"WAFIY! Mana benda tu? Dapat tak?" Nampak saja muka Wafiy kat depan pintu kelas, Eri terus buat terjahan.
Langkah budak lelaki itu terdorong ke belakang. "Kalau ye pun tunggu ah aku masuk kelas dulu. Tak menyabar betul!"
"Ini soal hidup dan mati wei. Mana boleh sabar!" Tebak Eri, mengekor Wafiy dari belakang menuju ke arah mejanya.
"Wei mekngot! Cepat ah! Aku tak sabar tengok muka suami ni."
Wafiy yang dah mengambil tempat di kerusi terus pamer muka menyampah lepas dengar apa yang keluar dari mulut Airis. Benda 'haram' yang ditunggu-tunggu oleh empat kepala depan dia sekarang, ditarik keluar dari dalam beg. "Nah!" Sebuah majalah dilempar atas meja.
"Wilebiu ah Wafiy!" Airis-Eri-Pawa-Ulya bergabung suara. Majalah itu disambar dengan gaya helang sambar daging. Kemain rakus dan gelojoh sekali.
"Macam biasa. Kantoi jangan petik nama aku." Pesan Wafiy, berpeluk tubuh.
"Kau pergi subahat apehal, bijak?" Soal Luqman atau nama pendeknya Luq. Dia melabuhkan punggung di sebelah Wafiy.
"Kau macam tak kenal mafia-mafia ni? Selagi tak dapat selagi tu diorang bebel." Wafiy berdecit. Menggeleng dia dengan telatah rakus kawan-kawannya itu.
"Cehun muka depan wei! Gila! Aku nak cover ni! Naaakkk!" Jeritan Ulya bergema di seluruh kelas. Dengan gaya Hulk kena rasuk saka, dia mengoyak muka muka depan majalah Popop itu.
"Korang jangan bagitahu Leya gambar Baekhyun boleh tahan besar kali ni. Aku taknak tolerate dengan dia. Not this time!" Pesan Pawa dengan beriya.
Bukan apa. Dia belajar dari pengajaran. Dah banyak kali kot dia mengalah dengan Leya dalam 'bab Baekhyun' ni. Jangan ingat disebabkan Leya mengaku dia 'isteri pertama' dan Pawa sebagai 'isteri kedua' secara tak rela, budak asal dari negeri Pahang itu boleh menang setiap masa?
Oh tidak! Tidak kali ini!
Dalam rasa yakin yang tinggi pun, sambil-sambil tu Pawa tetap tak putus dari perhati pintu kelas. Walaupun Leya budak kelas sebelah tapi rasa cuak dengan kemunculan gadis itu secara tiba-tiba tetap ada. Sudahlah budak tu jenis muncul ikut dan macam hantu.
"Alaaaa! Pehal gambar Zico besar ibu jari aku je? Tak puas nak tenung ah gini!" Riak sedih pada wajah Eri bukan sengaja dibuat-buat. Betul-betul punya sedih!
"Lek ah beb. Muka Icing aku besar gigi je pun aku dah bersyukur sangat." Celah Airis, menunggu giliran dengan sabar untuk gunting gambar Zhang Yixing selepas Eri. "Boleh letak dalam purse! Yayy!"
"Tapi serius wei! Kecik gila! Boleh murung setahun aku gini! Nak letak dalam purse pun tak gamak." Eri tarik muka dua kupang lima duit.
Sungguhlah dia rasa geram dengan publisher majalah yang menyajikan gambar-gambar dan cerita-cerita dari artis kpop terkenal idaman ramai. Alang-alang nak letak, letaklah yang besar gedabak sikit. Baru berbaloi.
"Kalau gitu, apa kata kau letak je gambar aku kat dalam purse kau. Malam-malam kalau rindu boleh tenung. Kalau beruntung sikit, aku masuk mimpi kau. Kan ke romantik, tak gitu?"
Cadangan yang dirasakan sangat tak mengujakan dari Wafiy, mengundang riak maha keji dari Eri yang berasal dari Ipoh itu. "Romantik tengkorak mender? Tenung gambar kau sebelum tidur confirmed aku dapat nightmares! Huh!"
Wafiy menjegil dengan jawapan tak mesra alam dari Eri. Serpihan kecil majalah yang dikoyak oleh Eri dironyok kecil sebelum dilontar ke arah crush-hampir-setahunnya itu. "Kau asal jual mahal sangat? Lembut sikit hati tu boleh? Apa kurangnya aku? Apa lebihnya Kiko?"
"Apa kau ni? Apa Kiko?" Gumpalan kertas yang tersadai pada meja diambil dan dilontar balik ke arah Wafiy. Target Eri nak hentam muka tapi budak yang dah pegang tali warna kuning dalam taekwando itu pandai mengelak menyebabkan sasaran dia tak mengena. "Zico lah!"
"Ah! Kesah pulak aku nama dia apa. Yang penting mata dengan hati kau tu. Cubalah notice aku yang real ni sekali dua. Ini tak! Yang tak real tu yang kau dok puja."
"Aku rasa kau kena highlight rambut warna kuning, bro. Baru ah Eri notice kau." Luq mula mainkan peranan sebagai sahabat yang memahami.Dia tahu gaya Wafiy mungkin nampak biasa-biasa tapi sebenarnya kalau x-ray hati sahabatnya itu pasti muka Eri yang terpampang jelas siap berwarna lagi kat kertas x-ray tu.
Wafiy mencebik. "Si Kiko tu tak solat. Dia kesah apa kalau nak highlight rambut warna sekali pun. Tapi aku solat. Beriman. Beramal soleh. Kaki surau lagi tau. Calon suami abadi. Tu pun orang tak notice. Sedih ah gini."
Riak menyampah masih kekal pada wajah, Eri memintas. "Ha. Kau memang calon suami abadi. Ada apa manusia yang noticed kau. Kau je yang palau dia."
"Siapa?"
"Tu haaaa." Eri muncungkan bibir ke arah pintu.
"Wafiy oppaaaa."
*****
*To Be Continued
YOU ARE READING
Tepi! Dia Aku Punya
RomanceCerita merapu kali ini berkisar tentang kisah budak sekolah yang menjalani kehidupan di asrama. Iqwal Azeem VS Airis Qaisara Mr. Head Prefect VS Ms Troublemaker