentuh. "Asal panggil aku?"
"Helleh!" Tak berniat mahu panjangkan usikan terhadap Haq yang sedang terkial-kial kawal riak muka itu, Wan terus balik ke topik asal. "Mana Jim?"
"Kat padang. Kau tak join ke? Semua dah ada tu." Haq maksudkan permainan bola sepak yang sudah menjadi aktiviti riadah yang wajib setiap petang dia dan kawan-kawan di padang sekolah.
"Jap gi. Sekarang aku ada hal yang nak kena settle dengan Qilah."
"Hal apa?" Haq kerut dahi.
"Woi! Tengah buat apa tu?"
"Mesyuarat pagar ke tu?"
Wan berkira mahu menjawab soalan Haq terus terbantut dengan sampukan tiba-tiba dari Mira dan Chad yang baru balik dari kooperasi. Dua orang budak tu ditugaskan oleh pihak sekolah untuk menguruskan kooperasi sekolah. Jadi setiap hari lepas waktu prep siang, Mira dan Chad akan 'berdating' disitu.
Melihat dua manusia itu otak Qilah disapa sesuatu. "Idea! Aku rasa Mira boleh tolong kita."
*****
*To Be Continued
YOU ARE READING
Tepi! Dia Aku Punya
RomanceCerita merapu kali ini berkisar tentang kisah budak sekolah yang menjalani kehidupan di asrama. Iqwal Azeem VS Airis Qaisara Mr. Head Prefect VS Ms Troublemaker