📏[19] Habislah...📚

671 57 16
                                    

"Airis Qaisara Binti Ahmad Syauqi! "

Bagai terkena renjatan elektrik arus terus Airis saat terdengar nama dia dipanggil oleh Pak Hitler. "Habislaaah..." Dia mengomel sendiri.

Tegak berdiri di depan pintu pagar asrama berasakkan dengan perasaan teragak-agak untuk melangkah melepasi sempadan yang memisahkan kawasan sekolah dan asrama.

"Airis Qaisara!"

Qilah telan liur!

Eri pejam mata!

Leya gigit jari!

Aki kulum bibir bawah!

Mira pegang dada!

Lima kepala makin gelisah. Makin tak senang hati. Doa buat Airis dipanjat tanpa putus.

Ya Allah, Kau selamatkanlah Qai. Kau jangan kantoikan dia. Kau lembutkanlah hati Pak Hitler. Tolong Qai, Ya Allah...

"Mana Airis Qaisara?"

Pejam mata rapat-rapat.

Tarik nafas dalam-dalam.

Gigit bibir kuat-kuat.

Tiga aktiviti ini Airis lakukan berulang kali. Sambil dalam hati memanjatkan doa, memohon perlindungan dari Allah.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Peribahasa yang selalu didengar dari kecil kini dia sedang 'pratikkan'. Selama ini jenayah dia yang satu ini tak pernah kantoi. Tapi pada malam ini, nasib tak menyebelahi dia. Jadi, nak tak nak dia kena hadap.

"Airis Qai-"

"Saya kat sini, cikgu."

Dua ratus dua puluh dua kepala yang berada di tapak roll call itu berpaling serentak ke arah tuan punya suara yang menyahut di pintu pagar asrama puteri. Masing-masing tayang riak yang berbeza.

"Kamu dari mana!?" Suara ketua warden itu naik satu oktaf. Jegilan bengis yang dilempar penuh kepada Airis buatkan dia rasa macam kena cekik.

Dup! Dup!

Dup! Dup!

Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke arah depan tapak roll call. Pandangan dari ratusan manusia yang sedang menala ke arah dia menambahkan lagi debaran dan rasa gelisah.

"Kamu dari mana?" Soalan yang sama dilempar lagi sekali.

"S-saya..."

"Cikgu!"

Baru je gaya Airis nak menutur alasan, suara Mira mencelah laju. Perasan pandangan-tanda-tanya Pak Hitler, Mira menuding jari ke satu arah. "Tuuu..."

"Hah, Azeem... kamu datang sini kenapa?"

*****

Tepi! Dia Aku Punya Where stories live. Discover now